Khodi (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khodi
Nama lahirSeri Khodijah binti Kamarul Bahrin
Kelahiran2002 (umur 21–22)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait

Seri Khodijah Kamarul Bahrin, atau lebih dikenali dengan Khodi (lahir 2002 di Kuala Lumpur, Malaysia) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Khodi mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Ke Mana" pada 2019, namun paling dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan TV realiti TV3, Lagu Cinta Kita musim kedua.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Khodi mula membuat persembahan secara suka-suka pada usia 8 tahun, kemudian membuat persembahan pentas pada usia 10 tahun.[1] Beliau melancarkan lagu sulungnya, "Ke Mana" pada November 2019, hasil ciptaan pasangan kembar, Amzar dan Amsyar di bawah nama Razqa.[3][4]

Pada 25 Februari 2020, Khodi bersama Aisha Retno dan Sandra Dianne menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.[5]

Khodi kemudian menyertai rancangan realiti Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) di TV3 yang mana beliau berpasangan dengan Muhaimin. Selepas tamat rancangan itu, beliau melancarkan single keduanya, "Lenggang" pada Februari 2021.[6][7][8] Khodi kemudian melancarkan single ketiganya, "Dia Bagiku" pada April 2021, ia menjadi lagu tema drama Single Terlalu Lama arahan pelakon Ungku Ismail Aziz.[9]

Bakat[sunting | sunting sumber]

Gaya muzik Khodi ialah R&B, jaz dan soul.[3] Beliau juga memetik penyanyi senior Sheila Majid dan Dayang Nurfaizah sebagai inspirasi dan pengaruh.[1][10] Khodi pernah menyatakan bahawa Siti Nurhaliza tidak mempunyai impak muzik terhadapnya dan tidak menyumbang kepada gaya muziknya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Khodi dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau ialah penuntut jurusan Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tajuk Tahun
"Ke Mana" 2019
"Lenggang" 2021
"Dia Bagiku"
"Desire" 2022

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Gadis Muzikal Shikin TV3 Drama pertama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2020 Lagu Cinta Kita (musim 2) Dirinya sendiri/peserta TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Georgie Joseph (19 Januari 2020). "Perlihat identiti diri". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2021.
  2. ^ Georgie Joseph (25 Februari 2021). "Khodi enggan berlengah". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2021.
  3. ^ a b Jason Lim (4 Februari 2021). "The young and free" [Muda dan bebas] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 16 April 2021.
  4. ^ Asraf Adied (19 November 2019). "Khodi dan Razqa tampil dengan single terbaru berjudul Ke Mana". Astro Gempak. Dicapai pada 17 April 2021.
  5. ^ Mya Amri (27 Februari 2020). "Khodi, Aisha Retno & Sandra Dianne gabungan mantap showcase 3 Souls". Astro Gempak. Dicapai pada 8 April 2020.
  6. ^ Fatin Farhana Ariffin (21 Februari 2021). "Eksperimen Khodi". Berita Harian. Dicapai pada 17 April 2021.
  7. ^ Nur Asyikin Mayudin (21 Februari 2021). "Seminggu belajar menari, Khodi (LCK2) tampil unik dalam MV 'Lenggang' — "Sesiapa dengar pasti nak menari"". mStar Online. Dicapai pada 17 April 2021.
  8. ^ Budiey (20 Februari 2021). "Hikayat cinta ala Cinderella dalam Lenggang nyanyian Khodi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2021.
  9. ^ Georgie Joseph (16 April 2021). "Enggan lepas peluang". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2021.
  10. ^ Asraf Adied (24 Mac 2019). "Khodi teringin kerjasama dengan Sheila Majid - "Saya sangat kagumi bakatnya"". Astro Gempak. Dicapai pada 17 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]