Kinta Utara (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kinta Utara
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1955
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1959
Kali pertama dipertandingkan1955
Kali terakhir dipertandingkan1959
Demografi
Populasi (1954)[1]83,200
Pemilih (1955)12,474

Kinta Utara ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi mukim Sungai Siput, Mukim Pulau Kamiri, Kota Lama Kanan di Daerah Kuala Kangsar dan Mukim Hulu Kinta dan Mukim Sungai Raya di Daerah Kinta.[1]

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Kinta Utara ialah V. T. Sambanthan dari Parti Perikatan (PERIKATAN).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Kinta Utara telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Ulu Kinta dan Sungei Siput. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak empat calon telah bertanding di kerusi parlimen Kinta Utara. Mereka ialah V. T. Sambanthan dari Parti Perikatan, Chik Mohamed Yusof bin Sheikh Abdul Rahman dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), Choudhury K. R. R. dari Parti Buruh Malaya (LPM) dan Mohd Ramly bin Abdullah dari Perak Malay League (PML).[4] V. T. Sambanthan telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnnya dengan mendapatkan undian sebanyak 7,900.[3]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Kinta Utara
Parlimen Tahun Ahli Parti
Kawasan parlimen diciptakan
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1955-1959 V. T. Sambanthan Perikatan (MIC)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Ulu Kinta dan Sungei Siput.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan V. T. Sambanthan 7,900 76.7 -
NAP Chik Mohamed Yusof bin Sheikh Abdul Rahman 1,832 17.8 -
LPM Choudhury K. R. R. 357 3.5 -
PML Mohamed Ramly bin Abdullah 214 2.1 -
Jumlah undian sah 10,303 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 12,474
Majoriti 6,068
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Malaya in 52 parts for the polls" [Tanah Melayu dalam 52 bahagian untuk pilihan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 24 Jun 1954. m/s. 1. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b c "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  4. ^ a b "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]