Kampung Datuk Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kampung Datuk Keramat
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Datuk Keramat
Bendera
Mohor rasmi bagi Kampung Datuk Keramat
Mohor
Moto: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:

Negaraku
Negara Malaysia Malaysia
Negeri Wilayah Persekutuan
Daerah Kuala Lumpur
Kampung Kampung Datuk Keramat
Pentadbiran
 • Jenis Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
 • Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
 • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Penduduk ( N/A )
 • Celik huruf ( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina % lelaki dan % perempuan
Zon waktu GMT
 • Musim panas (DST) GMT (UTC)
Poskod 54000
Kod kawasan +603
Lokasi Kampung Datuk Keramat di Peta Google

Kampung Datuk Keramat merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung Datuk Keramat, atau lebih dikenali sebagai Keramat di kalangan orang tempatan, ialah sebuah perkampungan yang besar di kawasan pilihan raya Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Asal nama kampung ini ialah Kampung Tangga Cina (diberi nama sempena kehadiran tangga batu yang menghala ke kubur peneroka Kuala Lumpur, Yap Ah Loy dipuncak Bukit Setiawangsa oleh buruh beberapa orang India yang di gelar "Tanggaci"). Ia mula dijadikan kawasan penempatan dan perkampongan pelbagai etnik Melayu, saperti Jawa, Bawean, Bugis, Minangkabau dll sekitar awal tahun 1920-an. Nama Kampong Tangga Cina terdaftar dalam daftar nama kampong dibawah tadbir urus Kuala Lumpur Municipality (KLM) sewaktu era "tandas angkut" sehingga ditukar nama menjadi Kampung Datuk Keramat semasa KLM bertukar menjadi Majlis Tempatan Kuala Lumpur. Nama Kampung Datuk Keramat (KDK) menjadi sinonim kerana terdapat satu makam pada kubur tertua dan kekerapan komuniti India Muslim mempraktiskan buat kenduri membayar nazar dimakam kubur tertua tersebut yang dianggap keramat di pinggiran kawasan Pasar Keramat. Kini makam tersebut tidak dibenarkan lagi untuk dijadikan tempat bernazar. Demikian rentetan bagaimana nama "kampung" ini terpilih dan berterusan menjadi tumpuan kediaman masyarakat majmuk disebabkan lokasinya yang strategik ditengah-tengah bandar.

Kawasan KDK asalnya tempat melombong bijeh timah dan sebahagian dari dataran bijeh yang bersambung dengan Kampung Kuala Ampang dan Bukit Belachan (Kampung Lembah Jaya) dan Ampang New Village. KDK terbahagi dua, Keramat Luar, dan Keramat Dalam.

  1. Keramat Luar bersebelahan dengan Jalan Kent dan Simpang Flat, menjadi penempatan pertama "Rumah RIDA", sebuah perkampongan tersusun oleh Jabatan Pembangunan Luar Bandar, kerajaan pusat Perikatan masa itu. Kawasan Keramat Luar berakhir dijakan yang pisahkan oleh jalan antara sekolah rendah dengan Pasar Keramat.
  1. Keramat Dalam bermula dari Pasar sehingga ke Jalan Jelatek, Keramat Hujung dan Bukit Keramat.

KDK kini merangkumi timur laut pusat bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang dan Pandan di negeri Selangor. Sungai Kelang menganjur lebih kurang dari timur laut ke barat dan bertindak sebagai pemisah semula jadi antara Keramat dengan Ampang. Keramat dilayani oleh 3 - stesen aliran laju Transit Aliran Ringan, iaitu Stesyen Jelatek, Dato Keramat and Damai, dalam jajaran Aliran Kelana Jaya.

KDK hanya 10 minit dari Kampung Baru jika memandu, dan sememangnya merupakan kawasan orang Melayu walaupun baru-baru ini, terdapat banyak orang asing, terutamanya orang-orang Arab yang tinggal di sini. Aznil Nawawi, pengacara ternama di Malaysia, juga berasal dari sini.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ialah 54000.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]