Petrol: Perbezaan antara semakan
Baris 108: | Baris 108: | ||
* Pewarna |
* Pewarna |
||
==Kebimbangan |
==Kebimbangan kesihatan== |
||
Kebanyakan daripada hidrokarbon bukan alifatik yang wujud secara semula jadi di dalam petrol (terutamanya hidrokarbon aromatik seperti [[benzena]]), di samping bahan tambah anti ketukan, adalah [[karsinogenik]]. Atas sebab inilah sebarang tumpahan besar minyak petrol memberi ancaman besar terhadap [[kesihatan]] dan alam sekitar, terutamanya apabila minyak petrol meresap ke dalam bekalan air paip. Risiko tumpahan minyak yang terbesar adalah daripada kemalangan yang melibatkan [[lori tangki]] serta kebocoran tangki simpanan. Disebabkan risiko ini, kebanyakan rangki simpanan bawah tanah dilengkapi peralatan untuk mengesan dan mencegah sebarang kebocoran, seperti anod korban. Petrol adalah mudah meruap (bermaksud mudah [[sejatan|menyejat]]), memerlukan tangki simpanan yang benar-benar kedap. Sifatnya yang mudah meruap menjadikannya mudah terbakar walaupun pada cuaca sejuk, tidak seperti minyak diesel. Sistem pengudaraan yang sempurna juga diperlukan untuk menyeimbangkan tekanan antara dalam dan luar tangki. Petrol juga boleh menghasilkan tindak balas berbahaya dengan beberapa jenis bahan kimia am. |
Kebanyakan daripada hidrokarbon bukan alifatik yang wujud secara semula jadi di dalam petrol (terutamanya hidrokarbon aromatik seperti [[benzena]]), di samping bahan tambah anti ketukan, adalah [[karsinogenik]]. Atas sebab inilah sebarang tumpahan besar minyak petrol memberi ancaman besar terhadap [[kesihatan]] dan alam sekitar, terutamanya apabila minyak petrol meresap ke dalam bekalan air paip. Risiko tumpahan minyak yang terbesar adalah daripada kemalangan yang melibatkan [[lori tangki]] serta kebocoran tangki simpanan. Disebabkan risiko ini, kebanyakan rangki simpanan bawah tanah dilengkapi peralatan untuk mengesan dan mencegah sebarang kebocoran, seperti anod korban. Petrol adalah mudah meruap (bermaksud mudah [[sejatan|menyejat]]), memerlukan tangki simpanan yang benar-benar kedap. Sifatnya yang mudah meruap menjadikannya mudah terbakar walaupun pada cuaca sejuk, tidak seperti minyak diesel. Sistem pengudaraan yang sempurna juga diperlukan untuk menyeimbangkan tekanan antara dalam dan luar tangki. Petrol juga boleh menghasilkan tindak balas berbahaya dengan beberapa jenis bahan kimia am. |
||
Semakan pada 10:08, 20 Februari 2008
Petrol atau gasolin adalah campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum yang terdiri terutamanya daripada hidrokarbon alifatik dan ditambah dengan hidrokarbon aromatik seperti toluena, benzena atau iso-oktana untuk meningkatkan nilai oktana, digunakan secara meluas sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Formula lazim bagi petrol ialah C8H18.
Kandungan tenaga
Petrol mengandungi tenaga lebih kurang 34.6 megajoule seliter (MJ/l) atau 131 MJ/gelen AS. Nilai ini adalah nilai purata; campuran petrol boleh jadi berbeza, maka nilai kandungan tenaga sebenar boleh jadi berbeza mengikut musim dan pengeluaran, biasanya dengan perbezaan 4% lebih atau kurang daripada nilai purata menurut US EPA.
Kepadatan tenaga volumetrik bagi beberapa bahan api berbanding petrol:[1]
Jenis bahan api | MJ/liter | MJ/kg | BTU/Gelen imp | BTU/Gelen AS | Nilai oktana (RON) |
---|---|---|---|---|---|
Petrol biasa | 34.8 | 44.4[2] | 150,100 | 125,000 | Min 91 |
Petrol premium | Min 95 | ||||
Autogas (LPG) (60% Propana + 40% Butana) | 26.8 | ||||
Etanol | 23.5 | 31.1 | 101,600 | 84,600 | 129 |
Metanol | 17.9 | 19.9 | 77,600 | 64,600 | 123 |
Butanol | 29.2 | 91-99 | |||
Gasohol (10% etanol + 90% petrol) | 33.7 | 145,200 | 120,900 | 93/94 | |
Diesel | 38.6 | 45.4 | 166,600 | 138,700 | 25(*) |
Petrol penerbangan (petrol oktana tinggi, bukan bahan api jet) | 33.5 | 46.8 | 144,400 | 120,200 | |
Bahan api jet (berasaskan minyak tanah) | 35.1 | 43.8 | 151,242 | 125,935 | |
Gas asli cecair | 25.3 | ~55 | 109,000 | 90,800 |
(*) Minyak diesel tidak digunakan di dalam enjin petrol, maka nilai oktana yang rendah tidak menjadi isu; ukuran bagi nilai minyak diesel ialah nilai setana
Di Malaysia, minyak petrol dijual sama ada dalam RON 92 (berplumbum) atau RON 97 (tanpa plumbum)
Bahan tambah
Biasanya sedikit bahan tambah akan dicampurkan di dalam petrol bagi pelbagai tujuan sebagai pencegahan kakisan, pelincir dsb. bagi meningkatkan prestasi enjin petrol yang menggunakannya, tetapi ada di antara bahan tambah tersebut boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Antara bahan tambah yang digunakan adalah:-
- Oksigenat
- Agen antioksida dan penstabil
- Agen anti ketukan
- Pewarna
Kebimbangan kesihatan
Kebanyakan daripada hidrokarbon bukan alifatik yang wujud secara semula jadi di dalam petrol (terutamanya hidrokarbon aromatik seperti benzena), di samping bahan tambah anti ketukan, adalah karsinogenik. Atas sebab inilah sebarang tumpahan besar minyak petrol memberi ancaman besar terhadap kesihatan dan alam sekitar, terutamanya apabila minyak petrol meresap ke dalam bekalan air paip. Risiko tumpahan minyak yang terbesar adalah daripada kemalangan yang melibatkan lori tangki serta kebocoran tangki simpanan. Disebabkan risiko ini, kebanyakan rangki simpanan bawah tanah dilengkapi peralatan untuk mengesan dan mencegah sebarang kebocoran, seperti anod korban. Petrol adalah mudah meruap (bermaksud mudah menyejat), memerlukan tangki simpanan yang benar-benar kedap. Sifatnya yang mudah meruap menjadikannya mudah terbakar walaupun pada cuaca sejuk, tidak seperti minyak diesel. Sistem pengudaraan yang sempurna juga diperlukan untuk menyeimbangkan tekanan antara dalam dan luar tangki. Petrol juga boleh menghasilkan tindak balas berbahaya dengan beberapa jenis bahan kimia am.
Minyak petrol adalah salah satu sumber gas pencemar. Petrol tanpa plumbum juga turut menghasilkan karbon dioksida, nitrogen oksida dan karbon monoksida di dalam gas ekzos. Tambahan pula, petrol tak terbakar dan sejatan di dalam tangki, jika terdedah pada udara akan menghasilkan kabut fotokimia. Tambahan etanol menambahkan lagi kadar kemeruapan minyak petrol.
Penyalahgunaan petrol dengan menghidunya juga boleh membahayakan kesihatan. Menghidu petrol adalah salah satu cara yang digunakan oleh sesetengah penagih dadah dan sudah menjari parah di kalangan masyarakat miskin serta orang asli si Amerika, Australia, Kanada, New Zealand dan beberapa kepulauan Pasifik.[3] Sebagai tindak balas, bahan api Opal telah dibangunkan oleh loji BP Kwinana di Australia, dan hanya mengandungi 5% bahan aromatik (tidak seperti petrol biasa yang mengandungi 25% bahan aromatik).[4]
Penggunaan dan harga
Amerika Syarikat mencatatkan kadar penggunaan petrol sejumlah 44% daripada penggunaan petrol sedunia.[5] Pada tahun 2003 Amerika Syarikat telah menggunakan 476,474,000,000 liter (476.474 gigaliter), atau lebih kurang 360 juta gelen AS (1.36 gigaliter) petrol sehari.
Di Malaysia, harga petrol setakat Februari 2008 adalah RM1.92 seliter bagi petrol RON 97.
Bahan api alternatif
Kebanyakan daripada bahan api alternnatif berkenaan kurang membawa kesan buruk terhadap alam sekitar berbanding petrol, tetapi masih tidak 100% bersih.
- Biodiesel, untuk enjin diesel.
- Biobutanol, untuk enjin petrol.
- Bioetanol dan E85.
- Bahan api hidrogen
- Kenderaan elektrik
- Minyak diesel konvensional
- Etanol atau butanol
Kestabilan
Apabila petrol dibiarkan selama jangka masa tertentu, mendakan gam dan varnis akan terbentuk dan menggumpal di dalam petrol, menyebabkan "bahan api basi". Ini seterusnya akan menyebabkan mendakan gam di dalam silinder dan juga saluran bahan api, menjadikan enjin sukar dihidupkan. Gam dan varnis mesti ditanggalkan oleh mekanik profesional untuk memanjangkan jangka hayat enjin. Dalam keadaan biasa, minyak petrol boleh disimpan selama 60 hari di dalam bekas yang dibenarkan. Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, penstabil bahan api boleh digunakan, memanjangkan jangka hayat simpanan untuk 1 atau 2 tahun lagi.
Lihat juga
Nota
- ^ Appendix B, Transportation Energy Data Book from the Center for Transportation Analysis of the Oak Ridge National Laboratory
- ^ George. Overview of Storage Development DOE Hydrogen Program [pdf. Livermore, CA. Sandia National Laboratories. 2000.]
- ^ Petrol Sniffing Fact File Sheree Cairney, www.abc.net.au, Published 24/11/2005. Retrieved 2007-10-13, a modified version of the original article, now archived here
- ^ Fuel technology www.bp.com. Retrieved 2007-06-08.
- ^ http://www.worldwatch.org/node/5579 , http://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilconsumption.html
Rujukan
- Graph of inflation-corrected historic prices, 1970-2005. Highest in 2005
- FTC: The Low-Down on High Octane Gasoline
- MMT-US EPA
- An introduction to the modern petroleum science, and to the Russian-Ukrainian theory of deep, abiotic petroleum origins.
- What's the difference between premium and regular gas? (from The Straight Dope)
- "Here Comes Winter Gasoline" R-Squared Energy Blog September 14, 2006
- International Fuel Prices 2005 with diesel and gasoline prices of 172 countries
- EIA - Gasoline and Diesel Fuel Update
- World Internet News: "Big Oil Looking for Another Government Handout," April 2006.
- All About Engine Knock (and Other Mysteries of Internal Combustion)
- Durability of various plastics: Alcohols vs. Gasoline
- Dismissal of the Claims of a Biological Connection for Natural Petroleum.
- Fuel Economy Impact Analysis of RFG i.e. reformulated gasoline. Has lower heating value data, actual energy content is higher see higher heating value
- Pino, Paulina. "Rapid drop in infant blood lead levels during the transition to unleaded gasoline use in Santiago, Chile". Archives of Environmental Health (April, 2004). Dicapai pada 2007-09-05. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Schnaas, Lourdes (July, 2004). "Blood Lead Secular Trend in a Cohort of Children in Mexico City (1987–2002)". Environmental Health Perspective. 112 (10): 1110–1115. Dicapai pada 2007-09-05. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan)
Pautan luar
- Gasoline FAQ
- Gasoline MSDS (material safety data sheet) includes composition, flash point, handling precautions, etc.
- CNN/Money: Global gas prices
- Transportation Energy Data Book
- Energy Supply Logistics Searchable Directory of US Terminals
- Commentary and history on High Gas Prices
Gambar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Petrol. |
- "Down the Gasoline Trail" Handy Jam Organization, 1935 (Cartoon)