Norhafiz Zamani Misbah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zan husni~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zan husni~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7: Baris 7:
cityofbirth = |
cityofbirth = |
countryofbirth = [[Malaysia]] |
countryofbirth = [[Malaysia]] |
height = 172 cm |
height = {{height|meter=1.72}} |
years = 2002-05
2006-2008
2009 |
years = 2002-05
2006-2008
2009 |
clubs = [[Negeri Sembilan FA]]
[[Pahang FA]]
[[KL PLUS FC]] |
clubs = [[Negeri Sembilan FA]]
[[Pahang FA]]
[[KL PLUS FC]] |
currentclub = [[KL PLUS FC]] |
currentclub = [[KL PLUS FC]] |
clubnumber = |
clubnumber = 5 |
position = Pertahanan |
position = Pertahanan |
youthyears = |
youthyears = |
youthclubs = |
youthclubs = |
caps(goals) = 142 (5)
{{0}}{{0}} (5)
3 (0) |
caps(goals) = 142 (5)
{{0}}{{0}} (5)
3 (0) |
nationalyears = 2001-Sekarang|
nationalyears = 2001- |
nationalteam = {{flagicon|Malaysia}} [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia|Malaysia]] |
nationalteam = {{flagicon|Malaysia}} [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia|Malaysia]] |
nationalcaps(goals) = 57 (2) |
nationalcaps(goals) = 57 (2) |

Semakan pada 03:40, 23 Januari 2009

Norhafiz Zamani Misbah
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Norhafiz Zamani Misbah
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
KL PLUS FC
Nombor 5
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002-05
2006-2008
2009
Negeri Sembilan FA
Pahang FA
KL PLUS FC
142 (5)
00 (5)
3 (0)
Pasukan kebangsaan
2001- Malaysia Malaysia 57 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Januari, 2009
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Januari, 2009

Norhafiz Zamani Misbah (Jawi: ﻧﻮﺭﺣﺎﻓﻴﺬ زاﻣﺎﻧﻲ ﻣﻴﺳﺑﺎح lahir pada 15 Julai, 1981) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk KL PLUS FC di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan bekas ketua pasukan Malaysia dan antara pemain pertahanan terbaik yang dimiliki Malaysia ketika ini.

Kerjaya

Norhafiz memulakan kerjayanya sebagai pemain professional bersama Negeri Sembilan FA. Dia merupakan salah seorang pemain yang mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak di Sukan SEA 2001 selepas dikecewakan Thailand 0-1. Selepas berakhirnya Sukan SEA, Norhafiz kembali ke Negeri Sembilan FA dengan reputasi yang cukup besar sehingga seringkali dipanggil untuk mewakili pasukan Malaysia.

Norhafiz merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika menentang Brazil dan Manchester United. Dia juga mewakili Malaysia ketika kejohanana Piala Liga Perdana Inggeris Asia dimana Malaysia tewas 1-4 dan 0-4 kepada Chelsea F.C. dan Birmingham City F.C.. Selepas tamatnya perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat, jurulatih Birmingham City F.C. Steve Bruce ditanya siapakah pemain Malaysia yang menarik perhatiannya. Jawapannya Norhafiz Zamani Misbah.

Norhafiz kemudiannya berhijrah ke Pahang FA selepas menghabiskan musim yang gemilang bersama Negeri Sembilan FA. Dia mewakili Pahang FA dalam semua pertandingan seperti Liga Super dan Piala Kelab Bola Sepak ASEAN.

Pada tahun 2007, Norhafiz dipanggil untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia dan dilantik sebagai ketua pasukan. Dia menyatakan rasa kecewanya terhadap persembahan memalukan Malaysia dalam kempen Piala Asia dan mencadangkan agar Malaysia perlu melaksanankan program berkesan untuk merealisasikan impian ke Piala Dunia pada 2018.

Pada tahun yang sama, Norhafiz dipanggil semula untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun kebangsaan selepas 3 tahun tidak mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Pada kejohanan ini, dia dan dua lagi pemain utama skuad Malaysia membentuk persefahaman mantap bersama pemain muda Malaysia sehingga berjaya merangkul kejuaraan Pesta Bola Merdeka selepas membenam Myanmar 3-1.

Pada tahun 2008, Norhafiz menyatakan hasratnnya untuk meninggalkan Pahang FA kerana mengalami kesukaran beraksi selepas rakan sepasukan Indra Putra Mahayuddin berhijrah ke Selangor. Dia kemudian berhijrah ke sebuah pasukan kelab, KL PLUS FC.

Pada Pestabola Merdeka 2008, Norhafiz gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diambilnya pada perlawanan akhir menentang Vietnam yang menyebabkan Malaysia tumpas 6-5.

Gol Antarabangsa

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 12 Oktober, 2003 Kuala Lumpur, Malaysia  Bahrain 2-2 Seri Kelayakan Piala Asia 2004
2. 23 Mac, 2007 Colombo, Sri Lanka  Sri Lanka 1-4 Menang Persahabatan

Pencapaian

• Pingat Perak Sukan SEA 2001
• Pingat Gangsa Sukan SEA 2003
• Juara Piala FA Malaysia 2004

Pautan Luar