Siti Fazurina: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
+ 6 kategori (HotCat) |
||
Baris 88: | Baris 88: | ||
[[Kategori:Pelakon wanita Malaysia abad ke-21]] |
[[Kategori:Pelakon wanita Malaysia abad ke-21]] |
||
[[Kategori:Orang dari Kedah]] |
[[Kategori:Orang dari Kedah]] |
||
[[Kategori:Pengacara televisyen Malaysia]] |
|||
[[Kategori:Pengacara wanita Malaysia]] |
|||
[[Kategori:Pelakon televisyen Malaysia]] |
|||
[[Kategori:Pelakon filem Malaysia]] |
|||
[[Kategori:Melayu Malaysia]] |
|||
[[Kategori:Muslim Malaysia]] |
Semakan pada 16:08, 17 April 2018
Siti Fazurina | |
---|---|
Kelahiran | Siti Fazurina binti Mohd Famir 9 Jun 1982 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 2004–kini |
Pasangan | Hykal Zulkifli (berkahwin 2013) |
Siti Fazurina Mohd Famir (lahir pada 9 Jun 1982) atau lebih dikenali sebagai Siti Fazurina merupakan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau juga sibuk menguruskan perniagaan busana Muslimah, Nina Fazurina Collection dan jual kek serta biskut, Nina Fazurina Cakes & Cookies. [1]
Kerjaya
Beliau mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Nama Fazurina mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom Puteri pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu Aziz M. Osman. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.
Pada tahun 2005, siri komedi Dunia Anita diterbitkan oleh Aziz sebagai spin-off kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi Dunia Anita, Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan. Beliau sering digandingkan dengan pelawak Zul Yahya bermula dengan siri tersebut hinggalah ke beberapa siri TV lain selepas itu seperti Misi Betty pada 2011. Siri komedi lain lakonannya yang tidak kurang popular adalah Kelab Jeng Jeng.
Di layar perak Fazurina membintangi filem-filem komedi seperti Senario XX bergandingan bersama Saiful Apek, Estet arahan Mamat Khalid dan Baik Giler bersama Zizan Razak. Selain itu beliau juga berkemampuan membawa watak-watak dramatik seperti wataknya dalam siri TV Biarlah Rahsia dan Trilogi Cinta bersama Rosyam Nor.
Pada tahun 2017, Fazurina akan membintangi telefilem bertajuk Kalbu Pun Berzikir yang bakal ditayangkan di Astro Citra & Astro Mustika HD pada tarikh 26 Februari 2017.
Kehidupan peribadi
Fazurina merupakan anak jati Sungai Petani, Kedah biarpun beliau dilahirkan Hospital Besar Kuala Lumpur Merupakan. Anak kedua daripada lima beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Dan Menengah Father Barre's Convent Sg.Petani Kedah. Beliau memegang Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Shahputra. Beliau juga telah berkahwin dengan Mohamad Hykal Zulkifli.[2]
Filemografi
Siri Komedi
- Puteri (2005- 2006)
- Dunia Anita (2005 - 2009)
- Kelab Jeng Jeng (2009 - 2010)
- Ceplos
- Misi Betty (2011)
Siri TV
- Biarlah Rahsia(2006)
- Cinta Rahsia (2007)
- Trilogi Cinta (2011)
- Hana (2013)
- Miss Kapten Cikgu Waiz (2017)
Telefilem
- Relung Kasih
- Pusara Ku Pelamin Ayah
- Ingin Terbang Jauh
- Bunga Terakhir
- Stok Lama
- Selangkah Ke Syurga
- Perigi Kontang
- Pendekar Latido
- Duda Berhias
- Cheongsam Untuk Ibu
- Bas Raya
- Tipah Torpedo
- Gurukah Aku
- Kalbu Pun Berzikir (2017)
- Huru Hara Raya (2017)
Filem
- Senario XX (2005)
- Estet (2010)
- Hantu Bukit Cina (2011)
- Baik Giler (2012)
Pengacaraan
- Sarapan Apa (RTM)
Komersial
- Iklan :- Telekom Olympic
Pencapaian
- Finalis Dewi Remaja 2002-2003
- (Pencalonan) Anugerah Bintang Baru Pantene 2005 - Anugerah Skrin 2005
Rujukan
- ^ Siti Fazurina kembali aktif SinarHarian.Com
- ^ Ibu Tolak Lamaran Risik Hykal –Siti Fazurina