Rempit Sampai Langit: Perbezaan antara semakan
Menambah lebih maklumat. |
Menambah sedikit maklumat. |
||
Baris 28: | Baris 28: | ||
}} |
}} |
||
'''''Rempit Sampai Langit''''' merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Filem ini ditayangkan pada 23 November 2017.<ref name="Rempit Sampai Langit">{{cite web|url=http://www.nazlannasir.com/suhan-movies-persembahkan-rempit-sampai-langit/|title=Suhan Movies persembahkan ‘Rempit Sampai Langit’|author=|publisher=Nazlan Nasir|date=16 November 2017|accessdate=1 Disember 2017}}</ref> |
'''''Rempit Sampai Langit''''' merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh [[Ajak Shiro]] dan ditayangkan pada 23 November 2017.<ref name="Rempit Sampai Langit">{{cite web|url=http://www.nazlannasir.com/suhan-movies-persembahkan-rempit-sampai-langit/|title=Suhan Movies persembahkan ‘Rempit Sampai Langit’|author=|publisher=Nazlan Nasir|date=16 November 2017|accessdate=1 Disember 2017}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.kitepunye.com/movieteater/rempit-sampai-langit-gelak-habis-dengan-ajak-shiro/|title=Rempit Sampai Langit Gelak Habis Dengan Ajak Shiro|author=Nannie Isa|publisher=Kitepunye|date=6 Disember 2017|accessdate=11 Disember 2017}}</ref> |
||
==Plot== |
==Plot== |
Semakan pada 04:07, 4 Jun 2018
Rempit Sampai Langit | |
---|---|
Pengarah | Silver |
Penulis | Loh Chung Tat |
Dihasilkan oleh | Rosyam Nor J. Cho (eksekutif) Julia Juhasu (eksekutif) |
Dibintangi | |
Sinematografi | Tak Fung Wong |
Disunting oleh | Chong Xee Mun |
Muzik oleh | Soo Yuen Yiet |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan | 23 November 2017 |
Masa tayangan | 92 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Rempit Sampai Langit merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh Ajak Shiro dan ditayangkan pada 23 November 2017.[1][2]
Plot
Mengisahkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.
Pelakon
- Ajak Shiro sebagai Kudin
- Nabila Huda sebagai Comel
- Cristina Suzanne sebagai Yati
Penerbitan
Rempit Sampai Langit merupakan filem kedua arahan Silver bersama Suhan Movies & Trading selepas filem Balistik (2014). Rosyam Nor berkhidmat sebagai penerbit filem ini, manakala J. Cho dan Julia Juhasu berkhidmat sebagai Penerbit Eksekutif. Proses kesan visual dan CGI dijalankan di Viper Studios milik Syafiq Yusof.[1]
Keluaran dan sambutan
Rempit Sampai Langit dikeluarkan pada 23 November 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan bahawa "corak filem ini sudah acapkali diketengahkan di layar perak dan disebabkan itu, secara zahirnya, ia boleh dianggap sebagai sebuah filem yang dikitar semula."[3] Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian menyifatkan Rempit Sampai Langit sebagai sebuah filem komedi ringan yang mencuit hati.[4]
Rujukan
- ^ a b "Suhan Movies persembahkan 'Rempit Sampai Langit'". Nazlan Nasir. 16 November 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Nannie Isa (6 Disember 2017). "Rempit Sampai Langit Gelak Habis Dengan Ajak Shiro". Kitepunye. Dicapai pada 11 Disember 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2017). "Klise Dan Sindiran 'Rempit Sampai Langit'". mStar Online. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Aqmar Mustaza (25 November 2017). "'Rempit Sampai Langit' mencuit hati". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.