Dayang Sofia
Dayang Sofia | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Dayang Sofia binti Awang Rambli 26 Ogos 1938[1] |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 1957–1973 |
Terkenal kerana | Menerusi lakonan dalam filem Bujang Lapok |
Pasangan | Aziz Sattar (bercerai) |
Ibu bapa | Awang Rambli bin Awang Matsaruddin |
Dayang Sofia (dilahirkan sebagai Dayang Chik binti Awang Rambli; 26 Ogos 1938)[2] merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Sibu, Sarawak. Beliau mula dikenali setelah membintangi filem Bujang Lapok hasil arahan P. Ramlee.[3][1]
Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]
Bapa beliau, Awang Rambli merupakan warga Brunei yang ditugaskan sebagai pegawai kastam di Miri.
Beliau berhijrah ke Singapura setelah kedua ibu bapanya bercerai dan mengikuti pendidikan secara formal di St. Hilda.
Beliau mula menceburi bidang lakonan menerusi filem Bujang Lapok yang menampilkan Aziz Sattar sebagai pasangannya. Beliau pernah berkahwin dengan Aziz Sattar tetapi telah bercerai beberapa tahun kemudian.[2]
Beliau berkahwin buat kali kedua bersama Allahyarham Pengiran Jamaluddin bin Pengiran Haji Yakub dan kini menetap di Brunei.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1957 | Bujang Lapok | Sapiah |
1958 | Anak Pontianak | Halimah |
1961 | Megat Terawis | Tengku Badariah |
1961 | Panji Semerang | Galuh Adjeng |
1961 | Seniman Bujang Lapok | Dayang Sofia |
1963 | Nasib Si Labu Labi | Pengadil Ratu Kebaya 1 |
1963 | Pilih Menantu | Noni |
1964 | Mambang Moden | Rokiah |
1964 | Tiga Abdul | Rafidah Segaraga |
1965 | Sayang Si Buta | Ani |
1965 | Pusaka Pontianak | Rosminah |
1973 | Satu Titik Di Garisan | Sofiah |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Dayang Sofia". IMDb. Dicapai pada 28 Mei 2013.
- ^ a b "Rosli Dhoby - Pahlawan Melanau Sarawak". Blogger. 6 Ogos 2007. Dicapai pada 28 Mei 2013.
- ^ "Artist : Info Dayang Sofia". CinemaMalaysia.com. Dicapai pada 28 Mei 2013.