Pengguna:Stress 043

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ini adalah laman pengguna Wikipedia.

Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Stress_043.

Wikimedia Foundation


Wikipedia:Kotak pengguna
Pengguna ini beragama Islam Pengguna ini beragama Islam.
Flag of Malacca.svg Pengguna ini berasal dari negeri Melaka.
Flag of Malaysia.svgPengguna ini berasal dari Malaysia.
Male.svg Pengguna ini seorang lelaki.
Soccerball.svg Pengguna ini meminati sukan bola sepak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Wikipedia Bahasa Melayu. Saya berada di sini untuk meningkatkan pengetahuan mengenai Bahasa Melayu dan informasi-informasi yang mungkin berguna bagi saya.


Diari Wikipedia[sunting | sunting sumber]

Log 8 Julai 2017[sunting | sunting sumber]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada umat Islam yang berjaya menyelesaikan ibadah puasa. Sesungguhnya Hari Raya ini merupakan kemenangan kepada kita semua yang telah menunaikan Rukun Islam yang telah dipertanggungjawabkan. Makanlah dengan berhemah dan ingatlah orang tersayang apabila melantak ketupat dan rendang tu.

Untuk kali ini, mari kita berbincang mengenai penyakit wabak. Berita melaporkan penyakit anjing gila telah menular di Sarawak. Dua orang kanak-kanak telah disahkan meninggal dunia akibat penyakit ini dan seorang kanak-kanak lagi masih dalam ICU. Kanak-kanak ini pernah terkena gigitan anjing yang telah dijangkiti virus rabies ini. Nasihat saya pada mereka yang membela anjing tu silalah dapatkan vaksin rabies di klinik haiwan berdekatan kerana penyakit ini boleh dibendung dengan vaksin. Ingatlah orsng yang tersayang.

Terima kasih. Stress 043 (bincang) 10:12, 8 Julai 2017 (UTC)


Log 5 Jun 2017[sunting | sunting sumber]

Salam sejahtera. Tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Jangan lupa untuk membayar zakat fitrah jika belum berbuat demikian. Ok, berbalik kepada Wikipedia pula. Terlalu banyak artikel yang masih belum berkembang. Dalam WBM, ianya dipanggil sebagai tunas.

Ada juga artikel yang berkembang, penuh dengan tulisan tetapi agak terkeluar dari konteks Wikipedia itu sendiri. Saya sedang melakukan rombakan besar-besaran untuk artikel berkaitan Maktab Rendah Sains MARA kerana saya sebagai bekas pelajar MRSM sendiri pun pening membaca artikel itu. Jadi, kepada penyumbang yang menyumbang tulisan untuk artikel MRSM sebelum ini, saya minta maaf banyak-banyak jika ada tulisan anda yang "hilang". Baiklah, tamat sahajalah log untuk kali ini. Selamat malam Malaysia!

Terima kasih. Stress 043 (bincang) 14:53, 5 Jun 2017 (UTC)

Log 22 Mei 2017[sunting | sunting sumber]

Salam sejahtera, ini merupakan kali pertama saya cuba log segala idea, kerja dan sumbangan saya di Wikipedia. Oh ya, sebelum saya mendaftar secara rasmi sebagai ahli biasa, secara jujurnya saya telah menggunakan Wikipedia (terutamanya bahasa Inggeris) sebagai rujukan dan sedikit copy and paste. Saya boleh katakan yang Wikipedia ni merupakan stepping stone atau permulaan kepada era teknologi maklumat yang boleh diakses hanya di hujung jari. Nah, sekarang lihat apabila sedikit demi sedikit industri menggunakan teknologi maklumat. Jika dulu, manusia menunggu teksi di bawah sinaran Matahari, kini mereka hanya perlu tap pada Uber. Jika dulu, manusia pergi ke perpustakaan mencari bahan, sekarang guna Wikipedia je.

Dan, saya masih di sini. Di luar sana, hujan lebat tidak putus-putus namun sudah berhenti. Sejuknya di dalam ni tak payah cakaplah. Suhu pendingin udara yang saya tak tahu berapa suhunya dicampur dengan aura angin sejuk hasil hujan lebat menyebabkan otak jadi beku untuk mengeluarkan perkataan yang sesuai digunakan. Ok lah, saya rasa saya sudah mengarut. Tamat sahajalah log ini.

Terima kasih. Stress 043 (bincang) 06:49, 22 Mei 2017 (UTC)