Sayang Si Buta: Perbezaan antara semakan
Azizah Sofia (bincang | sumb.) Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Azizah Sofia (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 35: | Baris 35: | ||
Selang beberapa bulan kemudian, Ani telah menjalani pembedahan kedua dua belah matanya oleh Dr Rashid. Matanya Ani telah pulih. Ani teruja sangat kerana dia sudah mampu melihat buat pertama kali dalam hidupnya. Jamil ([[Aziz Jaafar]]) seorang pemandu teksi yang menaruh perasaan terhadap Asmah. Tetapi dia telah salah faham dan cemburu kerana Asmah berkawan lebih rapat dengan Dr Rashid. |
Selang beberapa bulan kemudian, Ani telah menjalani pembedahan kedua dua belah matanya oleh Dr Rashid. Matanya Ani telah pulih. Ani teruja sangat kerana dia sudah mampu melihat buat pertama kali dalam hidupnya. Jamil ([[Aziz Jaafar]]) seorang pemandu teksi yang menaruh perasaan terhadap Asmah. Tetapi dia telah salah faham dan cemburu kerana Asmah berkawan lebih rapat dengan Dr Rashid. |
||
Dr Rashid sering membawa Ani bersiar-siar atas arahan Asmah. Walaupun Dr Rashid agak keberatan kerana berasa agak kekok. Ani telah menaruh perasaan pada Dr Rashid dan dia sering menggoda Dr Rashid secara peribadi. |
Dr Rashid sering membawa Ani bersiar-siar atas arahan Asmah. Walaupun Dr Rashid agak keberatan kerana berasa agak kekok. Ani telah menaruh perasaan pada Dr Rashid dan dia sering menggoda Dr Rashid secara peribadi. |
||
Dr Rashid telah menghantar surat kepada ibu bapanya bahawa dia akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Ibu Dr Rashid bersetuju lalu dia pergi merisik keluarga Asmah di kampung. Asmah sungguh gembira. Akan tetapi, Ani terus menangis dan kecewa kerana cintanya tidak berbalas oleh Dr Rashid. Asmah telah mengorbankan jiwa laranya untuk adiknya buat kali kedua. Dr Rashid akhirnya berkahwin juga dengan Ani. |
|||
==Pelakon== |
==Pelakon== |
Semakan pada 06:38, 21 September 2016
Sayang Si Buta | |
---|---|
Pengarah | Omar Rojik |
Dihasilkan oleh | Merdeka Film Productions |
Dibintangi | Jins Shamsudin, Sarimah, Dayang Sofia, Aziz Jaafar |
Sinematografi | Hitam-putih |
Tarikh tayangan | 1965 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Sayang Si Buta merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1965.[1] Filem Sayang Si Buta diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Sayang Si Buta mula ditayangkan pada 1965 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsudin, Sarimah Ahmad, Dayang Sofia, Aziz Jaafar dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Sayang Si Buta diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1965.
Ringkasan
Mengisahkan dua orang adik beradik perempuan, dimana adiknya seorang yang buta. Asmah (Sarimah) seorang kakak berkenalan dengan Dr Rashid (Jins Shamsuddin) seorang doktor perubatan. Asmah ingin membantu untuk memulihkan penglihatan adiknya, Ani (Dayang Sofia). Pada suatu hari, Asmah membeli senaskah buku braille dan Dr Rashid ingin sangat mengetahui mengapa Asmah membeli buku tersebut. Asmah akhirnya membawa Dr Rashid pulang ke rumah untuk menjelaskan perkara selanjutnya. Dr Rashid teruja sangat untuk berkenalan dengan Ani. Dr Rashid memulakan pemeriksaan mata terhadap Ani.
Selang beberapa bulan kemudian, Ani telah menjalani pembedahan kedua dua belah matanya oleh Dr Rashid. Matanya Ani telah pulih. Ani teruja sangat kerana dia sudah mampu melihat buat pertama kali dalam hidupnya. Jamil (Aziz Jaafar) seorang pemandu teksi yang menaruh perasaan terhadap Asmah. Tetapi dia telah salah faham dan cemburu kerana Asmah berkawan lebih rapat dengan Dr Rashid. Dr Rashid sering membawa Ani bersiar-siar atas arahan Asmah. Walaupun Dr Rashid agak keberatan kerana berasa agak kekok. Ani telah menaruh perasaan pada Dr Rashid dan dia sering menggoda Dr Rashid secara peribadi.
Dr Rashid telah menghantar surat kepada ibu bapanya bahawa dia akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Ibu Dr Rashid bersetuju lalu dia pergi merisik keluarga Asmah di kampung. Asmah sungguh gembira. Akan tetapi, Ani terus menangis dan kecewa kerana cintanya tidak berbalas oleh Dr Rashid. Asmah telah mengorbankan jiwa laranya untuk adiknya buat kali kedua. Dr Rashid akhirnya berkahwin juga dengan Ani.
Pelakon
- Jins Shamsudin sebagai Dr Rashid
- Sarimah sebagai Asmah
- Dayang Sofia sebagai Ani
- Aziz Jaafar sebagai Jamil
- Ahmad C
- Ibrahim Pendek
- M. Zain sebagai Dollah (orang gaji Dr Rashid)
Lagu
- Si Manis 17 - Ahmad Daud & The Swallows
- Di Antara Aku Dan Bintang - Aziz Jaafar
- Keronchong dari Zainab Huri
- Lagu dari Rahimah Simin