Rempit Sampai Langit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rempit Sampai Langit
Pengarah Silver
Penerbit Rosyam Nor
J. Cho (eksekutif)
Julia Juhasu (eksekutif)
Penulis Loh Chung Tat
Dibintangi oleh
Muzik oleh Soo Yuen Yiet
Sinematografi Tak Fung Wong
Disunting oleh Chong Xee Mun
Syarikat
produksi
Suhan Movies & Trading
Pengedar Skop Productions
Mula ditayangkan
23 November 2017
Tempoh tayangan
92 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rempit Sampai Langit merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh Ajak Shiro, Tauke Raja Lawak, Nabila Huda dan Cristina Suzanne dan mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng Mat Rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun menemui kegagalan. Filem ini ditayangkan pada 23 November 2017.[1][2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Rempit Sampai Langit merupakan filem kedua arahan Silver bersama Suhan Movies & Trading selepas filem Balistik (2014). Rosyam Nor berkhidmat sebagai penerbit filem ini, manakala J. Cho dan Julia Juhasu berkhidmat sebagai Penerbit Eksekutif. Proses kesan visual dan CGI dijalankan di Viper Studios milik Syafiq Yusof.[1]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Rempit Sampai Langit dikeluarkan pada 23 November 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan bahawa "corak filem ini sudah acapkali diketengahkan di layar perak dan disebabkan itu, secara zahirnya, ia boleh dianggap sebagai sebuah filem yang dikitar semula."[3] Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian menyifatkan Rempit Sampai Langit sebagai sebuah filem komedi ringan yang mencuit hati.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Suhan Movies persembahkan 'Rempit Sampai Langit'". Nazlan Nasir. 16 November 2017. Dicapai 1 Disember 2017. 
  2. ^ Nannie Isa (6 Disember 2017). "Rempit Sampai Langit Gelak Habis Dengan Ajak Shiro". Kitepunye. Dicapai 11 Disember 2017. 
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2017). "Klise Dan Sindiran 'Rempit Sampai Langit'". mStar Online. Dicapai 1 Disember 2017. 
  4. ^ Aqmar Mustaza (25 November 2017). "'Rempit Sampai Langit' mencuit hati". Sinar Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]