Pergi ke kandungan

Kiblat Ke Syurga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kiblat Ke Syurga ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Ezrie Gazali. Drama ini dibintangi oleh Iedil Dzuhrie Alaudin, Azira Shafinaz, Lisa Surihani dan Syarul Ezani. Siri drama ini memulakan tayangan di Astro Ria bermula 5 Jun 2024 menggantikan Bercakap Dengan Jun.

Kiblat Ke Syurga
GenreDrama
Agama
Cinta
PengarahEzrie Gazali
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSalahku - Yonnyboii
Lagu penutupSalahku - Yonnyboii
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Le Mediator Studio
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot DramaVaganza)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Jun 2024 – Kini
Kronologi
MengikutiBercakap Dengan Jun

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tidak semua cinta itu indah isinya. Tapi bagaimana pula dengan cinta yang membawa manusia ke syurga?

Begitulah kisahnya berkaitan perkahwinan Nina dan Fakhri di mana pasangan itu bahagia dengan pandangan liberal mereka. Akan tetapi segalanya berubah apabila Nina mendapat hidayah untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Dalam usaha mendalami agama Islam, Nina mula menghadiri kelas-kelas agama dan bertemu dengan Hadi yang mempunyai keperibadian berbeza daripada Fakhri. Hadi terkenal dengan ceramahnya berkaitan rumah tangga dan keluarga.

Disebabkan itu, Nina menghadiri ceramah Hadi dan meminta nasihatnya dalam usaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Dari situ Nina secara tidak sengaja mempunyai perasaan terhadap Hadi dan menyembunyikan status perkahwinannya dari pendakwah itu.

Dalam pada itu, Hadi juga terpalit dengan permasalahan percintaan di mana dirinya tersekat dalam perkahwinan yang diatur bersama seorang wanita yang juga penceramah agama, Khadijah. Akan tetapi, Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina.

Sedar akan rumah tangganya yang sedang bergolak, Fakhri mengambil keputusan untuk mempelajari agama demi isterinya walaupun sukar. Fakhri bagaimanapun secara tidak sengaja meminta nasihat daripada Hadi tanpa mengetahui bahawa isterinya juga meminta nasihat daripada orang yang sama.

Kesemua mereka berada di jalan ke syurga tetapi ia penuh dengan cabaran dan rintangan. Bagaimanakah pengakhirannya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]