Ahmad Nawab: Perbezaan antara semakan
Kemas. Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
k menghapuskan Kategori:Tokoh di Malaysia; menambah Kategori:Orang Malaysia (HotCat) |
||
Baris 92: | Baris 92: | ||
[[Kategori:Pelakon lelaki Malaysia]] |
[[Kategori:Pelakon lelaki Malaysia]] |
||
[[Kategori:Pelakon Malaysia]] |
[[Kategori:Pelakon Malaysia]] |
||
[[Kategori: |
[[Kategori:Orang Malaysia]] |
Semakan pada 00:34, 6 Julai 2017
Dato’ Dr. Ahmad Nawab | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Ahmad Khan bin Nawab Khan |
Kelahiran | No. 1, Jalan Transfer, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) | 6 April 1933
Genre | Instrumental, pop, jazz |
Pekerjaan | Penyanyi, penggubah lagu, pemuzik |
Instrumen | Vokal, saksofon |
Tahun aktif | 1950-an - kini |
Syarikat rakaman | EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. WEA Records Sdn. Bhd. |
Dato' Dr. Ahmad Nawab atau nama asal, Ahmad Khan bin Nawab Khan merupakan seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah menggubah lagu lebih daripada 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni. Beliau juga telah diberi penganugerahan sebagai "Seniman Negara Ke-7".
Biografi
Dato’ Dr. Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang, merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke hari ini.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar seperti Hetty Koes Endang, Khatijah Ibrahim, Sudirman Haji Arshad, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi.
Popularitinya telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya adalah berkualiti, di mana beliau masih mampu bersaing serta dapat bertahan lebih dari tiga puluh tahun dalam dunia muzik tanah air walaupun terdapat kemunculan ramai komposer-komposer muda yang serba berkebolehan.
Dato’ Dr. Ahmad Nawab juga merupakan orang yang bertanggung jawab bagi mengubah lahu “Malaysia Truly Asia”, yang dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim. Lagu tersebut turut dijadikan lagu tema bagi mempromosi Malaysia pada persada antarabangsa.
Pencapaian
Sumbangannya pada persada muzik Malaysia telah diakui oleh Universiti Putra Malaysia yang memberi anugerah Doktrate Dalam Penulisan Kehormat (“Honarory Doctrate In Literature”) pada tahun 2000.
Diskografi
Album Instrumental
- Saxsational - Pop Instrumental (1977)
- Ahmad Nawab (1979)
- Bintang Pujaan (1981)
- Mengenang Dirimu (1982)
- Ku Sayang Padamu (1983)
Album Nyanyian
- Gerimis Senja (1981)
- Ku Sayang Pada Mu, Ahmad Nawab (1983 & 2006)
Runut Bunyi dan Skor Filem
- Si Tora Harimau Jadian
- Sesudah Subuh
- Do Re Mi
- Nasib Do Re Mi
- Rahsia Hati
- Permintaan Terakhir
- Hapuslah Airmatamu
- Menanti Hari Esok
- Sumber Ilhamku
- Kisah Seorang Biduan
- Sumpah Semerah Padi
- Bunga Padi Berdaun Lalang
- Pendekar
- Bintang Pujaan
- Langit Petang
- Esok Untuk Siapa
- Di Ambang Kasih
- Gila-Gila Remaja
- Bintang Pujaan
Filemografi
Pencapaian
Beliau yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980. Namun begitu, beliau mencapai penghormatan tertinggi apabila beliau dipilih untuk menerima "Anugerah Seniman Negara" 2006 pada 20 November 2006.
Anugerah tersebut yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, merupakan salah satu daripada Anugerah Seni Negara (ASN) 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).[1]
Ahmad Nawab, 73, antara lain turut menerima hadiah berupa wang tunai RM60,000 dan dijadikan wakil KeKKWa di seminar/forum peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Petikan kata
- Lagu yang tidak lagi mementingkan mutu penciptaan
tidak akan bertahan lama,.[2]
Rujukan
- ^ Pulau Pinang diminta namakan Jalan Rawang Jalan Datuk Ahmad Nawab The Malaysian Insider
- ^ Ahmad Nawab kecewa mutu ciptaan lagu diabai Utusan Malaysia Online
Pautan luar
- Ahmad Nawab di Sinema Malaysia
- Ahmad Nawab di 7digital