Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri
Tengku Maharani Putri
Tempoh4 Mac 2019 – kini
Didahului olehTengku Kembang Petri binti Almarhum Sultan Muhammad IV
Keputeraan (1984-06-26) 26 Jun 1984 (umur 34)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganYAM Pengiran Muda 'Abdul Qawi Pengiran Mohamed Bolkiah ibni DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (k. 2013)
Anakanda
Butiran
YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri
YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaSultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra (diputerikan pada 26 Jun 1984) ialah Tengku Maharani Putri. Yang Amat Mulia merupakan puteri tunggal dan bongsu kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Tengku Amalin juga mempunyai 3 orang kekanda iaitu Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, dan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Zainab 2 di Kota Bahru dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat. Yang Amat Mulia meneruskan minat dan cita-citanya dengan melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang undang-undang. Yang Amat Mulia meneruskan lagi pengajiannya ke Australia di peringat Ijazah Sarjana dalam bidang undang-undang daripada University of Melbourne, Australia.

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Setelah tamat belajar, Tengku Amalin menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Antara kes kendaliannya ialah kes Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff menyembur mata Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penyembur. Tengku Amalin juga pernah mendapat kritikan daripada para ulama di Kelantan serta menimbulkan konstroversi di negeri itu kerana menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang ahli tabligh kerana hanya memakai serban sewaktu menunggang motosikal sebelum ditahan pihak penguat kuasa di Kubang Kerian pada Januari 2009.[perlu rujukan]

Setelah tiga tahun menjawat jawatan majistret, Tengku Amalin berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memegang jawatan sebagai penolong pendaftar.

Pernikahan[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin melangsungkan pernikahan dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, putera saudara Sultan Brunei pada 27 Jun 2013.

Cahaya mata[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin dikurniakan dua orang cahaya mata puteri iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri yang diputerikan pada 13 April 2014 dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri diputerikan pada 24 Jun 2016.

Gelaran Diraja[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Mac 2019, Tengku Amalin telah dikurniakan gelaran Tengku Maharani Putri sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan.

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Amalin A'ishah Putri
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 26 Jun 1984 - 4 Mac 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
  • 4 Mac 2019 - kini : Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra, Tengku Maharani Putri

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tengku Amalin telah dianugerahkan:[2]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]