Azira Shafinaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Azira Shafinaz
Kelahiran
Azira Shafinaz binti Ramlan

(1991-09-26) 26 September 1991 (umur 29)
Nama lainAzira De Fam
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif2015–kini
Kerjaya muzik
GenreDJ, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
De Fam

Azira Shafinaz binti Ramlan (lahir 26 September 1991) atau Azira De Fam merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam dan lakonannya dalam siri drama Married Tapi Benci.[3]

Biografi

Azira Shafinaz dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya.[4][5]

Kerjaya

De Fam (2015–kini)

Azira Shafinaz merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam bersama dua rakannya, Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana).[6][7] Single sulung kumpulan ini, "#Supergirls" mendapat tontonan melebihi 1 juta di YouTube dalam masa tiga minggu sahaja sekaligus memperkenalkan Azira dan De Fam kepada perhatian umum dan media.[8][9]

Lakonan

Lakonan pertama Azira hadir pada 2015 apabila beliau melakonkan watak utama sebagai Mira dalam siri drama waktu perdana TV3, Mimpi Mira. Profil beliau dalam bidang lakonan dikenali umum apabila beliau bergandingan bersama Syafiq Kyle menerusi drama Married Tapi Benci di Slot Lestary TV3, di mana beliau memegang watak sebagai Rina, seorang pelajar baharu di kolej mempunyai raut wajah yang jelita dan mempunyai perasaan benci dengan lelaki.[10]

Diskografi

  • #Supergirls (2015) - bersama De Fam
  • With You (2015) - bersama De Fam
  • Bila Ada Kamu (2017) - bersama De Fam
  • Bukan Cinta Malaikat (2017) - duet bersama Ryfell

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Mimpi Mira Mira Nanowhite: Web Series
Stella Tasha TV9 Slot Aurora (bergandingan dengan Redza Rosli)
2016 Married Tapi Benci Rina TV3 Slot Lestary (bergandingan dengan Syafiq Kyle)
Mr. Donat Karamel Anggun Qairah Slot Lestary (bergandingan dengan Hafidz Roshdi)
2018 Vila Ghazara Ariana Slot Akasia (bergandingan dengan Shukri Yahaya)
Doa Ku Mohon Puan Karmila Slot Iris
Seribu Rindu Maisara Slot Akasia (bergandingan dengan Zul Ariffin)
2019 Serikan Hatimu Hani Garnier: Mini Series (bergandingan dengan Syafiq Kyle)
Pia Qis Slot Lestary (bergandingan dengan Alif Satar)
2020 Isteri Misteri Lisa Slot Iris (bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad)

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Nur 3 Pagi Nur Jannah TV3 bergandingan dengan Syafiq Kyle
Syawal yang Kuinginkan Hani berlakon bersama Dato' Fauziah Haji Ahmad Daud dan Izreen Azminda
2018 Simpang Sejenak Manis bergandingan dengan Syazwan Zulkifly
Din Sardin Beraya Riana bergandingan dengan Izzue Islam
2019 Karma Cinta Anis Sofea TV1 bergandingan dengan Izzue Islam

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 Bonda Bonding Artis Jemputan Astro Prima bersama Cik Manggis
Ketuk Ketuk Ramadan TV1
2017 Perang Jantina Astro Ria
Padan Muka Astro Warna
Karaoke Boom TV9
5 Rencah 5 Rasa vs Dapur Panas TV3
2018 Gara Gara Nurul & Shahril Mediacorp Suria bersama Sophia Liana
Drop The Beat Peserta NTV7
Pop! TV Pengacara
Rojak Artis Jemputan
It's Alif
Feel Good Show
Sembang Sahur
2019 J-Pop Pengacara Jemputan Astro Warna
2020 Vokal Mania Pengacara TV3 bersama Dato' AC Mizal

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017
Pasangan Pilihan (bersama Hafidz Roshdi) Mr. Donat Karamel Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016
Artis Baharu Wanita Popular N/A Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular N/A Tercalon
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Aktress Pilihan Seribu Rindu Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) Tercalon

Rujukan

  1. ^ Azira vows to get act together The Star Online. Retrieved December 5, 2016.
  2. ^ Amirah Amaly Syafaat (19 Mac 2017). Bergaduh kerana populariti bukan cara Azira Utusan Malaysia. Diperoleh pada 14 Jun 2017.
  3. ^ Zaini Zaa (2 Mac 2016). Selepas nyanyi, Azira jadi pelakon Agenda Daily. Diperoleh pada 14 Jun 2017.
  4. ^ Biografi Azira Shafinaz Azhan.co. 16 November 2016.
  5. ^ Berkenalan dengan Azira Shafinaz heroin Dalam Drama Mr Donat Karamel. EncikShino
  6. ^ Kenneth Chaw (January 14, 2016). Feel the girl power with De Fam Star2. Retrieved on June 14, 2017.
  7. ^ Aqmar Mustaza (18 Oktober 2016). De Fam bukti kemampuan Sinar Harian. Dicapai pada 14 Jun 2017.
  8. ^ Farhan Ikram (14 April 2017). Azira Shafinaz Tidak Dicemburui Rakan De'Fam mSTAR Online. Dicapai pada 14 Jun 2017.
  9. ^ Farhana Ab Rahman (12 Oktober 2016). Anggota De Fam tiada masalah Azira berlakon Berita Harian. Dicapai pada 14 Jun 2017.
  10. ^ Norhayati Nordin (4 Disember 2016). Aneka watak peluang asah bakat Harian Metro. Diperoleh pada 14 Jun 2017.

Pautan luar