Tun Perak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zulk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29: Baris 29:

Menurut sejarah, ketika kapal-kapal perang Siam datang untuk menyerang Melaka, Tun Perak mengarahkan supaya obor dilekatkan kepada kayu dan dibakar. [[Tentera]] Siam yang melihat kejadian ini menyangka askar-[[askar]] Melaka terlalu banyak lalu mereka kembali ke [[Siam]].

Sebelum itu Tun Perak pernah mengalahkan tentera Siam di Pahang apabila pihak istana minta bantuannya selaku Penghulu Klang. Untuk memotivasikan para pejuang, Tun Perak mengambil langkah membawa kaum keluarga pejuang sekali menuju medan tempur.

Tun Perak meninggal dunia pada tahun [[1498]] dan diwarisi oleh [[Tun Mutahir]].
Tun Perak meninggal dunia pada tahun [[1498]] dan diwarisi oleh [[Tun Mutahir]].

Semakan pada 16:56, 7 Julai 2007

Tun Perak

Tun Perak (maut: 1498) ialah Bendahara Melaka kelima yang termasyhur. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15.

Pada awal hidupnya, Tun Perak merupakan seorang pahlawan di bawah pemerintahan Sultan Melaka. Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik sebagai Bendahara pada tahun 1456 ketika kematian Tun Ali Seri Nara Diraja, Bendahara ke-empat.

Tun Perak berkhidmat sebagai Bendahara di bawah empat sultan dari 1456 hingga 1498. Di bawah pentadbiran Tun Perak, Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara berjiran.

Perang dengan Siam

Kesejahteraan Melaka menarik kuasa-kuasa asing seperti Siam untuk menakluk Melaka. Percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 dijatuhkan oleh Tun Perak. Perhubungan Melaka dengan China adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam.

Menurut sejarah, ketika kapal-kapal perang Siam datang untuk menyerang Melaka, Tun Perak mengarahkan supaya obor dilekatkan kepada kayu dan dibakar. Tentera Siam yang melihat kejadian ini menyangka askar-askar Melaka terlalu banyak lalu mereka kembali ke Siam.

Sebelum itu Tun Perak pernah mengalahkan tentera Siam di Pahang apabila pihak istana minta bantuannya selaku Penghulu Klang. Untuk memotivasikan para pejuang, Tun Perak mengambil langkah membawa kaum keluarga pejuang sekali menuju medan tempur.

Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498 dan diwarisi oleh Tun Mutahir.