Aznil Nawawi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 48: Baris 48:
* [[Tom Tom Bak]]
* [[Tom Tom Bak]]


== Kerjaya ==
==Daftar filem==
;1995:
* Perunding Kreatif Astro (Terkini)
*''[[Serupa Tak Sama]]'' (pelakon utama)
* Pengacara TV Astro (Terkini)
;2004:
* Penyampai Berita TV3
*''[[Aku No. 1]]'': Aznil (pelakon utama)
* Wartawan Penyiaran TV3
;2005:
*''[[Pontianak Harum Sundal Malam 2]]'': Pasangan Kekasih Lelaki (penampilan kameo)
;2006:
*''[[Robots]]'': Rodney Copperbottom (watak utama, alih suara)
*''[[Cicak-Man]]'': Profesor Klon (watak utama)
;2007:
*''[[Filem Otai|Otai]]'': Pengacara Program Otai (penampilan kameo)
;2008:
*''[[Cicak-Man 2]]'': Profesor Klon (watak utama)


== Pencapaian ==
== Pencapaian ==

Semakan pada 13:48, 26 Oktober 2007

Aznil Haji Nawawi
Fail:Aznil Nawawi.jpg
Aznil dengan trofi
Kelahiran
Aznil bin Nawawi

(1962-11-06) 6 November 1962 (umur 61)

Aznil Nawawi merupakan seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Malaysia. Aznil dilahirkan pada 1962 dan sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 16 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata: Fildza Haifa (Fifi), 17, dan Fariq Haizen (Ricky), 13.

Biografi

Aznil yang lahir dan membesar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, ini memegang ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dengan TV3.

Ketika memulakankerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.

Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?.

Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah pegnlibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2002 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.

Pada tahun 2004, Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau. Pada tahun 1995, beliau sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa.

Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan "macam-macam". Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura kini disiarkan di Astro Prima.

Pada tahun 2006, Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man. Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots.

Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.

Aznil and kids on Tom Tom Bak show

Rancangan pengacaraan beliau

Beliau melibatkan diri bersama hampir semua stesen tv tempatan. Antaranya

Daftar filem

1995
2004
2005
2006
  • Robots: Rodney Copperbottom (watak utama, alih suara)
  • Cicak-Man: Profesor Klon (watak utama)
2007
  • Otai: Pengacara Program Otai (penampilan kameo)
2008

Pencapaian

2006

  • Pengacara Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2006)

2005

  • Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2005)
  • Rancangan Bual Bicara Terbaik (Asian Television Award 2005, Singapura) - Macam Macam Aznil
  • Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2005)

2004

  • Rancangan Hiburan TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004) - Macam Macam Aznil
  • Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2004)
  • Anugerah Khas (Media Hiburan 2004)
  • Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004)

2003

  • Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2003)

Lihat juga

Pautan luar