Piala Dunia FIFA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Piala Dunia FIFA
Copa Mundial de la FIFA 2010 en España.JPG
Trofi Piala Dunia FIFA telah dianugerahkan kepada juara Piala Dunia semenjak tahun 1974
Ditubuhkan 1930
Jumlah pasukan 32 (peringkat akhir)
204 (pelayak untuk 2010)
Juara semasa  Sepanyol (Gelaran Pertama)
Pasukan paling berjaya  Brazil (Gelaran Ke-5)
Laman web Piala Dunia
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Piala Dunia FIFA, atau selalunya disebut sebagai Piala Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Kedua). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1]

Sepanjang 19 kejohanan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Itali dengan empat kejuaraan; Jerman dengan tiga; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua setiap satu; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Brazil pada tahun 2014.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertandingan antarabangsa sebelumnya[sunting | sunting sumber]

Perlawanan bola sepak antarabangsa yang pertama telah dilangsungkan pada tahun 1872 di antara England dan Scotland, walaupun pada peringkat ini sukan ini telah jarang dimainkan di luar Great Britain. Disebabkan populariti bola sepak ini mula meningkat, ia menjadi satu sukan pertunjukan (dengan tiada pingat dihadiahkan) pada 1900, 1904 dan 1906 sebelum bola sepak menjadi pertandingan rasmi pada Sukan Olimpik Musim Panas 1908. Diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak England, acara ini hanya menjadi acara bagi pemain amatur dan lebih dianggap sebagai satu pertunjukan daripada satu pertandingan. Pasukan bola sepak kebangsaan amatur England telah memenangi acara berkenaan pada kedua-dua tahun 1908 dan 1912.

Kesinambungan acara berkenaan dengan acara Olimpik hanya boleh dipertandingan di antara pasukan-pasukan amatur sahaja, Sir Thomas Lipton mengadakan pertandingan Piala Sir Thomas Lipton di Turin pada 1909. Pertandingan ini biasanya digambarkan sebagai Piala Dunia Pertama,[2] dan memaparkan kelab-kelab ternama dari Itali, Jerman dan Switzerland. Pertandingan julung kali ini telah dimenangi oleh Auckland Barat, pasukan amatur daripada timur-laut England yang telah dijemput selepas persatuan bola sepaknya menolak untuk dikaitkan dengan pertandingan berkenaan. Auckland Barat kembali pada 1911 untuk mempertahankan kejuaraan berkenaan dan piala berkenaan telah diberikan kepada kelab berkenaan selama-lamanya mengikut peraturan pertandingan tersebut.

Dalam tahun 1914, FIFA bersetuju untuk mengiktiraf pertandingan Olimpik sebagai "pertandingan dunia untuk amatur"[3], dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan acara berkenaan. Ini memberikan laluan kepada pertandingan antara benua yang pertama, pada Sukan Olimpik Musim Panas 1924. Uruguay telah memenangi kejohanan berkenaan,[4] sebelum memenangi pingat emasnya kembali dalam tahun 1928, dengan pasukan Amerika Selatan yang lain. Argentina merangkul pingat perak. Pada 28 Mei 1928, FIFA telah membuat keputusan untuk mempertandingkan sendiri kejohanan itu. Dengan Uruguay sekarang mempunyai dua kali kejuaraan dan demi meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-100 dalam tahun 1930, FIFA menamakan Uruguay sebagai tuan rumah piala dunia yang pertama. Perlu dicatat juga, Indonesia melakukan kemunculan pertamanya di Piala Dunia ini, yang juga merupakan penyertaan peserta dari zon Asia pertama, kerana ketika kelayakan berlangsung, Jepun tidak menyertainya. Indonesia yang saat itu dikenal sebagai "Hindia-Belanda" (mewakili persekutuan sepak bola Hindia-Belanda, NIVU) kalah 0-6 kepada Hungary.

Piala Dunia rasmi pertama[sunting | sunting sumber]

Estadio Centenario, lokasi pusingan akhir Piala Dunia pertama

Sukan Olimpik Musim Panas 1932 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat tidak merancang untuk memasukkan bola sepak sebagai sebahagian daripada program disebabkan popularitinya yang rendah di Amerika Syarikat. FIFA dan IOC juga tidak bersetuju mengenai status amatur. Oleh sebab itu, acara bola sepak digugurkan daripada kejohanan berkenaan.[5] Presiden FIFA, Jules Rimet seterusnya merancang untuk mengadakan Kejohanan Piala Dunia Perdana di Uruguay pada tahun 1930. Pertubuhan bola sepak kebangsaan daripada negara-negara yang dipilih telah dijemput untuk menghantar satu pasukan, tetapi pilihan Uruguay sebagai satu tuan rumah bermakna satu perjalanan yang memakan kos dan masa yang panjang merentasi Lautan Atlantik bagi pasukan dari Eropah. Sebenarnya, tiada negara Eropah yang sanggup untuk menghantar satu pasukan sehinggalah dua bulan sebelum bermulanya pertandingan berkenaan.[4] Rimet akhirnya berjaya memujuk pasukan-pasukan dari Belgium, Perancis, Romania, dan Yugoslavia untuk membuat perjalanan tersebut. Dalam jumlah 13 negara yang mengambil bahagian — tujuh daripadanya adalah dari Amerika Selatan, empat dari Eropah dan dua dari Amerika Utara.

Dua perlawanan Piala Dunia sulung ini berjalan serentak dan telah dimenangi oleh Perancis dan AS, yang masing-masing mengalahkan Mexico 4-1 dan Belgium 3-0. Gol pertama dihasilkan dalam sejarah Piala Dunia telah dijaringkan oleh Lucien Laurent daripada Perancis. Empat hari berikutnya, hat-trick Piala Dunia pertama dijayakan oleh Bert Patenaude daripada AS dalam kemenangan 3-0 terhadap Paraguay. Dalam perlawanan akhir, Uruguay telah mengalahkan Argentina 4-2 di hadapan 93,000 penonton di Montevideo, dan menjadi negara pertama yang memenangi kejohanan bola sepak Piala Dunia.[6]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Isu-isu yang dihadapi pada permulaan kejohanan Piala Dunia adalah kerumitan perjalanan antara benua dan peperangan. Hanya sedikit pasukan Amerika Selatan sanggup untuk pergi ke Eropah bagi kejohanan pada 1934 dan 1938, dengan Brazil menjadi pasukan Amerika Selatan tunggal yang bertanding pada kedua-dua kejohanan. Pertandingan pada 1942 dan 1946 telah dibatalkan akibat Perang Dunia II.

Piala Dunia 1950 adalah yang pertama melibatkan British. Pasukan-pasukan British mengeluarkan pasukan-pasukan mereka daripada FIFA pada tahun 1920, sebahagiannya adalah kerana tidak mahu bermain dengan negara-negara yang berada di dalam peperangan dengan mereka, sebahagian lagi sebagai satu bantahan terhadap pengaruh luar di dalam bola sepak,[7] tetapi bergabung kembali dalam tahun 1946 sempena jemputan daripada FIFA. Pertandingan tersebut menyaksikan kembalinya juara 1930 Uruguay, yang telah memboikot kedua-dua kejohanan Piala Dunia sebelumnya.

Dalam kejohanan-kejohanan di antara 1934 dan 1978, 16 pasukan telah layak untuk setiap pertandingan akhir (kecuali dalam beberapa kes di mana pasukan-pasukan menarik diri selepas layak bertanding). Kebanyakan daripadanya adalah daripada Eropah dan Amerika Latin, dengan minoriti yang sangat kecil daripada Afrika, Asia dan Oceania. Pasukan-pasukan ini biasanya mudah dikalahkan oleh pasukan Eropah dan Amerika Latin kecuali Korea Selatan, yang berjaya mencapai suku akhir pada 1966).

Pusingan akhir itu telah dikembangkan kepada 24 pasukan pada 1982, kemudian 32 pada 1998, membenarkan lebih banyak pasukan daripada Afrika, Asia dan Amerika Utara untuk mengambil bahagian. Sejak akhir-akhir ini, peserta-peserta baru ini mendapat lebih banyak kejayaan dengan Cameroon mencapai suku akhir pada 1990, dan Korea Selatan. Senegal dan Amerika Syarikat, kesemuanya mencapai pusingan kalah mati dalam pada 2002. 197 negara mencuba untuk layak dalam edisi 2006, dan kesemuanya kecuali tiga daripada 207 negara-negara ahli FIFA pernah memasuki pertandingan tersebut, dengan ahli-ahli baru Comoros dan Timor Timur masih belum lagi berpeluang untuk berbuat demikian, dan Bhutan[8] ahli tunggal yang belum memasuki pertandingan berkenaan.

Kejohanan yang seumpamanya untuk bola sepak wanita, Piala Dunia Wanita FIFA, dianjurkan dalam tahun 1991. Formatnya serupa seperti kejohanan lelaki, tetapi sehingga sekarang kejohanan berkenaan tidak menjana minat yang sama seperti dalam kejohanan lelaki.

Trofi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Trofi Piala Dunia FIFA

Daripada 1930 hingga ke 1970, Trofi Jules Rimet telah dihadiahkan kepada pemenang piala berkenaan. Pada mulanya ia dikenali sebagai Piala Dunia,World Cup atau Coupe du Monde tetapi dinamakan semula dalam tahun 1946 di atas jasa presiden FIFA yang telah menguruskan kejohanan pertama. Dalam 1970, kemenangan ketiga Brazil dalam kejohanan tersebut membolehkan mereka menyimpan trofi berkenaan selama-lamanya. Bagaimanapun, trofi berkenaan telah dicuri dalam tahun 1983, dan tidak pernah ditemui kembali.[9]

Selepas 1970, satu trofi baru dikenali sebagai Trofi Piala Dunia FIFA telah direka. Trofi ini tidak dihadiahkan kepada negara-negara pemenang selama-lamanya walaupun berapa banyak Piala Dunia yang telah mereka menang.[10] Argentina, Jerman (Jerman Barat) dan Brazil telah memenangi trofi berkenaan dua kali. Ia tidak akan diturunkan sehingga nama plak telah dipenuhkan dengan nama-nama negara pemenang dalam tahun 2038.

Format[sunting | sunting sumber]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Sejak kejohanan bola sepak Piala Dunia kedua pada 1934, pertandingan kelayakan telah diadakan untuk mengurangkan jumlah pasukan di pusingan akhir. Ia telah diadakan di setiap zon benua FIFA (Afrika, Asia, Amerika Utara, Timur Tengah dan Caribbean, Amerika Selatan, Oceania, Eropah) yang diselia oleh konfederasi gabungan masing-masing. Bagi tiap-tiap pertandingan, FIFA memutuskan bilangan tempat yang dihadiahkan pada setiap zon sebelum ia bermula berdasarkan kekuatan relatif pasukan-pasukan konfederasi, dan juga bergantung kepada aktiviti melobi daripada konfederasi.

Proses kelayakan boleh bermula seawal tiga tahun sebelum pertandingan akhir dan yang paling lambat dalam jangka waktu dua tahun. Format kelayakan bagi sesebuah pertandingan berbeza di antara setiap konfederasi. Biasanya, satu daripada dua tempat dihadiahkan kepada pemenang play-off antara benua. Sebagai contoh, pemenang antara zon Oceania dan pasukan tempat kelima daripada Amerika Selatan memasuki play-off untuk memutuskan pasukan mana layak untuk ke Piala Dunia 2006.[11]. Daripada Piala Dunia 1938 dan seterusnya, negara tuan rumah menerima tempat automatik dalam pusingan akhir. Kelebihan ini juga telah diberikan kepada juara bertahan, tetapi mulai 2006 dan seterusnya, kelebihan ini ditarik balik yang memerlukan juara untuk melayakkan diri seperti negara-negara yang lain.[12].

Pertandingan akhir[sunting | sunting sumber]

Pertandingan akhir yang terkini memaparkan 32 pasukan kebangsaan bertanding selama sebulan di negara tuan rumah. Terdapat dua pusingan, satu peringkat kumpulan dan satu lagi peringkat kalah-mati.

Di dalam peringkat pertama (peringkat kumpulan), pasukan-pasukan akan dibahagikan ke dalam lapan kumpulan yang mengandungi empat negara. Lapan pasukan pilihan berdasarkan ranking diletakkan dalam kumpulan berbeza. Pasukan lain diundi secara rawak. Semenjak 1998, kekangan diberikan pada cabutan untuk memastikan bahawa tiada kumpulan mengandungi lebih daripada dua pasukan Eropah atau lebih daripada satu pasukan daripada setiap konfederasi yang lain. Setiap kumpulan bermain satu pertandingan round-robin, memastikan bahawa setiap negara yang layak dapat bermain paling kurang tiga perlawanan. Pusingan terakhir perlawanan akan diadakan serentak untuk menghalang sebarang pakatan di antara negara-negara. Semenjak 1994, tiga mata diberikan kepada satu kemenangan, satu mata kepada satu seri dan tiada mata yang diberikan kepada satu kekalahan (sebelum ini, pemenang hanya menerima dua mata). Dua pasukan teratas akan berjaya melayakkan diri ke peringkat kedua (peringkat kalah-mati).

Peringkat kalah-mati adalah satu pusingan penyingkiran di mana setiap pasukan berlawan sesama mereka dalam perlawanan tunggal, dengan masa tambahan dan tendangan penalti digunakan untuk menentukan pihak pemenang, sekiranya perlu. Dalam pusingan 16, pemenang setiap kumpulan akan menentang naib johan kumpulan lain. Ini akan diikuti pada peringkat suku-akhir, separuh akhir dan akhir. Pihak yang kalah pada peringkat separuh akhir akan berlawan dalam penentuan tempat ketiga.

Pemilihan tuan rumah[sunting | sunting sumber]

Pada awal kejohanan Piala Dunia, hak tuan rumah diberikan kepada negara-negara di pertemuan mesyuarat kongres FIFA. Pemilihan lokasi adalah sangat kontroversi, memandangkan perjalanan kapal tiga minggu antara Amerika Selatan dan Eropah, dua kuasa bola sepak pada masa itu. Keputusan untuk melangsungkan kejohanan itu di Uruguay, sebagai contoh, membawa kepada hanya empat negara Eropah sahaja yang bertanding[13]. Dua kejohanan Piala Dunia seterusnya telah diadakan di Eropah. Keputusan untuk menentukan tempat tuan rumah salah satunya, Piala Dunia 1938 di Perancis adalah kontroversi, kerana negara-negara Amerika Selatan telah difahamkan bahawa tuan rumah Piala Dunia seharusnya bergilir antara dua benua. Kedua-dua Argentina dan Uruguay memboikot pertandingan tersebut.[14] Selepas Perang Dunia ke-II, untuk mengelakkan boikot atau kontroversi akan datang, FIFA telah memulakan satu corak perselangan di antara Amerika Selatan/Utara dan Eropah, sehinggalah Piala Dunia FIFA 1998. Sistem ini diubah supaya negara tuan rumah akan dipilih dalam satu pengundian oleh jawatankuasa eksekutif FIFA. Ini dibuat di bawah sistem pengundian pemindahan tunggal. Keputusan kini dibuat enam tahun sebelum pertandingan bermula.

Liputan media[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia pertama kali ditayangkan dalam tahun 1954 dan kini menjadi acara yang paling ramai penonton dan paling diikuti di dunia, melebihi Sukan Olimpik.[15] Penonton terkumpul bagi acara kejohanan Piala Dunia 2002 untuk keseluruhan perlawanan — dianggarkan 28.8 bilion. 1.1 bilion individu telah menyaksikan perlawanan akhir kejohanan ini. Cabutan, yang mana menentukan pengagihan pasukan-pasukan ke dalam kumpulan-kumpulan, disaksikan oleh 300 juta penonton.[16]

Setiap kejohanan Piala Dunia mempunyai maskotnya sendiri. World Cup Willie, maskot untuk 1966, adalah maskot Piala Dunia pertama. Maskot-maskot untuk Piala Dunia FIFA 2006 adalah Goleo, seekor singa, dan Pille, sebuah bola sepak

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Rumusan Piala Dunia[sunting | sunting sumber]

Tahun Tuan Rumah Perlawanan Akhir Penentuan Tempat Ketiga
Juara Jaringan Naib Juara Tempat Ketiga Jaringan Tempat Keempat
1930
Perincian
Uruguay
Uruguay
Bendera Uruguay
Uruguay
4 - 2 Bendera Argentina
Argentina
n/a[17]
1934
Perincian
Itali
Itali
Bendera Itali
Itali
2 - 1
(Masa Tambahan)
Bendera Czechoslovakia
Czechoslovakia
Bendera Jerman
Jerman
3 - 2 Bendera Austria
Austria
1938
Perincian
Perancis
Perancis
Bendera Itali
Itali
4 - 2 Bendera Hungary
Hungary
Bendera Brazil
Brazil
4 - 2 Bendera Sweden
Sweden
1950
Perincian
Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
2 - 1[18] Bendera Brazil
Brazil
Bendera Sweden
Sweden
3 - 1[18] Bendera Sepanyol
Sepanyol
1954
Perincian
Switzerland
Switzerland
Bendera Jerman
Jerman
3 - 2 Bendera Hungary
Hungary
Bendera Austria
Austria
3 - 1 Bendera Uruguay
Uruguay
1958
Perincian
Sweden
Sweden
Bendera Brazil
Brazil
5 - 2 Bendera Sweden
Sweden
Bendera Perancis
Perancis
6 - 3 Bendera Jerman
Jerman
1962
Perincian
Chile
Chile
Bendera Brazil
Brazil
3 - 1 Bendera Czechoslovakia
Czechoslovakia
Bendera Chile
Chile
1 - 0 Bendera Yugoslavia
Yugoslavia
1966
Perincian
England
England
Bendera England
England
4 - 2
(Masa Tambahan)
Bendera Jerman
Jerman
Bendera Portugal
Portugal
2 - 1 Flag of the Soviet Union
Kesatuan Republik Sosialis Soviet
1970
Perincian
Mexico
Mexico
Bendera Brazil
Brazil
4 - 1 Bendera Itali
Itali
Bendera Jerman
Jerman
1 - 0 Bendera Uruguay
Uruguay
1974
Perincian
Jerman
Jerman Barat
Bendera Jerman
Jerman
2 - 1 Bendera Belanda
Belanda
Bendera Poland
Poland
1 - 0 Bendera Brazil
Brazil
1978
Perincian
Argentina
Argentina
Bendera Argentina
Argentina
3 - 1
(Masa Tambahan)
Bendera Belanda
Belanda
Bendera Brazil
Brazil
2 - 1 Bendera Itali
Itali
1982
Perincian
Sepanyol
Sepanyol
Bendera Itali
Itali
3 - 1 Bendera Jerman
Jerman
Bendera Poland
Poland
3 - 2 Bendera Perancis
Perancis
1986
Perincian
Mexico
Mexico
Bendera Argentina
Argentina
3 - 2 Bendera Jerman
Jerman
Bendera Perancis
Perancis
4 - 2
(Masa Tambahan)
Bendera Belgium
Belgium
1990
Perincian
Itali
Itali
Bendera Jerman
Jerman
1 - 0 Bendera Argentina
Argentina
Bendera Itali
Itali
2 - 1 Bendera England
England
1994
Perincian
Amerika Syarikat
AS
Bendera Brazil
Brazil
0 - 0
(3 - 2)
(Sepakan penalti)
Bendera Itali
Itali
Bendera Sweden
Sweden
4 - 0 Bendera Bulgaria
Bulgaria
1998
Perincian
Perancis
Perancis
Bendera Perancis
Perancis
3 - 0 Bendera Brazil
Brazil
Bendera Croatia
Croatia
2 - 1 Bendera Belanda
Belanda
2002
Perincian
Korea Selatan
Korea Selatan
& Jepun
Jepun
Bendera Brazil
Brazil
2 - 0 Bendera Jerman
Jerman
Bendera Turki
Turki
3 - 2 Bendera Korea Selatan
Korea Selatan
2006
Perincian
Jerman
Jerman
Bendera Itali
Itali
1 - 1
(5 - 3)
(Sepakan penalti)
Bendera Perancis
Perancis
Bendera Jerman
Jerman
3 - 1 Bendera Portugal
Portugal
2010
Perincian
Afrika Selatan Afrika Selatan Bendera Sepanyol
Sepanyol
1 - 0
(Masa Tambahan)
Bendera Belanda
Belanda
Bendera Jerman
Jerman
3 - 2 Bendera Uruguay
Uruguay
2014
Perincian
Brazil Brazil
2018
Perincian
Rusia Rusia
2022
Perincian
Qatar Qatar

Pasukan yang berjaya[sunting | sunting sumber]

Untuk senarai yang lebih terperinci, sila lihat Kemunculan pasukan kebangsaan dalam Piala Dunia FIFA
Peta keputusan negara-negara terbaik

Keseluruhannya, 207 pasukan bertanding untuk melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Piala Dunia dan 78 negara telah berjaya melayakkan diri sekurang-kurangnya sekali. Daripada 78 negara ini, hanya sebelas yang berjaya ke perlawanan terakhir, dan hanya tujuh sahaja berjaya memenanginya. Keekslusifan ini memberikan banyak keghairahan dan semangat kebangsaan di kalangan peminat-peminat kejohanan.

Dengan lima kemenangan daripada tujuh kemunculan dalam perlawanan akhir, Brazil adalah pasukan yang paling berjaya dalam kejohanan Piala Dunia. Negara berkenaan juga adalah negara tunggal yang dapat melibatkan diri dalam setiap pusingan akhir kejohanan Piala Dunia setakat ini.

Pada peringkat benua, Amerika Selatan hanya lebih sedikit daripada Eropah dengan sembilan gelaran berbanding lapan. Brazil dan Jerman terikat sama dengan kemunculan terbanyak dalam perlawanan akhir dengan 7 (Brazil telah memenangi 5; Jerman telah memenangi 3). Brazil dan Itali adalah peserta akhir yang mencabar untuk mendapatkan piala ke-3 dalam 1970 dan untuk piala ke-4 pada 1994. Dalam kedua-dua perlawanan itu, Brazil menang.

Lapan pasukan yang telah memenangi Piala Dunia dibenarkan menambahkan bintang di jersi mereka.

Pasukan Gelaran Juara Naib Juara
Flag of Brazil.svg Brazil 5 1958, 1962, 1970, 1994, 2002 2 (1950*, 1998)
Flag of Italy.svg Itali 4 1934*, 1938, 1982,2006 2 (1970, 1994)
Flag of Germany.svg Jerman 3 1954, 1974*, 1990
(semuanya sebagai Jerman Barat)
4 (1966, 1982, 1986, 2002)
(sebagai Jerman Barat dari 1966–1986)
Flag of Argentina.svg Argentina 2 1978*, 1986 2 (1930, 1990)
Flag of Uruguay.svg Uruguay 2 1930*, 1950 -
Flag of England.svg England 1 1966* -
Flag of France.svg Perancis 1 1998* -
Flag of Spain.svg Sepanyol 1 2010 -
Flag of the Czech Republic.svg Czechoslovakia - - 2 (1934, 1962)
Flag of Hungary.svg Hungary - - 2 (1938, 1954)
Flag of the Netherlands.svg Belanda - - 3 (1974, 1978, 2010)
Flag of Sweden.svg Sweden - - 1 (1958*)
* sebagai tuan rumah

Enam daripada lapan juara telah memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran semasa menjadi tuan rumah kecuali Brazil, yang telah kalah pada perlawanan penentuan (dikenali sebagai Maracanazo) apabila mereka menjadi tuan rumah kepada 1950; dan Sepanyol yang hanya menjuarai Piala Dunia buat kali pertama di Afrika Selatan pada tahun 2010. England (Piala Dunia 1966) dan Perancis (Piala Dunia 1998) telah memenangi piala tunggal mereka semasa menjadi tuan rumah.

Akan tetapi, bukan hanya juara sahaja yang mengalami kejayaan manis, negara-negara yang tidak seberapa unggul juga lebih berjaya sebagai tuan rumah. Korea Selatan telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir sebagai tuan rumah bersama dalam 2002 padahal sebelumnya tidak pernah melepasi peringkat awal. Kejayaan sebagai tuan rumah dalam kejohanan Piala Dunia merupakan satu sebab yang besar mengapa banyak negara begitu aktif melobi untuk dipilih sebagai tuan rumah, disebabkan kelebihan sokongan penonton; bagaimanapun, terdapat juga tuduhan yang FIFA mengatur pengadilan dan cabutan yang lebih memihak kepada tuan rumah. Sungguhpun demikian, lain pula nasibnya bagi Afrika Selatan yang menjadi pasukan tuan rumah pertama dalam sejarah kejohanan yang tersingkir di peringkat kumpulan pada tahun 2010.

Persembahan terbaik mengikut zon benua[sunting | sunting sumber]

Hingga sekarang, perlawanan akhir piala dunia hanya dipertandingkan oleh pasukan-pasukan Eropah dan/atau Amerika Selatan.

Benua Persembahan terbaik
Eropah 10 gelaran, dimenangi oleh Itali, Jerman, England, Perancis dan Sepanyol
Amerika Selatan 9 gelaran, dimenangi oleh Brazil, Argentina dan Uruguay
Amerika Utara Separuh akhir (Amerika Syarikat, 1930)
Asia Separuh akhir (Korea Selatan, 2002)
Afrika Suku akhir (Cameroon, 1990; Senegal, 2002)
Oceania Pusingan pertama (Australia, 1974; New Zealand, 1982)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Ronaldo, pemenang Kasut Emas pada Piala Dunia FIFA 2002

Pada penghujung Piala Dunia, anugerah akan dihadiahkan kepada para pemain dan pasukan berdasarkan pencapaian berbanding memenangi pertandingan tersebut.

Dewasa ini terdapat enam anugerah:

  • "Kasut Emas Adidas" (dulu dikenali sebagai "Kasut Emas", atau kadangkala "But Emas", pertama kali dianugerahkan dalam tahun 1930) untuk penjaring terbanyak;
  • "Bola Emas Adidas" untuk pemain terbaik (dulu dikenali sebagai "Bola Emas", pertama kali dianugerahkan pada 1982);
  • "Anugerah Yashin" untuk penjaga gol terbaik (pertama kali dianugerahkan pada 1994);
  • "Anugerah Permainan Bersih FIFA" bagi pasukan yang mempunyai rekod terbaik dalam permainan bersih (pertama kali dianugerahkan pada 1978);
  • "Anugerah Pasukan Penghibur Terbaik" bagi pasukan yang berjaya menghiburkan orang awam semasa kejohanan Piala Dunia, dinilai daripada satu undian umum, pertama kail dianugerahkan pada 1994;
  • "Pemain Muda Terbaik Gillette" dihadiahkan kepada pemain di bawah 21 tahun bermulanya tahun kalendar, yang mana pertama kali dianugerahkan pada 2006.

Rekod dan statistik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: rekod Piala Dunia FIFA
  • Jurang kemenangan terbesar: Hungary 9-0 Korea Selatan pada 1954; Yugoslavia 9-0 Zaire pada 1974; Hungary 10-1 El Salvador pada 1982
  • Gol terpantas daripada sepak mula: Hakan Şükür, 11 saat, Turki vs Korea Selatan pada 2002
  • Kemunculan Piala Dunia terbanyak: Antonio Carbajal (Mexico, 1950-1966) dan Lothar Matthäus (Jerman Barat dan Jerman, 1982-1998), 5 kali
  • Kemunculan perlawanan Piala Dunia terbanyak: Lothar Matthäus, 25 kali
  • Gol terbanyak dijaringkan: Gerd Müller (Jerman Barat,1970-1974), 14 gol
  • Gol terbanyak dijaringkan dalam satu pertandingan: Just Fontaine (Perancis), 13 gol pada 1958
  • Pemain tertua menjaringkan satu gol: Roger Milla, 42 tahun dan 39 hari, Cameroon vs Rusia pada 1994.

Ranking[sunting | sunting sumber]

Di seluruh dunia[sunting | sunting sumber]

Kejohanan ini merupakan satu-satunya kejohanan bola sepak yang bukan sahaja relevan dengan peminat bola sepak tetapi juga dengan umat manusia di seluruh dunia. Ia juga merupakan satu-satunya kejohanan yang mampu mengumpul seberapa ramai pengutuk pasukan masing-masing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 2002 FIFA World Cup TV Coverage, Laman rasmi FIFA. Dipetik pada 24 Mac 2006.
  2. 'Piala Dunia Pertama'. Piala Sir Thomas Lipton. Majlis Daerah Shrewsbury dan Atcham. Dizahirkan pada 11 April 2006.
  3. Dimana semuanya bermula, Laman rasmi FIFA. Diterbitkan pada 10 April 2006.
  4. 4.0 4.1 Uruguay 1930 Laman Piala Dunia FIFA. Diterbitkan pada 9 Januari 2006.
  5. The Football World Cup - An Introduction, h2g2. Diterbitkan pada 1 Mac 2006.
  6. FIFA World Cup Origin, FIFA Media Release. Diterbitkan pada 9 Januari 2006.
  7. Scotland and the 1950 World Cup, BBC. dipetik pada 1 Mac 2006.
  8. Bhutan - team profile, Laman rasmi FIFA World Cup. Dipetik pada 10 April 2006.
  9. Piala Jules Rimet, laman Piala Dunia FIFA. Dipetik pada 27 Februari 2006.
  10. Trofi Piala Dunia FIFA™, Laman Rasmi Kejohanan Piala Dunia 2002 FIFA. Dipetik pada 27 Februari, 2006.
  11. Matches and Results, Laman Piala Dunia FIFA. Dipetik pada 13 April 2006.
  12. Brazil's Juan warns against complacency, Laman Piala Dunia FIFA. Dipetik pada 10 April 2006.
  13. History of 1930 World Cup, BBC. Dipetik pada 13 April 2006.
  14. France 1938, Laman Piala Dunia FIFA. Dipetik pada 13 April 2006.
  15. FIFA Newsletter by Joseph S. Blatter, FIFA General Secretary, June 1997. Dipetik pada 8 Januari 2006.
  16. "Socceroos face major challenge: Hiddink", ABC Sport, 10 Disember 2005. Dipetik pada 8 Januari 2006.
  17. Tiada perlawanan tempat ke-3 pada 1930. Kedua-dua AS dan Yugoslavia dikira mendapat tempat ke-3.
  18. 18.0 18.1 Tiada perlawanan akhir rasmi pada 1950. Pemenang dipilih daripada kumpulan akhir empat pasukan (Uruguay, Brazil, Sweden dan Sepanyol). Kemenangan 2-1 Uruguay ke atas Brazil (dikenali sebagai Maracanazo) merupakan perlawanan penentu (dan kebetulan salah satu perlawanan terakhir) yang memastikan Uruguay mendapat mata tertinggi dan menjadi juara. Kemenangan 3-1 Sweden ke atas Sepanyol (pada masa yang sama dengan Uruguay vs Brazil) turut membantu Sweden mendapat tempat ke-3.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]