Tengku Muhammad Fa-iz Petra: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Akuindo (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 39: Baris 39:


{{Kesultanan Kelantan}}
{{Kesultanan Kelantan}}
'''Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra''' diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, [[Kota Bharu, Kelantan|Kota Bharu]], [[Kelantan]], [[Malaysia]]. Baginda kini menyandang jawatan Pemangku Raja Kelantan.
'''Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra''' diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, [[Kota Bharu, Kelantan|Kota Bharu]], [[Kelantan]], [[Malaysia]]. Baginda kini menyandang jawatan Pemangku Raja Kelantan.


== Latar belakang ==
== Latar belakang ==

Semakan pada 07:10, 3 Julai 2018

Faiz Petra
Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan
Fail:TENGKU FAIZ PETRA.JPG
Pemangku Raja Kelantan
Pemerintahan8 Disember 2016 - kini
Pelantikan8 Disember 2016
Tengku Mahkota Kelantan
Pemerintahan18 Oktober 2010 - kini
Pelantikan18 Oktober 2010
Tengku Bendahara Kelantan
Pemerintahan30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010
Pelantikan30 Mac 1989
Keputeraan (1974-01-20) 20 Januari 1974 (umur 50)
Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan
Nama penuh
Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra
AyahandaSultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam Sunni

Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Baginda kini menyandang jawatan Pemangku Raja Kelantan.

Latar belakang

Baginda telah diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Januari 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Pendidikan

Baginda memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, baginda berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3 A-Level, baginda menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Baginda telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, Baginda sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan baginda. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, baginda terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Baginda telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, baginda telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.

Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, baginda menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang baginda diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, baginda sangat berminat dalam permainan bola sepak.

Kerjaya

Pada 30 Mac 1989, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-30 keputeraan al-Sultan Kelantan. Pada 18 Oktober 2010, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan oleh Sultan Muhammad V. Pada 8 Disember 2016, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan berikutan Sultan Muhammad V dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan yang ke-17 pada 5 Julai 2009.

Terasul, gelaran dan lambang

Gelaran hormat bagi
Tengku Muhammad Faiz Petra
Gaya panggilan Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 20 Januari 1974 - 30 Mac 1979: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 30 Mac 1989 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan
  • 18 Oktober 2010 - 8 Disember 2016 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 8 Disember 2016 - kini : Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan

Gelaran penuh baginda ialah: Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K., D.M.K. (Kedah), Pemangku Raja Kelantan

Keturunan

Penghargaan

Baginda telah dianugerahkan:[2][3]

Penghargaan Kelantan

  • Recipient of the Royal Family Order or Star of Yunus (DK, 30 March 2003).
  • Knight Grand Commander of the Order of the Crown of Kelantan or Star of Muhammad (SPMK).

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain

Rujukan

Pautan luar