Chloë Grace Moretz: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (Bot: Menukar vi:Chloë Moretz kepada vi:Chloë Grace Moretz
Baris 65: Baris 65:
[[sv:Chloë Moretz]]
[[sv:Chloë Moretz]]
[[th:โคลอี มอเรตซ์]]
[[th:โคลอี มอเรตซ์]]
[[vi:Chloë Moretz]]
[[vi:Chloë Grace Moretz]]
[[tr:Chloë Grace Moretz]]
[[tr:Chloë Grace Moretz]]
[[uk:Хлоя Морец]]
[[uk:Хлоя Морец]]

Semakan pada 06:23, 5 November 2012

Chloë Grace Moretz
Moretz di tayangan perdana filem Hugo, Bandar New York 2011
Kelahiran (1997-02-10) 10 Februari 1997 (umur 27)
Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2004–kini
Laman web rasmichloemoretz.com

Chloë Grace Moretz (/[invalid input: 'icon']məˈrɛts/; lahir pada 10 Februari 1997) merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari Amerika. Beliau memulakan karier lakonannya semasa berumur tujuh tahun dengan kemunculan di filem serta siri televisyen seperti The Amityville Horror, (500) Days of Summer, Diary of a Wimpy Kid, Big Momma's House 2, Desperate Housewives, dan Dirty Sexy Money (di mana beliau menerima beberapa pencalonan untuk Young Artist Awards). Beliau dikenali di seluruh dunia kerana persembahan yang memberangsangkan sebagai watak Hit-Girl dalam filem aksi Kick-Ass pada tahun 2010.[1] Pujian turut diberikan kerana pernah memegang watak dalam filem yang terkenal yang bertajuk Let Me In dan Hugo.

Kehidupan awal

Moretz di Comic-Con, 2010

Beliau dilahirkan di Atlanta, Georgia. Ibunya, Terri (dilahirkan sebagai Duke) merupakan seorang jururawat manakala bapanya, McCoy Lee Moretz merupakan seorang pakar bedah plastik.[2][3] Beliau mempunyai empat abang iaitu Brandon, Trevor, Colin, dan Ethan. Beliau juga pernah mentakrifkan keluarganya sebagai "kuat pegangan agama Kristian".[4] Salah seorang abangnya, Trevor "Duke" merupakan pelatih bagi bidang lakonan dan menemaninya dalam perjalanan ke sesuatu tempat serta bertemu media apabila ibu bapanya tidak dapat hadir.[5] Beliau berpindah dari Cartersville, Georgia ke New York pada tahun 2002 bersama ibunya dan seorang abang, Trevor kerana abangnya diterima masuk ke Professional Performing Arts School. Perkara ini juga menimbulkan minatnya untuk berlakon.[6] Kariernya di Los Angeles (LA) bermula apabila beliau bersama dengan keluarganya yang lain berpindah ke LA pada tahun 2004.

Karier

Beliau memegang watak pertama di Hollywood sebagai Violet dalam dua episod siri televisyen The Guardian manakala filem yang pertama pula sebagai Molly dalam filem Heart of the Beholder. Kemudian, beliau memulakan kemunculan kedua di layar perak pada tahun 2005 bersempena dengan pembikinan semula filem The Amityville Horror yang menjadikan beliau dikenali ramai sebagai salah satu calon dalam Young Artist Award.[7] Selepas filem Amityville, beliau meneruskan lagi kerancakan karier lakonannya apabila menerima beberapa peranan sebagai tetamu istimewa di televisyen dan juga watak kecil dalam filem Big Momma's House 2. Antara watak di televisyen yang paling dikenali sehingga sekarang ialah sebagai Kiki George dalam Dirty Sexy Money dan juga sebagai Sherri Maltby dalam Desperate Housewives. Beliau juga pernah merakamkan suara sebagai karekter Darby untuk siri televisyen versi AS, My Friends Tigger & Pooh. Beliau juga pernah memegang watak sebagai pelakon pembantu yang bernama Cammie, seorang kanak-kanak yang didera dalam filem The Poker House bersama-sama dengan Selma Blair dan Jennifer Lawrence.[8] Selepas tayangan perdana filem pertama beliau iaitu The Amityville Horror, beliau telah kerap diundang sebagai tetamu dalam tayangan perdana.

Moretz di tayangan perdana Earth, April 2009

Pada tahun 2010, Moretz muncul sebagai Hit-Girl dalam filem aksi Kick-Ass yang diarahkan oleh Matthew Vaughn berdasarkan pada novel grafik dengan menggunakan nama yang sama oleh Mark Millar dan John Romita, Jr.. Di samping kontroversi yang melanda mengenai peranannya dalam sebuah filem yang dianggap ganas, beliau juga menerima pujian secara kritis dengan meluas. Roger Ebert[9] meletakkan kategori filem tersebut sebagai satu daripada empat bintang dan menulis: "Say what you will about her character, but Chloë Grace Moretz has presence and appeal". Moretz juga berlatih dengan krew pelagak ngeri yang pernah bekerja dengan Jackie Chan untuk tiga bulan sebelum penggambaran filem Kick-Ass dan melakukan hampir semua lagak negerinya sendiri pada sesi penggambaran di lokasi.[10] Pada tahun yang sama, beliau memainkan watak sebagai Abby, seorang pontianak yang berumur 12 tahun dalam Let Me In,[11] sebuah filem pembikinan semula daripada filem Sweden Let the Right One In yang dikeluarkan pada 1 Oktober 2010.[12] Beliau juga pernah memainkan watak sebagai Ann Sliger dalam cerita jenayah yang berunsurkan negeri iaitu Texas Killing Fields yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.[13]

Moretz juga memainkan watak sebagai Isabelle dalam filem Hugo yang diarahkan oleh Martin Scorsese hasil daripada adaptasi The Invention of Hugo Cabret[14] dan juga membintangi filem Hick hasil daripada adaptasi novel oleh Andrea Portes.[15] Beliau pernah muncul dalam filem tahun 2012 iaitu Dark Shadows oleh Tim Burton yang merupakan pembikinan semula hasil daripada drama lipur lara yang terkenal dengan memainkan watak sebagai Carolyn Stoddard,[16][17] seorang anak remaja yang memberontak. Moretz juga telah menangatangani perjanjian untuk memainkan watak utama dalam Emily the Strange. Projek tersebut telah diperkatakan pada tahun 2010 apabila presiden Mike Richardson daripada Dark Horse Entertainment mengumumkan rancangannya untuk mengangkat karekter tersebut kepada layar yang lebih besar. Karekter tersebut dimulai sebagai imej ikonik pada tahun 1991 yang digunakan untuk mempromosi jenama fesyen daripada syarikat Cosmic Debris. Karekter ini menampilkan seorang remaja Goth serta dibangunkan penceritaannya mengenai siri Dark Horse Comics yang telah diterbitkan semenjak 2001.[18]

Pada Mac 2012, Moretz menandatangani kontrak untuk watak dalam filem The Drummer, sebuah biopik mengenai kehidupan enam tahun terakhir Dennis Wilson iaitu seorang pemain drum untuk The Beach Boys. Beliau dibintangi bersama pelakon seperti Aaron Eckhart, Rupert Grint dan Vera Farmiga.[19] Pada tahun 2013, Moretz akan menggambarkan watak judul dalam adaptasi semula daripada novel Carrie oleh Stephen King. Filem tersebut akan diarahkan oleh Kimberly Peirce dan diterbitkan oleh MGM.[20][21] Filem ini dijadualkan untuk keluar pada 15 Mac.[22] Moretz akan mengulangi peranannya sebagai Hit-Girl dalam filem susulan yang akan datang pada tahun 2013 iaitu Kick-Ass 2.

Kehidupan peribadi

Dalam satu temuramah pada tahun 2011, Moretz mengatakan bahawa beliau suka meluangkan masa bersama teman-temannya dan pergi membeli-belah.[23] Beliau juga mempunyai minat dalam fesyen dan kerapkali memakai pakaian dengan mengikut gaya yang tersendiri.[24]

Rujukan

  1. ^ "Chloë Moretz on Different Spin on Vampires in 'Let Me In'". Bloody-disgusting.com. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  2. ^ "Meet Chloe Moretz, the precocious teen star of 'Kick-Ass'". USA weekend. Dicapai pada 9 April 2010.
  3. ^ Itzkoff, Dave (8 April 2010). "Just a Sweet Young Actress?". The New York Times. Dicapai pada 8 April 2010.
  4. ^ Garcia, Chris (13 Mac 2010). "SXSW: Live with that 'Kick-Ass' girl, Chloe Moretz". Austin360.com. Dicapai pada 24 September 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ Pols, Mary (11 Oktober 2010). "Young Blood". Time. Dicapai pada 11 Oktober 2010.
  6. ^ "Rising Star: Chloe Grace Moretz". Access Hollywood. Dicapai pada 30 September 2010.
  7. ^ "Official Chloe Grace Moretz fansite – Biography". chloemoretz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2007. Unknown parameter |ccessdate= ignored (bantuan)
  8. ^ "Lori Petty Debuts as Director with THE POKER HOUSE". allvoices.com. 16 Ogos 2009. Dicapai pada 23 Mac 2012.
  9. ^ Ebert, Roger (14 April 2010). "Kick-Ass". Dicapai pada 10 Mei 2012.
  10. ^ "Meet Breakout Star Chloe Grace Moretz". Yahoo! Movies. Dicapai pada 16 April 2010.
  11. ^ "Let Me In First Look: Chloe Moretz as Vampire Abby". Dreadcentral.com. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  12. ^ "Let Me In's Vampire Chloe Moretz Speaks". Dreadcentral.com. 21 Januari 2010. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  13. ^ "From 'Let Me In' to 'The Killing Fields'". Bloody-disgusting.com. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  14. ^ "Chloe Moretz and Asa Butterfield Join The Invention of Hugo Cabret".
  15. ^ "Chloe Moretz to star in 'Hick'".
  16. ^ "Jonny Lee Miller, Chloe Moretz and Helena Bonham Carter Join Johnny Depp in 'Dark Shadows'". The Hollywood Reporter. 14 Mac 2012. Dicapai pada 15 Mac 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  17. ^ "Chloe Moretz Joins 'Dark Shadows'". 14 Mac 2012. Dicapai pada 15 Mac 2012.
  18. ^ "Chloe Moretz Cast as Emily the Strange".
  19. ^ Borys Kit (14 Mac 2012). "Chloe Moretz, Rupert Grint Join Beach Boy Biopic The Drummer". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 15 Mac 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ "Chloe Moretz picked for 'Carrie' remake". CNN. 27 Mac 2012. Dicapai pada 28 Mac 2012.
  21. ^ "'Carrie' Remake: Chloe Moretz Chosen As Lead For Horror Reboot". Huffington Post. 27 Mac 2012. Dicapai pada 28 Mac 2012.
  22. ^ "Release Date Confirmed For 'Carrie' Remake". The Hollywood News. 16 April 2012. Dicapai pada 17 April 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  23. ^ Chloe Moretz- Punk rock Chloe (Interview Magazine 2011) - YouTube
  24. ^ "Official Chloe Grace Moretz fansite – Journal". chloemoretz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2007. Dicapai pada 10 April 2007.