Pengiran Muda Abdul Qawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pengiran Muda Abdul Qawi
Yang Amat Mulia Tengku Sri Utama Raja
KeputeraanPengiran Muda Abdul Qawi ibni Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
(1974-01-27) 27 Januari 1974 (umur 48)
Bandar Seri Begawan, Brunei
PasanganTengku Maharani Putri
YAM Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra
AnakandaYAM Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri
YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri
YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Puteri
YAM Pengiran Anak Tengku (nama belum diketahui)
Nama penuh
Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
KerabatBrunei Darussalam
AyahandaPaduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
BondaPengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
AgamaSunni Islam
Pengiran Muda Abdul Qawi
Sukan
NegaraBrunei
SukanPolo
Rekod pingat
Polo
Mewakili  Brunei
Sukan SEA
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Kejohanan lelaki

Yang Amat Mulia Tengku Sri Utama Raja Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (lahir 27 Januari 1974) ialah ahli kerabat diraja Brunei. Beliau merupakan anakanda saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pengiran Muda Abdul Qawi diputerakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 27 Januari 1974. Beliau merupakan putera sulung daripada 10 orang adik-beradik kepada Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.[1]

Pengiran Muda Abdul Qawi menerima pendidikan awal di St Andrews School, Bandar Seri Begawan. Beliau meneruskan pendidkan menengah di Kolej Sekolah Sains Paduka Seri Begawan sehingga menamatkan pendidikan menegahnya dan berjaya mendapat GCEO Level. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di St Andrew's College, United Kingdom dan berjaya mendapat GCE A Level dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di Queen Mary and Westfield College, University of London, United Kingdom. Beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Politik dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian pada tahun 1998, Pengiran Muda Abdul Qawi mula berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. Beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 2000 dan menceburi bidang perniagaan. Beliau dilantik sebagai Timbalan dan Pengerusi Eksekutif QAF Brunei, ahli Kumpulan Baiduri dan Pengarah Bank Baiduri dari tahun 2000 hingga 2010. Beliau juga menganggotai Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dari tahun 2002 hingga 2012. Beliau menyertai Lembaga Pengarah KLW Holdings Limited pada 30 September 2014 sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif. Beliau juga merupakan Pengerusi The Brunei Hotel, National Insurance Bhd, QOS Sdn Bhd, Everon Sdn Bhd dan Supremo Management Services Sdn Bhd di Brunei. Beliau telah menjadi ahli aktif: Majlis Perniagaan Asia Timur INSEAD sejak 2005; Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Asia-Pasifik sejak 2004; dan Penaung Persatuan Usahawan Muda Brunei sejak 2010.[2]

Perkahwinan dan anak-anak[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Jun 2013, Pengiran Muda Abdul Qawi berkahwin dengan Tengku Amalin A’ishah Putri (lahir 26 Jun 1984) iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis.[3]

Mereka dikurniakan dengan tiga orang puteri dan seorang putera: Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri, Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri, Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Puteri dan YAM Pengiran Anak Tengku (nama belum diketahui).

Nama Dilahirkan Tempat Lahir Umur
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri (2014-04-13)13 April 2014 Singapura 8 tahun, 5 bulan dan 13 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri (2016-06-24)24 Jun 2016 Singapura 6 tahun, 3 bulan dan 2 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Puteri (2020-02-12)12 Februari 2020 Kelantan, Malaysia 2 tahun, 7 bulan dan 14 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku (nama belum diketahui) (2022-06-26)26 Jun 2022 Brunei 3 bulan

Gelaran diraja[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2022, dengan limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengurniakan gelaran kerabat bergelar kepada Pengiran Muda Abdul Qawi iaitu dengan gelaran Tengku Sri Utama Raja. Gelaran ini telah disandang oleh Almarhum Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah yang mangkat pada tahun 2020.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri".
  2. ^ "Prince Abdul Qawi".
  3. ^ "Lulusan Undang-Undang… Adinda Sultan Kelantan, TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI Pernah Bergelar Majistret!".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]