Norhafiz Zamani Misbah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Norhafiz Zamani Misbah
Hafiz-zamani.jpg
Norhafiz ketika latihan untuk perlawanan persahabatan menentang Manchester United F.C.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1981-07-15) 15 Julai 1981 (umur 38)
Tempat lahirMelakaMelaka, Malaysia
Ketinggian1.78 m (5 ka 10+18 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniKelantan FA
Nombor2
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2001-2004Negeri Sembilan42(5)
2005-2008Pahang20(5)
2009-2010KL PLUS FC13(1)
2011-2014Negeri Sembilan
2015-Kelantan5(0)
Pasukan kebangsaan
2001-MalaysiaMalaysia84(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17 Februari 2009.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 7 Oktober 2011

Norhafiz Zamani Misbah (Jawi: ﻧﻮﺭﺣﺎﻓظ زﻣﺎﻧﻲ ﻣصباح lahir pada 15 Julai, 1981) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Kelantan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Norhafiz memulakan kerjayanya sebagai pemain professional bersama Negeri Sembilan. Dia merupakan salah seorang pemain yang mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak di Sukan SEA 2001 selepas dikecewakan Thailand 0-1. Selepas berakhirnya Sukan SEA, Norhafiz kembali ke Negeri Sembilan dengan reputasi yang cukup besar sehingga seringkali dipanggil untuk mewakili pasukan Malaysia.

Norhafiz merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika menentang Brazil dan Manchester United. Dia juga mewakili Malaysia ketika kejohanana Piala Liga Perdana Inggeris Asia dimana Malaysia tewas 1-4 dan 0-4 kepada Chelsea dan Birmingham City. Selepas tamatnya perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat, jurulatih Birmingham City F.C. Steve Bruce ditanya siapakah pemain Malaysia yang menarik perhatiannya. Jawapannya Norhafiz Zamani Misbah.

Norhafiz kemudiannya berhijrah ke Pahang selepas menghabiskan musim yang gemilang bersama Negeri Sembilan. Dia mewakili Pahang dalam semua pertandingan seperti Liga Super dan Piala Kelab Bola Sepak ASEAN.

Pada tahun 2007, Norhafiz dipanggil untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia dan dilantik sebagai ketua pasukan. Dia menyatakan rasa kecewanya terhadap persembahan memalukan Malaysia dalam kempen Piala Asia dan mencadangkan agar Malaysia perlu melaksanankan program berkesan untuk merealisasikan impian ke Piala Dunia pada 2018.

Pada tahun yang sama, Norhafiz dipanggil semula untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun kebangsaan selepas 3 tahun tidak mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Pada kejohanan ini, dia dan dua lagi pemain utama skuad Malaysia membentuk persefahaman mantap bersama pemain muda Malaysia sehingga berjaya merangkul kejuaraan Pesta Bola Merdeka selepas membenam Myanmar 3-1.

Pada tahun 2008, Norhafiz menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Pahang kerana mengalami kesukaran beraksi selepas rakan sepasukan Indra Putra Mahayuddin berhijrah ke Selangor. Dia kemudian berhijrah ke sebuah pasukan kelab, PLUS FC.

Pada Pestabola Merdeka 2008, Norhafiz gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diambilnya pada perlawanan akhir menentang Vietnam yang menyebabkan Malaysia tumpas 6-5.

Pada 22 Disember 2009, beliau dipanggil kembali untuk memperkuatkan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriyah Arab Bersatu pada 2 Januari 2010.[1]

Pada 19 Julai 2011, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee bakal mempertaruhkan beliau sebagai ketua pasukan bagi menghadapi Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai 2011.[2]

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 12 Oktober, 2003 Kuala Lumpur, Malaysia  Bahrain 2-2 Seri Kelayakan Piala Asia 2004
2. 23 Mac, 2007 Colombo, Sri Lanka  Sri Lanka 1-4 Menang Persahabatan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Pingat Perak Sukan SEA 2001
  • Pingat Gangsa Sukan SEA 2003
  • Juara Piala FA Malaysia 2004

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhafiz, Amri dipangil hadapi kelayakan Piala Asia, Utusan Online, 22 Disember 2009.
  2. ^ Zamani ketua pasukan Pilihan Malaysia, Utusan Online. 19 Julai 2011.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]