Balistik (filem)
Balistik | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Silver |
Penerbit | Rosyam Nor Adrian Teh |
Lakon layar oleh | Rosyam Nor Silver |
Cerita oleh | Rosyam Nor Silver |
Dibintangi oleh | Rosyam Nor Rita Rudaini Jack Lim Ady Putra Raykarl Iskandar Zul Ariffin |
Sinematografi | Yong Choong Lin |
Disunting oleh | Heng |
Syarikat penerbitan | RK Screen Asia Tropical Film |
Pengedar | Skop Production Sdn Bhd |
Mula ditayangkan | 9 Januari 2014 |
Tempoh tayangan | 94 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu Kantonis |
Perbelanjaan | RM 2.5 Juta[1] |
Pecah panggung | RM 2.3 Juta[2] |
Balistik merupakan sebuah filem aksi gangsterisme Malaysia 2014 arahan Silver. Ia mengisahkan tentang Saga (Rosyam Nor) yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Raykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama. Filem ini telah diayangkan kepada umum pada 9 Januari 2014.[3]
Isi kandungan
Plot[sunting | sunting sumber]
Saga (Rosyam Nor) merupakan seorang pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.
Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam (Ady Putra) yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.
Di akhir cerita telah didedahkan bahawa Saga bukannya seorang penjenayah. Sebaliknya dia adalah seorang pegawai kanan polis berpangkat Superintenden yang menyamar sebagai pembunuh upahan untuk menghapuskan kegiatan kongsi gelap. Hal ini terdapat dalam fail rekod peribadi Saga yang mengejutkan Nizam.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Rosyam Nor sebagai Saga
- Rita Rudaini sebagai Salina
- Jack Lim sebagai Jack
- Ady Putra sebagai Nizam
- Rykarl Iskandar sebagai Rykarl
Penerbitan[sunting | sunting sumber]
Skrip filem ini telah ditulis oleh Rosyam Nor pada tahun 2009.[4] Majlis pelancaran filem ini telah dilakukan di Holiday Villa, Subang pada 15 Julai 2012. Pada mulanya tajuk filem ini ialah 'Balistik 045' sebelum nombor '045' itu digugurkan. Asalnya, RM 3 juta[5] telah diperuntukkan untuk filem ini tetapi telah berjaya dikurangkan oleh pihak produksi. Sebanyak 1 ribu peluru telah digunakan sepanjang produksi filem ini (bersamaan dengan RM 450 ribu)[6] dengan 5 buah kereta telah diletupkan.Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari termasuk ketika Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Klang. Filem ini turut menggunakan khidmat pakar aksi lasak profesional dari Hong Kong.[7] Filem ini merupakan filem pertama Rita Rudaini dalam tempoh lima tahun selepas filem terakhirnya iaitu Cinta pada tahun 2006.[8] Ady Putra telah dipantau oleh beberapa orang anggota polis dari Bukit Aman untuk memastikan wataknya sebagai Nizam, seorang pegawai polis dilakonkan dengan betul.[9]
Sambutan[sunting | sunting sumber]
Tayangan[sunting | sunting sumber]
Tayangan perdana filem ini telah diadakan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 16 Disember 2013. Video 'The Making Of' telah ditayangkan di TV3 pada 4 Januari 2014. Filem ini telah ditayangkan di 91 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Kutipan[sunting | sunting sumber]
Filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 1.8 Juta selepas enam hari tayangan.[10] Selepas dua minggu tayangan, filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 2.3 Juta.[11][12][13]
Ulasan[sunting | sunting sumber]
Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah negatif. Casey Lee dari Cinema.com.my mengulas filem ini sebagai Transformers Malaysia.[14] Portal hiburan Murai.com.my mengulas filem ini sebagai filem "hiburan biasa".[15]
Runut bunyi[sunting | sunting sumber]
OST untuk filem ini ialah "Balistik Cinta" hasil nyanyian Fiq. Video lagu ini telah dimuatnaik di Youtube pada 27 November 2013.[16]
Kesinambungan[sunting | sunting sumber]
Penerbit dan pelakon utama filem ini, Rosyam Nor mengakui bahawa sekuel filem ini Balistik 2 sedang dalam proses menyiapkan skrip. Filem ini bakal diarahkan oleh pengarah yang sama san barisan pelakon yang sama.[17]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Wanda Idris (17 Mac 2013). "Kepantasan Balistik". Utusan Malaysia. Dicapai 19 April 2014.
- ^ http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/filem-balistik-kutip-rm2-3-juta-1.242342
- ^ Melati Pusaka (25 Januari 2014). "Balistik kisah hidup polis". Free Malaysia Today. Dicapai 19 April 2014.
Filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun ketika ini berlakunya kemerosotan hasil kutipan filem-filem tempatan.
- ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/enam-tahun-tersimpan-akhirnya-balistik-difilemkan-28090
- ^ http://www2.nst.com.my/life-times/sunday-life-times/story-that-examines-boundaries-1.108369
- ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/keunggulan-balistik-1.239417
- ^ http://www2.hmetro.com.my/articles/PerapBalistikduatahun/Article?hm#sthash.zymlyetP.dpuf
- ^ http://www2.bharian.com.my/articles/Makinberusiamakinmenjadi/Article/
- ^ http://www.malaysiandigest.com/hiburan/482154-adi-putra-dipantau-anggota-polis-di-set-balistik.html
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140115/hi_08/Rosyam-seru-polis-tonton-Balistik
- ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/433977/hampir-dua-minggu-tayangan-balistik-catat-kutipan-lebih-rm23-juta
- ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/balistik-kutip-rm2-3-juta-1.242753
- ^ http://www.ohbulan.com/top-5-filem-tempatan-paling-laris-2014/
- ^ http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2012.8190.balistik.15280
- ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/425561/hujanan-1000-butir-peluru-kemaskan-balistik
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140415/hi_06/Klip-video-hebat-Balistik
- ^ http://peraktoday.com.my/2014/04/balistik-balik-modal/