Copa América: Perbezaan antara semakan
Stress 043 (bincang | sumb.) |
Stress 043 (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 25: | Baris 25: | ||
Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1921|1921]] selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1929|1929]] menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Bolivia|Bolivia]] dan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Peru|Peru]] masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1926|1926]] dan [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1927|1927]]. |
Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1921|1921]] selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1929|1929]] menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Bolivia|Bolivia]] dan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Peru|Peru]] masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1926|1926]] dan [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1927|1927]]. |
||
== Format dan peraturan == |
|||
Kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai '''Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan''' dan nama ini digunakan semenjak tahun 1975. Di antara tahun 1975 dan 1983, kejohanan ini tidak diadakan di sebuah negara sebagai tuan rumah sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di tempat sendiri dan tempat lawan. Format kejohanan pada masa kini menyaksikan 12 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan bertempat di negara yang dipilih oleh [[CONMEBOL]]. Ia mempunyai dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Dalam peringkat kumpulan, 12 buah pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 buah pasukan. 2 buah pasukan dan pasukan tuan rumah akan dibahagikan di dalam balang mengikut formula berdasarkan [[Kedudukan Dunia FIFA]]. Manakala pasukan-pasukan yang lain akan diletakkan di dalam balang yang sudah mengandungi pasukan tadi juga mengikut formula yang sama. Pasukan-pasukan di dalam balang ini akan dipilih secara rawak untuk mengisi slot 3 kumpulan. |
|||
Semakan pada 09:51, 2 Februari 2014
Ditubuhkan | 1916 (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan) 1975 (Copa América) |
---|---|
Kawasan | Amerika Selatan (CONMEBOL) |
Jumlah pasukan | 12 |
Juara semasa | Uruguay (juara ke-15) |
Pasukan paling berjaya | Uruguay (15 kali) |
Laman sesawang | ca2011.com |
Copa América 2015 |
Piala Amerika atau Copa América merupakan kejohanan utama bolasepak yang diikuti oleh negara-negara CONMEBOL iaitu Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia dan Venezuela. Kejohanan ini umumnya diadakan setiap dua tahun sekali.
Format terkini kejohanan ini melibatkan 12 pasukan negara bertanding di dalam sesebuah negara tuan rumah yang dipilih mengikut abjad. Disebabkan CONMEBOL hanya mempunyai 10 buah negara di bawah naungannya, dua buah pasukan jemputan daripada naungan lain akan dijemput untuk memenuhkan kriteria 12 buah pasukan. Pasukan Uruguay merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali.
Sejarah
Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan rasmi di Amerika Selatan telah diadakan di Argentina pada tahun 1867 oleh beberapa orang pekerja buruh Britain. Pada awal abad ke-20, sukan bola sepak di Amerika Selatan menjadi sangat popular dan kejohanan pertama yang diadakan khusus untuk pasukan kebangsaan di Amerika Selatan diadakan pada tahun 1910, pada ketika itu Argentina mengadakan kejohanan ini bagi memperingati peristiwa Revolusi Mei. Dalam kejohanan ini, pasukan Chile dan Uruguay, namun begitu kejohanan ini tidak diiktiraf rasmi oleh CONMEBOL.
Pada tahun 1916, Argentina sekali lagi mengadakan kejohanan ini bagi menyambut ulangtahun ke-100 kemerdekaan mereka. Kejohanan kali ini disertai oleh pasukan Chile, Uruguay dan Brazil. Kejohanan pada tahun 1916 ini merupakan edisi pertama Copa América, di mana pasukan Uruguay merupakan johan pertama setelah seri dengan pasukan Argentina.
Pada tahun berikutnya, kejohanan ini diadakan di Uruguay, di mana pasukan Uruguay menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 1-0 untuk kejuaraaan kedua mereka. Pada tahun 1918, kejohanan ini tidak diadakan berikutan wabak flu yang merebak pada ketika itu. Namun begitu, pada tahun 1919, kejohanan ini diadakan kembali, bertempat di Brazil, pasukan Brazil berjaya menjadi johan untuk pertama kali dengan menewaskan pasukan Uruguay.
Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun 1921 selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun 1929 menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan Bolivia dan Peru masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun 1926 dan 1927.
Format dan peraturan
Kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan dan nama ini digunakan semenjak tahun 1975. Di antara tahun 1975 dan 1983, kejohanan ini tidak diadakan di sebuah negara sebagai tuan rumah sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di tempat sendiri dan tempat lawan. Format kejohanan pada masa kini menyaksikan 12 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan bertempat di negara yang dipilih oleh CONMEBOL. Ia mempunyai dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Dalam peringkat kumpulan, 12 buah pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 buah pasukan. 2 buah pasukan dan pasukan tuan rumah akan dibahagikan di dalam balang mengikut formula berdasarkan Kedudukan Dunia FIFA. Manakala pasukan-pasukan yang lain akan diletakkan di dalam balang yang sudah mengandungi pasukan tadi juga mengikut formula yang sama. Pasukan-pasukan di dalam balang ini akan dipilih secara rawak untuk mengisi slot 3 kumpulan.
Keputusan
Era Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan
Era Copa América
- Petunjuk
- Pasukan jemputan dalam perkataan condong
Penampilan
Penampilan | Negara |
---|---|
39 | Uruguay |
37 | Argentina |
34 | Chile |
32 | Paraguay |
31 | Brazil |
27 | Peru |
23 | Ecuador |
22 | Bolivia |
17 | Colombia |
13 | Venezuela |
7 | Mexico |
3 | Costa Rica Amerika Syarikat |
1 | Honduras Jepun |
Statistik
Pasukan | Mata | P | M | S | K | F | A | Dif | Rend | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Argentina | 368 | 175 | 112 | 32 | 31 | 431 | 168 | +263 | 70.1% |
2 | Uruguay | 342 | 186 | 104 | 30 | 52 | 386 | 212 | +174 | 61.3% |
3 | Brazil | 315 | 167 | 95 | 30 | 42 | 387 | 191 | +196 | 62.9% |
4 | Paraguay | 214 | 153 | 61 | 31 | 61 | 242 | 269 | -27 | 46.6% |
5 | Chile | 187 | 163 | 53 | 28 | 82 | 248 | 297 | -49 | 38.2% |
6 | Peru | 167 | 132 | 41 | 32 | 55 | 193 | 220 | -27 | 42.2% |
7 | Colombia | 128 | 99 | 36 | 20 | 43 | 121 | 174 | -53 | 43.1% |
8 | Bolivia | 82 | 102 | 19 | 25 | 58 | 97 | 257 | -160 | 26.8% |
9 | Mexico | 61 | 38 | 17 | 10 | 11 | 55 | 44 | +11 | 53.5% |
10 | Ecuador | 61 | 108 | 14 | 19 | 75 | 113 | 297 | -184 | 18.8% |
11 | Venezuela | 15 | 49 | 2 | 9 | 38 | 34 | 155 | -121 | 10.2% |
12 | Costa Rica | 11 | 11 | 3 | 2 | 6 | 12 | 21 | -9 | 33.3% |
13 | Honduras | 10 | 6 | 3 | 1 | 2 | 7 | 5 | +2 | 55.6% |
14 | Amerika Syarikat | 8 | 12 | 2 | 2 | 7 | 11 | 21 | -10 | 22.2% |
15 | Jepun | 1 | 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 8 | -5 | 11.1% |
Pautan luar
- RSSSF archive - includes extensive match reports.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Copa América. |