Ahmad C
Ahmad C | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohamad Abdul Hamid 1932 |
Meninggal dunia | 14 Januari 2010 (umur 78) |
Sebab kematian | Masalah jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kota Tinggi, Johor |
Nama lain | Ahmad C |
Ahmad C (1932 – 14 Januari 2010) atau nama sebenarnya Mohamad Abdul Hamid merupakan seorang penyanyi dan pelakon veteran Malaysia. Mohamad Abdul Hamid dilahirkan pada 1932 dan meninggal pada 14 Januari 2010.[1]
Beliau banyak berlakon dalam beberapa filem melayu klasik, seperti Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertua-ku, Ali Baba Bujang Lapok, Raja Bersiong dan banyak lagi.
Ahmad C juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P. Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah. Ahmad C juga kadangkala dikreditkan sebagai Mohamad Hamid iaitu nama sebenar beliau dalam filem-filem lakonannya.
Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]
Ahmad C meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi, Johor pada usia 78 tahun akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu. Anak-anaknya Roziah ,Wahidah, Shari, Sharudin dan menantunya Iskandar berada di sisi Allahyarham.
Selain mereka, beliau mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Mohd Sari dan Shahruddin. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Tinggi selepas Asar.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1952 | Anjoran Nasib | |
1955 | Penarek Becha | kawan Amran |
Abu Hassan Penchuri | Kassim | |
1958 | Taufan | Samad |
1959 | Saudagar Minyak Urat | Pegawai Polis |
Pendekar Bujang Lapok | Ahmad Pendayung Sampan | |
1960 | Ali Baba Bujang Lapok | 40 Penyamun |
1961 | Seniman Bujang Lapok | Encik Ahmad |
Panji Semerang | Raden Sarikan | |
Singapura Dilanggar Todak | Naka | |
1962 | Ibu Mertua-ku | Hussin Jalal Pemain Double Bass |
Gerhana | Taib | |
Labu dan Labi | Penyanyi Undangan Pancha Sitara | |
1963 | Nasib Si Labu Labi | Osman |
1964 | Siapa Besar | Jiran |
1965 | Dayang Senandong | Awang |
1968 | Raja Bersiong | Pengawal Kampung |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Kemalai Othman (29 Disember 2010). "SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". mStar. Diarkib daripada yang asal pada 31 Julai 2017. Dicapai pada 30 Julai 2017. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)N