Song Ji-hyo: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15: Baris 15:
}}
}}
| years active = 2001–sekarang
| years active = 2001–sekarang
| agent = My Company
| agent = Creative Group ING
| website =
| website =
| module = {{Infobox Korean name|child=yes
| module = {{Infobox Korean name|child=yes

Semakan pada 07:18, 31 Januari 2020

Song Ji-hyo
Song pada Januari 2017
Kelahiran
Cheon Seong-im

(1981-08-15) 15 Ogos 1981 (umur 42)
Nama lainCheon Soo-yeon
PendidikanUniversiti Kyungmoon - Percukaian dan Perakaunan
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
Tahun aktif2001–sekarang
EjenCreative Group ING
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSong Ji-hyo
McCune–ReischauerSong Chihyo
Nama lahir
Hangul
Hanja
Perumian SemakanCheon Seong-im
McCune–ReischauerCh'ŏn Sŏngim

Cheon Soo-yeon (lahir Cheon Seong-im pada 15 Ogos 1981) lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Song Ji-hyo, ialah seorang pelakon dan model wanita Korea Selatan. Song juga terkenal sebagai ahli rancangan aneka ragam Running Man.

Kehidupan awal

Song Ji-hyo lahir dengan nama Cheon Seong-im di Pohang, Gyeongsang Utara pada 15 Ogos 1981. Beliau mempunyai seorang adik lelaki bernama Cheon Seong-moon dan seorang adik perempuan. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Daerim, Sekolah Menengah Hwagye dan Sekolah Tinggi Konvensyen Ilsan. Song bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon selepas menonton Park Shin-yang di dalam filem tahun 2008, Promise.[1] Beliau menamatkan pengajian dengan ijazah dalam bidang percukaian dan perakaunan dari Universiti Kyungmoon (sekarang dikenali sebagai Kolej Kookje) yang terletak di Pyeongtaek, Gyeonggi. Sebelum menceburi bidang lakonan, ia telah didedahkan bahawa Song telah dipilih untuk berlakon ketika bekerja separuh masa di sebuah kafe.[2]

Kerjaya

2001–09

Sebelum kemunculan pertama Song sebagai seorang pelakon, beliau merupakan seorang model untuk Majalah Kiki. Beliau memilih "Song Ji-hyo" sebagai nama pentasnya, inspirasi dari dua pelakon terkenal, Song Seung-heon dan Song Hye-kyo. Song kemudiannya muncul di dalam video muzik Lee Soo-young untuk lagu "And I Love You" dan JTL untuk lagu "Just Say Goodbye". Beliau juga membuat penampilan kameo di dalam drama Age of Innocence.

Song membuat penampilan filem pertamanya di dalam filem seram tahun 2003, Wishing Stairs dimana beliau melakonkan watak seorang pelajar yang mempelajari tarian balet. Beliau menerima pencalonan Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon ke–24 untuk persembahan lakonannya di dalam filem ini. Beliau kemudiannya membintangi filem thriller jenayah tahun 2004, Some bersama-sama Go Soo.

Pada tahun 2006, Song mula terkenal selepas muncul di dalam drama romantik komedi MBC, Princess Hours dimana beliau melakonkan watak seorang penari balet yang bercita-cita untuk menjadi seorang ballerina. Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Lady Ye So-ya di dalam drama sejarah, Jumong. Drama ini mencapai kejayaan komersial dengan rating tontonan tertinggi diantara semua drama Korea yang disiarkan pada tahun 2006. Song kemudiannya menerima pencalonan Pelakon Baru Wanita Terbaik di dalam Siri Televisyen di Anugerah Seni Baeksang ke–43.

Pada tahun 2007, beliau muncul di dalam filem komedi, Sex Is Zero 2. Song juga merupakan pengacara program muzik, Inkigayo bersama-sama ahli Super Junior, Kim Heechul bermula 11 November 2007 sehingga 4 Mei 2008. Pada bulan Disember 2008, beliau melakonkan watak Ratu di dalam filem arahan Yoo Ha, A Frozen Flower yang merupakan salah satu filem dengan kutipan tertinggi pada tahun itu. Beliau kemudiannya menerima pencalonan Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang ke–45.

2010–2014

Song Ji-hyo pada bulan Mac 2011

Song telah dijemput untuk menyertai rancangan aneka ragam SBS, Running Man oleh Kim Joo Hyung PD (aka Myeok PD) yang bekerja dan rapat bersama Song semasa beliau mengacara Inkigayo. Beliau pada asalnya merupakan seorang tetamu jemputan untuk episod 2 sehingga episod 5. Beliau secara rasmi menyertai dan menjadi ahli rancangan aneka ragam ini semasa episod 6 tetapi tidak dapat hadir sehingga episod 7.[3]

Song menyertai C-JeS Entertainment pada awal tahun 2011. Beliau kemudiannya muncul di dalam filem arahan Choo Chang-min, Late Blossom. Pada bulan Mac 2011, beliau melakonkan watak seorang pemberita di dalam drama Crime Squad yang juga dibintangi oleh Song Il-gook dan Lee Jong-hyuk. Pada bulan Julai 2011, beliau melakonkan watak Eun-go, Ratu kepada Raja Uija di dalam drama sejarah, Gyebaek. Beliau memenangi Anugerah Penerbit di Anugerah Drama MBC. Beliau juga muncul di dalam dua muzik video: "In Heaven" oleh JYJ dan "It’s Nothing Serious" oleh Young Jee.

Pada tahun 2012, Song membintangi bersama-sama Kim Jae-joong di dalam filem Code Name: Jackal dimana beliau melakonkan watak seorang pembunuh upahan.[4] Pada tahun 2013, Song menyumbangkan suara untuk watak Lulu di dalam filem animasi Maritime Police Marco yang juga dibintangi Lee Kwang-soo. Pada bulan Februari 2013, beliau melakonkan watak seorang detektif di dalam filem New World. Pada bulan April 2013, beliau membintangi bersama-sama Lee Dong-wook di dalam drama sejarah KBS, The Fugitive of Joseon.

Pada bulan Januari 2014, Song membintangi drama romantik komedi tvN, Emergency Couple bersama-sama Choi Jin-hyuk. Drama ini mencapai kejayaan komersial dan hak penyiaran dijual kepada sembilan negara. Semasa musim luruh tahun 2014, Song berkolaborasi bersama NBA dimana beliau mengeluarkan siri topi "CHO.2". Pada 19 Ogos 2014, Banila Co. memilih Song sebagai model untuk jenama kosmetik tersebut.

2015–sekarang

Pada tahun 2015, Song membintangi drama Ex-Girlfriend Club bersama-sama Byun Yo-han. Pada asalnya dijadual untuk disiarkan sebanyak 16 episod, tvN kemudiannya memutuskan untuk memotong drama ini kepada 12 episod kerana rating tontonan yang rendah.[5] Pada bulan April, Song berduet bersama Kenji Wu untuk lagu "You Are So Cute" dan juga muncul di dalam video muzik lagu tersebut.

Pada Januari 2016, Song dan Chen Bolin telah disahkan akan berpasangan di dalam We Got Married versi China, We Are In Love.[6] Song kemudiannya membintangi dua filem China, 708090 (2016) dan Super Express (2016). Beliau kemudiannya membintangi drama Listen to Love yang merupakan sebuah buatan semula drama Jepun bersama Lee Sun-kyun.[7] Pada bulan November, Song membuat penampilan kameo di dalam drama Entourage.[8] Pada bulan Disember 2016, Song menyertai agensi pengurusan baru, My Company selepas menamatkan kontrak bersama C-JeS Entertainment.

Pada tahun 2017, Song mengacarakan rancangan kecantikan JTBC, Song Ji Hyo's Beauty View bersama Gong Myung.[9] Song kemudiannya membintangi drama web, 29gram (2017).[10] Beliau juga membintangi drama satu episod, Chief B and the Love Letter (2017) bersama Jo Woo-jin.[11] Song menerbit dan melancarkan program realiti beliau sendiri, I Am Jyo Unnie pada bulan Disember 2017.[12]

Pada tahun 2018, Song dijadual untuk membintangi filem romantik komedi, Wind Wind Wind bersama Lee Sung-min, Shin Ha-kyun dan Lee El.[13] Beliau juga dilantik sebagai pengacara rancangan kecantikan, Song Ji Hyo’s Beautiful Life yang dijadual disiarkan pada bulan April menerusi OnStyle.[14] Song juga dipilih untuk berlakon di dalam drama Lovely Horribly bersama Park Si-hoo yang dijadual disiarkan bermula bulan Ogos.[15] Song kemudiannya membintangi filem aksi thriller, Unstoppable bersama Ma Dong-seok.[16]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Nota
2003 Wishing Stairs Yoon Jin-sung
2004 Some Seo Yoo-jin
2007 Sex Is Zero 2 Lee Kyeong-ah
2008 A Frozen Flower Ratu
2011 Late Blossom Kim Yeon-ah
2012 Code Name: Jackal Bong Min-jung
2013 Maritime Police Marco Lulu Alih suara Bahasa Korea
New World Shin-woo
2016 708090 Duan Yu Rong Filem China
Super Express Maggie / Meixi
2018 What a Man Wants Mi-young
Unstoppable Ji-soo
2020 Intruder Yoo-jin

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2002 Age of Innocence Min-jung (Kameo, ep. 16) SBS
2006 Princess Hours Min Hyo-rin MBC
Jumong Lady Ye So-ya
2011 Detectives in Trouble Jo Min-joo KBS2
Gyebaek Eun-go MBC
2013 The Fugitive of Joseon Hong Da-in KBS2
2014 Emergency Couple Oh Jin-hee tvN
2015 The Girl Who Sees Smells Diri sendiri (kameo, ep. 1) SBS
Ex-Girlfriend Club Kim Soo-jin tvN
2016 Listen to Love Jung Soo-yeon JTBC
Entourage Diri sendiri (kameo, ep. 3) tvN
2017 Drama StageChief B and the Love Letter Bang Ga-young
2018 Lovely Horribly Oh Eul-soon KBS2
2020 Did We Love? Noh Ae-jung JTBC

Siri web

Tahun Tajuk Saluran
2017 29gram DIA TV

Rancangan televisyen

Tahun Tajuk Saluran Nota
2007–2008 Inkigayo SBS Pengacara
2008 Dream Concert
2009 Dream Concert
2010–2011 TV Entertainment Tonight Penyampai
2010–sekarang Running Man Tetamu (Episod 2–5)
Ahli (Episod 7–sekarang)
2016 We Are In Love Jiangsu TV Ahli; bersama Chen Bolin
2017 Song Ji-hyo's Beauty View JTBC2 Pengacara
I Am Jyo Unnie Naver Corporation Rancangan realiti diri sendiri
2018 Song Ji-hyo’s Beautiful Life OnStyle Pengacara
Pajama Friends Lifetime

Penampilan video muzik

Tahun Tajuk Artis
2001 "Just Say Goodbye" JTL
"And I Love You" Lee Soo-young
2003 "Stay" Nell
2006 "Words That I Can’t Believe" STAY
2010 "Don't Listen To This Song" Young Jee
2011 "It’s Nothing Serious"
"In Heaven" JYJ
"Gift For You" Choi Kang-hee, Lee Sun-kyun,
Kim Byung-man, Song Ji-hyo
2012 "Be Happy" (Teaser) Young Jee & Kyu-Hoon
2013 "Winter Song" Freestyle feat. Navi
2015 "You Are So Cute" Kenji Wu feat. Song Ji-hyo
2016 "Lonely Night" Gary feat. Gaeko

Diskografi

Lagu

  • 2011 Song Ji-hyo, Choi Kang-hee, Lee Sun-kyun dan Kim Byung-man - "Gift For You"
  • 2015 Kenji Wu - "You are So Cute" feat. Song Ji-hyo

Rujukan

  1. ^ J. Kim (15 Januari 2013). "Song Ji Hyo Dreamed of Becoming An Actress Because of Park Shin Yang". Soompi. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  2. ^ lahkim (6 September 2015). "Song Ji Hyo Reveals How She Entered the Industry". Soompi. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  3. ^ 송지효 ‘런닝맨’ 예능감 작렬 "고정출연 해달라" 시청자 요구 봇물 (dalam bahasa Korea). Newsen. 16 Ogos 2010. Dicapai pada 29 November 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Ho, Stewart (18 Mei 2012). "Song Ji Hyo Begins Filming For Her Movie With Kim Jae Joong". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  5. ^ 이경호 (2 Jun 2015). "'구여친클럽', 16→12부로 조기종영..13일 마지막회". Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 10 Mac 2018.
  6. ^ Choi Shin-ae (20 Januari 2016). "Song Ji Hyo and Bolin Chen Confirmed for Chinese Version of ′We Got Married′". mwave.interest.me. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  7. ^ Lee Ji-hae (10 Ogos 2016). "Song Ji-hyo and Lee Sun-kyun to co-star in JTBC drama". Kpop Herald. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  8. ^ Jin Min-ji (15 Jun 2016). "Spot by Song Ji-hyo on 'Entourage'". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  9. ^ "'뷰티뷰' 송지효 "공명과 호흡, 예쁜 남동생 생긴 기분"". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). 18 Januari 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  10. ^ Hong You-kyoung (17 Oktober 2017). "Song Ji-hyo and brother join cast of web drama". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  11. ^ Bae Seung-hoon (6 September 2017). "Song Ji-hyo, Jo Woo-jin to star in tvN drama". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  12. ^ Mukhopadhyay, Riddhiman. "Lee Kwang Soo and Song Ji Hyo join 2 new reality shows: Check out clips here!". International Business Times, Singapore Edition. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  13. ^ Rumy Doo (3 Mac 2017). "Song Ji-hyo, Shin Ha-kyun cast for new film 'Wind Wind Wind'". The Korea Herald. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  14. ^ "[SBS Star] Song Ji-hyo to Host a New Program 'Song Ji-hyo's Beautiful Life'!". SBS News. 10 Mac 2018. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  15. ^ Im Eun-byel (4 Jun 2018). "Song Ji-hyo to star in 'Lovely Horribly'". Kpop Herald. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  16. ^ "SONG Ji-hyo Joins Don LEE in UNSTOPPABLE". Korean Film Biz Zone. 29 Mei 2018.

Pautan luar