Indra Putra Mahayuddin
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Indra Putra Mahayuddin | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 8 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang, Tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini |
![]() | ||
Nombor | 23 | ||
Kerjaya remaja | |||
1997-1998 |
![]() | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2003 |
![]() | 42 | (10) |
2004–2007 |
![]() | 51 | (29) |
2008 |
![]() | 18 | (3) |
2009–2010 |
![]() | 47 | (23) |
2011–2012 |
![]() | 24 | (11) |
2012–2013 |
![]() | 47 | (13) |
2014–2015 |
![]() | 39 | (16) |
2016–2017 |
![]() | 38 | (5) |
2018– |
![]() | 36 | (12) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002–2006 |
![]() | 27 | (5) |
2002–2015 |
![]() | 57 | (20) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 July 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 July 2020 |
Indra Putra Mahayuddin (Jawi: ايندرا ڤوترا ماحاي الدين dilahirkan pada 2 September 1981) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai seorang pemain serba boleh. Indra boleh bermain sebagai seorang penyerang dan sayap.[1]
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak dan berkahwin tetapi sudah bercerai dengan Norliaton Murni Zainal Abidin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Airil Putra, 8, Ady Ilhan Putra, 5, dan Alya Nur Zahra yang berusia dua bulan.[2]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Pembabitan awal bersama Perak[sunting | sunting sumber]
Beliau menyertai Akademi Bola Sepak Perak semasa zaman remajanya. Beliau dimasukkan ke pasukan utama pada tahun 2002 dan membantu Perak kekal beraksi di Liga Perdana Satu Malaysia pada tahun 2002 dan 2003.
Berhijrah ke Pahang[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2004, Indra Putra berpindah ke Pahang dalam satu perpindahan berprofil tinggi. Beliau membantu Pahang pada tahun 2004 untuk memenangi edisi pertama Liga Super Malaysia. Selain itu, beliau menjadi pemenang pertama Kasut Emas Liga Super edisi pertama dengan 15 gol dalam 21 perlawanan, sekali gus mencipta sejarah gemilang beliau bersama Pahang. Indra Putra Mahayuddin dikatakan sebagai pemain bola sepak Malaysia yang terbaik pada masa kini oleh bekas jurulatih Perak, Steve Darby. Karier beliau bersama Pahang dilihat tercalar selepas beliau dituduh dalam penyalahgunaan dadah. Tetapi, itu brjaya ditepis selepas berjaya dalam ujian air kencing yang dilakukan[3] dan membawa pasukan memenangi Piala FA pada 2006[4].
Berhijrah ke Selangor[sunting | sunting sumber]
Beliau memulakan langkah ke Selangor pada musim 2007-2008 dengan membawa pasukan mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia pada 2008, tetapi hajat untuk membawa balik piala tersebut dihalang oleh Kedah[5].
Beliau dilihat kurang menyerlah bersama Selangor dan desas-desus perpindahan beliau mulai timbul.
Menyertai Kelantan[sunting | sunting sumber]
Selepas berakhirnya Liga Malaysia 2007/08, kontrak Indra dan beberapa orang rakan sepasukannya seperti Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim dan Muhammad Shukor Adan tidak disambung.[6]
Selepas berakhirnya Pestabola Merdeka 2008, Indra menyertai Kelantan dan bergandingan semula dengan Muhamad Khalid Jamlus.
Indra Putra agak menyerlah dalam musim pertamanya bersama Kelantan. Dia menjaringkan 14 gol dalam 21 penampilan Liga Super Malaysia. Dia turut meledak 4 gol pada pertandingan Piala FA Malaysia tetapi gagal membantu Kelantan menjuarai piala tersebut setelah dia gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir.
Pada kempen Piala Malaysia, Indra muncul selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia 2009 dengan 11 gol dalam 10 penampilan.[7]
Bersama T-Team (2011)[sunting | sunting sumber]
Beliau memulakan langkah ke sebuah pasukan berstatus kelab[8], T-Team bersama Norfarhan dan Azizi Mat Rose walaupun mereka mengecap kemasyhuran bersama Kelantan. Tindakan ini dikecam oleh Datuk Anuar Musa, tetapi tiada tindakan yang dapat dilakukan selepas dibawa ke Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau akhirnya sah bersama pasukan barunya.[9]
Bersama T-Team, gandingan beliau bersama Haris Safwan berjaya memberi saingan tetapi permulaan yang baik kurang menyerlah apabila menamatkan saingan Liga Super ditangga ke-9 dan tersingkir di pusingan awal Piala FA 2011. Beliau memanfaat pengalaman bermain bersama Kelantan dengan membantu pasukan menang keatas bekas pasukannya, selain membantu pasukan memenangi setiap perlawanan dengan Selangor dalam setiap pertemuan musim ini (Liga Super dan Piala Malaysia). Kejutan berlaku dalam kancah Piala Malaysia apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir tetapi dihampakan oleh Negeri Sembilan.
Pada Akhir tahun 2011 beliau telah kembali beraksi bersama-sama dengan kelab bola sepak Kelantan bersama-sama Azizi Mat Rose dan Norfarhan Mohamad.[10]
Bersama Skuad Kebangsaan[sunting | sunting sumber]
Pemain kaki kiri ini mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam, Piala Liga Perdana Inggeris Asia, dan juga Piala Tiger 2002 di Negara Thai.
Pada tahun 2007, beliau dipanggil oleh ketua jurulatih Malaysia Norizan Bakar untuk Piala Asia 2007 pada bulan Julai, yang diadakan di Negara Thai, Indonesia, Vietnam, dan Malaysia. Di kejohanan ini, dia menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya menjaringkan gol. Pada tahun 2008, Indra Putra mewakili pilihan Malaysia atau Malaysia XI untuk perlawanan menentang Chelsea. Pada perlawanan ini, Malaysia XI tewas 0-2.[11]
Pakar sepakan percuma[sunting | sunting sumber]
Indra Putra memiliki kemahiran untuk melakukan jaringan gol melalui sepakan percuma. Antara gol yang dijaringkannya menerusi sepakan percuma adalah perlawanan menentang Myanmar pada Pestabola Merdeka 2008, Piala AFF Suzuki menentang Vietnam, dan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 menentang Negeri Sembilan.[12]
Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Malaysia[sunting | sunting sumber]
- Pingat Perak Sukan SEA 2001
- Naib Juara Pestabola Merdeka 2008
- Naib Juara Piala AFF Suzuki 2014
Perak FA[sunting | sunting sumber]
- Juara Piala FA Malaysia: 2004
Pahang FA[sunting | sunting sumber]
- Juara Liga Super Malaysia: 2004
- Juara Piala FA Malaysia: 2005/06
Selangor FA[sunting | sunting sumber]
- Naib Juara Piala FA Malaysia: 2007/08
- Naib Juara Piala Malaysia: 2007/08
Kelantan FA[sunting | sunting sumber]
- Naib Juara Piala FA Malaysia: 2009
- Naib Juara Piala Malaysia: 2009
- Juara Piala Malaysia: 2010
T-Team FA[sunting | sunting sumber]
- Tempat ke-3 Piala FA : 2011
Individu[sunting | sunting sumber]
- Kasut Emas Liga Super Malaysia: 2004
- Kasut Emas Piala Malaysia: 2009
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan". Sinar Harian. 11 November 2012. Dicapai pada 9 March 2017.
- ^ " Bekas isteri Indra Putra tuntut nafkah", Utusan Online. 26 Mei 2011.
- ^ http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20060204/pahang-indra-putra/ai_n44314486/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-07. Dicapai pada 2011-10-31.
- ^ http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=LigaM2008&y=2008&dt=0824&pub=LigaM2008&sec=Berita&pg=lm_01.htm[pautan mati kekal]
- ^ "Selangor umum 16 pemain skuad 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-21. Dicapai pada 2008-09-18.
- ^ "Indra sah wakili pasukan Kelantan". Utusan Malaysia. 29 October 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 29 October 2008.(Melayu)
- ^ http://berita-harian-online.com/indra-putra-mungkin-akan-sertai-t-team-musim-depan/
- ^ http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-201925.html
- ^ "Kelantan FA secure two more imports, Kuala Lumpur FA sign ex-Malaysia International". Goal.com. 4 December 2017. Dicapai pada 4 January 2018.
- ^ "Newly-rebranded Kelantan 'warriors' promise to give their best". Malay Mail. 6 February 2016. Dicapai pada 26 August 2016.
- ^ "Pergi bukan sebab wang". Sinar Harian. 9 November 2013. Dicapai pada 26 August 2016.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Indra Putra Mahayuddin |
- Indra Putra Mahayuddin at SoccerPunter.com
- Biodata Indra Putra Mahayuddin di Soccerway
- Indra Putra Mahayuddin at Stadium Astro
- (Inggeris) Profil Indra Putra Mahayuddin di National-Football-Teams.com