Knowing Bros (rancangan hiburan Korea)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Knowing Bros
Knowing Bros logo.png
Knowing Bros logo
Juga dikenali sebagai
Ask Us Anything
Men on a Mission
Brother That I Know
GenreRealiti televisyen
Ditulis oleh
  • Jeong Yun-hui
  • Yoo Ji-hui
  • Hwang Seon-yeong
  • Choi Ji-yeong
  • Lee Ji-yeong
  • Jeon Min-hee
  • Kim Yeo-won[1]
Pengarah
  • Kim Soo-ah
  • Jeong Seung-il
  • Yun Yeo-jun
  • Mun Min-jeong
  • Go Hye-jin
  • Heo Seo-mun[1]
Pengarah kreatif
Jo Seung-wook[1]
Dibintangi oleh
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod155 (sehingga 24 November 2018) (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran60-110 minit
Syarikat penerbitan
SM C&C[2]
Syarikat pengedaran
JTBC
Penyiaran
Saluran asalJTBC
Siaran asal5 Disember 2015 (2015-12-05) – sekarang
Pautan luar
Laman sesawang
Korean name
Hangul아는 형님
Hanja아는
Perumian SemakanAneun Hyeongnim
McCune–ReischauerAnŭn Hyŏngnim

Knowing Bros (Hangul: 아는 형님; RR: Aneun Hyeongnim), juga dikenal sebagai Men on a Mission atau Ask Us Anything,[3][4] adalah satu rancangan hiburan Korea Selatan yang diedarkan oleh JTBC.

Format[sunting | sunting sumber]

Brother School[sunting | sunting sumber]

Format semasa (dari episod 17) menggunakan konsep sekolah tinggi di mana ahli-ahli tetap berlakon sebagai pelajar sekolah tinggi dalam sebuah kelas sementara tetamu-tetamu jemputan hadir sebagai pelajar yang baru berpindah. Kebanyakan segmen dalam format ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang pelajar sekolah biasa akan buat bersama-sama. Pada masa yang sama, rancangan ini akan kadang-kala mempelbagaikan bahagian akhir dengan segmen di luar konsep sekolah. Format ini telah menerima pujian dari penonton yang menyebabkan peningkatan kadar tontonan dan populariti rancangan ini selepas beberapa episod bersiaran.

Terdapat sekurang-kurangnya dua segmen, yang mentakrifkan format Brother School ini:

  • Entrance Application – segmen di mana tetamu mengisi borang permohonan terlebih dahulu di mana salah satu ahli tetap akan membaca dan yang lain-lain akan mengulas. Kemuncak segmen ini adalah pilihan tetamu untuk duduk bersama dengan ahli-ahli tetap yang beliau suka atau tidak suka.
  • Guess About Me – segmen di mana tetamu telah mempersiapkan beberapa soalan yang berkaitan dengan diri mereka sendiri. Soalan-soalannya kadang-kala samar-samar atau amat peribadi di mana tetamu tidak pernah mendedahkan maklumat tersebut kepada orang ramai.

Setiap episod mungkin juga mempunyai segmen-segmen berikut, sama ada dalam, di antara, atau selepas segmen-segmen tetap di atas:

  • Second Period – satu segmen yang biasanya datang selepas segmen tetap dan berbeza antara tetamu. Dalam kebanyakan situasi, tetamu yang memberi cadangan aktiviti apa yang mahu dibuat. Ia mempunyai variasi aktiviti dari sesi kaunseling, kelas seni dan pendidikan jasmani.
  • Let's Play – segmen pendek apabila tetamu akan mencabar ahli tetap dalam satu permainan, yang tetamu rasa yakin untuk menang, biasanya oleh cara ortodoks seperti peraturan serta-merta. Tetamu biasanya akan mengakhiri cabaran ini dengan mengalahkan setiap ahli tetap secara berturut-turut.
  • Three No's (No Concept, No Basis, No Script) – satu segmen yang berkisar tentang sketsa pendek secara spontan di mana ahli tetap & tetamu tidak diberikan sebarang dialog atau jalan cerita. Mereka hanya boleh bergantung pada keseluruhan tema yang ditentukan pada minggu itu dan saat penting.
  • Music Class (Songstagram) – segmen di mana tetamu telah membuat satu daftar lagu dengan tema tertentu pilihan mereka. Segmen ini memfokuskan pada usaha ahli tetap dalam meneka lagu-lagu tesebut dalam urutan yang benar. Petunjuk, seperti tarikh pelancaran, ciri-ciri, atau "Permainan Jonghyun" yang telah diperkenalkan pada ep. 29 oleh mendiang Jonghyun (SHINee), di mana awal suku kata/not dari bait diberikan dengan irama digunakan untuk membantu ahli.
  • Lee Sang-min Time – diperkenalkan secara rasmi di ep. 56 dan sebelumnya dipanggil Choose Your Type, ia adalah satu segmen pendek di mana tetamu (biasanya yang perempuan) diberitahu oleh Lee Sang-min untuk memilih mana-mana ahli tetap (atau tetamu jemputan lelaki yang datang bersama) sebagai pasangan ideal mereka. Spesifikasi adalah agar semua anggota "setaraf" dari segi undang-undang, sosial ekonomi, & status awam; dan bahawa pilihan didasarkan hanya pada penampilan dan personaliti mereka.
  • Dancestagram – diperkenalkan secara rasmi di ep. 57 oleh Chanmi (AOA), tetapi dalam episod dengan Psy ia menjadi satu segmen di mana penerbit akan memainkan suku kata awal/not pertama dalam lagu tersebut dan mereka perlu teka tajuk, lagu dan tarian lagu tersebut.
  • 99 Seconds Teamwork Competition – satu segmen yang sering digunakan ketika sekumpulan besar tetamu hadir, seperti kumpulan idola. Setiap misi adalah berbeza setiap episod, tetapi pasukan ahli tetap dan pasukan tetamu perlu melengkapkan misi tersebut dalam 99 saat. Sekiranya satu pasukan berjaya melengkapkan misi ini, pasukan lawan akan diberi peluang untuk membaiki rekod mereka.
  • Classical Culture Class - satu segmen mendedikasikan budaya pop tentang generasi lalu.
  • Imagination Time - satu segmen yang bermula dengan memanaskan badan seperti melukis dari satu bentuk dan meneka perkataan yang dikatakan tanpa mengeluarkan suara. Kemuncak segmen ini adalah (Hangul: 상상력 시간) adalah Guess the Drama Line, ahli-ahli dan tetamu harus meneka apa dialog seterusnya dalam babak dari drama yang ditunjukkan kepada mereka.

Aspek penting dalam rancangan ini adalah penggunaan banmal (Hangul: 반말; "bahasa formal"), satu cara ucapan yang digunakan oleh semua orang tidak kira umur mereka atau senioriti, lalu mengabaikan peraturan bahasa Korea yang ketat, yang menekankan aspek senioriti dan hierarki sunbaehoobae dalam industri hiburan Korea. Bahasa tidak formal dan persekitaran yang kasual juga menggalakkan tetamu dan ahli-ahli tetap untuk berinteraksi antara satu sama lain seperti rakan-rakan sekolah buat, mendorong mereka untuk menjadi cukup selesa untuk mengusik satu sama lain.

Episod Istimewa[sunting | sunting sumber]

Episod-episod ini tidak mengikut format Brother School.

Episod Nama Tetamu
23 Never-ending audition – Knowing Girls I.O.I
34 Brothers Club VS Sisters Club Lovelyz
44 Girl Group Laboratory DIA
51 Duet Project – Universe Cowards Momo (Twice)
59 Ultimate high school matchup Cosmic Girls
71 Promise fulfillment for achieved 5% ratings -
107, 108 Question Solving Picnic Oh My Girl
114, 115 Knowing Bros Music Video Battle Song Eun-yi, Yoo Se-yoon, Hong Jin-young

Sebelum[sunting | sunting sumber]

Nama Episod Nota
Ask Us Anything 1 - 13
107 - 108
Satu konsep di mana penonton boleh menjawab soalan-soalan yang dihantar dalam buletin rancangan ini yang ahli-ahli tetap boleh gunakan sepanjang pertandingan. Konsep ini kembali untuk 2 episod pada episod 107 & 108 untuk memperingati ulangtahun ke-2 rancangan ini.
Mental Victory Battle 14 - 16 Ia adalah fomat bual bicara/permainan. Formatnya seolah-olah diadakan atas dasar yang satu format yang stabil diperlukan dengan memanggil dua calon penghibur yang memerlukan kejayaan mental dan bermain satu konfrontasi logik dan memilih seorang pemenang. Kerana ini, ia adalah mustahil untuk keluar dari kritikan yang "old freshness" telah hilang dan menjadi cliche. Dalam salah satu segmen, mereka akan mulakan dengan "esteem up and down", penerbit akan menunjukkan sati gambar dan tetamu perlu beri tanda bagu atau tidak bagu dengan ibu jari, kemudian mereka harus menjelaskan sebab. Selepas mendengar, pengacara akan menekan butang untuk siapa yang memiliki lebih psikis.

Pengacara & Ahli-ahli Tetap[sunting | sunting sumber]

Ahli Tetap[sunting | sunting sumber]

Ahli asal rancangan ini terdiri daripada Kang Ho-dong, Lee Soo-geun, Seo Jang-hoon, Kim Young-chul, Kim Hee-chul, Hwang Chi-yeul dan Kim Se-hwang.[5][6] Min Kyung-hoon ditambah dalam barisan ini pada episod 2 yang bersiaran pada 12 Disember 2015. Hwang Chi-yeul & Kim Se-hwang meninggalkan rancangan ini selepas episod ke-7 yang bersiaran pada 16 Januari 2016. Lee Sang-min menyertai rancangan ini sebagai ahli baru dalam barisan ahli tetap pada 5 Mac 2016.

Ahli Sekarang[sunting | sunting sumber]

Nama Nama Panggilan Tempoh Nota
style="text-align:center;" Kang Ho-dong
강호동
Brother School Captain (아형고 통)
Ep. 1 – sekarang Ahli paling tua dan paling kuat antara semua ahli, yang diketahui mempunyai gaya komedi yang ketinggalan zaman. Beliau adalah seorang bekas atlit Ssireum yang berjaya mencapai banyak anugerah sepanjang karier profesionalnya. Ahli-ahli lain suka mengusik beliau dengan rakan persaingan mesra sebagai MC bersama Yoo Jae-suk, "MC Negara" dan mempunyai gaji penampilan tertinggi diantara semua ahli kerana senioritinya dalam industri ini. Selepas mengalahkan Seo Jang-hoon dalam pertempuran paras rupa, beliau mendapat nama panggilan “Face Genius” (얼굴천재) dari ahli Oh My Girl, Seunghee[7]

Lagu tema utama untuk beliau adalah "Love Theme from the Godfather" oleh Nino Rota dari filem The Godfather; dan kadangkala variasi muzik dari "The Imperial March (Darth Vader's Theme)", biasanya oleh kumpulan Jepun Kuricorder Quartet.

style="text-align:center;" Lee Soo-geun
이수근
Dwarf Village Chief (소인마을 이장)
Ep. 1 – sekarang Beliau dikenali sebagai orang kanan Kang Ho-dong dan badut kelas dalam rancangan ini. Beliau bertanggungjawab membaca borang Permohonan Masuk untuk pelajar baru. Ahli-ahli lain suka mengusik beliau tentang skandal perjudian yang menyebabkan beliau berhenti dari sebarang rancangan TV selama dua tahun.[8][9]

Lagu tema utama beliau adalah lagu "All In Theme (Orchestra Version)" dari drama Korea 2003 bertajuk All In; dan kadangkala lagu "Public Enemy" (공공의 적) oleh Jo Yeong-wook dari filem Korea 2002 dengan tajuk yang sama, lagu "You Be Illin'" oleh kumpulan hip hop Run-DMC, & lagu "La La Song" oleh Hoyt Curtin dari siri animasi televisyen The Smurfs.

style="text-align:center;" Kim Young-chul
김영철
The one whose seat is always taken away (맨날 자리 뺏기는 애)
Ep. 1 – sekarang Ahli yang paling tidak kelakar antara ahli-ahli lain, yang dikenali tentang janjinya untuk meninggalkan rancangan ini sekiranya ia mencapai kadar tontonan 5%. Beliau juga fasih berbahasa Inggeris, dipanggil sebagai pelawak Korea yang paling fasih berbahasa Inggeris, namun lawak Inggerisnya tidak kelakar hanya kerana orang lain tidak memahaminya.

Kadangkala lagu "Gone Not Around Any Longer" (있다 없으니까) oleh kumpulan duo Korea SISTAR19 digunakan sebagai lagu tema beliau serta lagu beliau sendiri "Ring Ring" (따르릉); lagu-lagu dari Korea Utara seperti "Greetings" (반갑습니다) oleh penyanyi Korea Utara Ri Kyong-suk (리경숙), & "Whistle" (휘파람) oleh penyanyi Korea Utara Jon Hye-yong (전혜영).

style="text-align:center;" Seo Jang-hoon
서장훈
207 centimeter Giant (207CM 거인)
Ep. 1 – sekarang Seorang bekas atlit bola keranjang dalam Liga Bola Keranjang Korea, beliau mempunyai ketinggian paling tinggi di kalangan ahli-ahli lain. Selalu diusik tentang ketinggiannya (207cm, secara kasar 6 kaki 9 inci), kaya, kes perceraian berprofil tinggi dan kesihatan fizikal yang tidak baik; selalu satu tapak kehadapan dalam sesi "Guess About Me", hanya dirompak jawapannya pada saat akhir, namun apabila dapat meneka dengan betul, beliau akan berjalan dari satu sudut ke arah kamera high-boom, sentiasa dengan kayu bola lisut, kemudian bertukar pasangan tempat duduk.

Lagu tema utama beliau adalah lagu "The Last Match" (마지막 승부) oleh penyanyi Korea Selatan Kim Min-gyo, lagu tema untuk drama Korea 1994 dengan tajuk yang sama; dan kadangkala lagu "Scars" (상처만) oleh penyanyi Korea Selatan BOIS dari drama Korea 2010 Secret Garden, & lagu "Rainism" oleh penyanyi Korea Selatan Rain.

style="text-align:center;" Kim Hee-chul
김희철
Psycho (돌I, 돌+아이; the actual spelling being an insult as well as a swear word)
Ep. 1 – sekarang Ahli paling 'gila' diantara ahli lain, yang dikenali dengan komen yang pedas dan terlalu berterus-terang, yang beliau sentiasa guna apabila kenalan lama datang sebagai tetamu rancangan ini. Beliau sentiasa diusik kerana sentiasa menggosok tangan semasa masuk ke kelas dan mempunyai "magnet" di kakinya kerana kemalangan kereta pada 2006. Beliau juga dikenali sebagai duta anti-rokok, yang merokok pada usia muda namun telah berhenti untuk memberitahu orang lain kesan buruk tabiat tersebut, dan orang pertama dalam kumpulan ini untuk berbuat demikian (beliau dan Kang Ho-dong telah berhenti manakala Kim Young-chul tidak pernah merokok). Beliau menjadi pelajar baru (tetamu) apabila beliau membuat promosi dengan Super Junior.

Lagu tema utama beliau adalah "Sorry, Sorry" & "Mr. Simple", kedua-duanya oleh kumpulan beliau Super Junior.

style="text-align:center;" Min Kyung-hoon
민경훈
Ssamja (쌈자)
Ep. 2 – sekarang Ahli paling muda dalam barisan ahli tetap, kadangkala dipanggil sebagai anak Janghoon, yang dikenali dengan komen yang matang dan pemikiran yang sensual, juga sifat suka memberontak terhadap Kang Ho-dong, ahli paling tua dalam rancangan ini.[10] Beliau adalah vokalis kumpulan rock Buzz dan sentiasa diusik untuk suara kepala dan penggunaan suara falsetto yang berlebihan. Dikenali sebagai penari yang tidak mahir antara ahli-ahli kerana kurangnya irama badan dan kurang berilmu apabila berkaitan dengan nama dalam industri huburan, terdapat satu usikan yang selalu digunakan bahawa artis itu sememangnya popular sekiranya Kyung Hoon kenal siapa artis itu. Ramai selebriti terutama sekali kumpulan idol, selalu bertanyakan beliau sekiranya beliau kenal dengan mereka. Beliau juga agak lincah di kalangan ahli-ahli kerana telah dilatih dalam seni mempertahankan diri sejak sekolah rendah.

Lagu tema utama beliau adalah dari kumpulan beliau sendiri Buzz, selalunya "Thorn" (가시), "Coward" (겁쟁이), & "Reds Go Together"; dan kadangkala lagu "Careless Whisper" oleh George Michael, dan lagu "Sweet Dream" (나비잠) duet oleh beliau sendiri dan Hee-chul.

style="text-align:center;" Lee Sang-min
이상민
The sad one (안쓰러운 애)
Ep. 14 – sekarang Beliau seringkali diusik kerana status duda beliau dan hutang beliau yang sangat banyak. Kerana ini, beliau selalu memberi nasihat kepada penyanyi muda. Beliau adalah seorang penulis lagu yang berjaya dan penerbit album, khusus dalam hip-hop dan muzik rancak dan beliau mempunyai badan yang tegap kerana berjaya menurunkan berat sebanyak 22kg. Nama panggilan beliau diberi oleh Lee Soo-geun, yang merupakan kependekan dari perkataan  "situasi beliau sekarang adalah sangat sengsara", satu rujukan kepada beliau yang sedang menanggung hutang yang banyak (Hangul: 모양량하다; RR: hyeonjae moyang'i cheoryanghada).[11] Pada 2018, selepas beliau akhirnya berjaya melangsaikan hutang tersebut, beliau telah memohon kad kredit yang mempunyai had rendah buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun dan belanja ahli-ahli lain Amerikano, selepas penilaian kredit beliau naik dari Gred 10 (paling buruk) ke Gred 6.[12]

Lagu tema utama beliau adalah lagu penutup untuk rancangan dokumentari Korea Selatan berjudul Screening Humanity; dan kadangkala lagu "1997 Spring" dari filem Jepun 2001 berjudul Calmi Cuori Appassionati, juga lagu "Cries and Whispers" dari filem Korea Selatan 2003 berjudul Oldboy.

Bekas Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama Nama Panggilan Tempoh Nota
Hwang Chi-yeul Kang Ho-dong's rising right-hand man (강호동의 신흥 오른팔) Ep. 1 – 6 (tetap)
Ep. 32, 80 (tetamu)
Kim Se-hwang Folding screen (병풍) Ep. 1 – 7 Beliau adalah pemain gitar utama untuk kumpulan rock N.EX.T, dan dikenali sebagai antara tiga gitaris terhandal dalam Korea Selatan.

Tempoh[sunting | sunting sumber]

Tetamu dengan penampilan paling banyak[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini kadangkala menjemput tetamu yang sama berulang kali dalam episod yang berlainan kerana populariti mereka atau kerana persembahan yang mengagumkan dalam episod terdahulu. Untuk kumpulan idol, seorang ahli boleh tampil dalam satu episod secara berseorangan atau dipasangkan dengan tetamu lain yang bukan ahli sepasukan dengan mereka atau tampil dalam episod lain dengan pasukan sendiri sebagai sebahagian daripada pasukan mereka sendiri.

Kedudukan Nama Jumlah Episod Episod Pekerjaan
1 Jang Sung-kyu 42 11, 23, 33, 42, 44, 46, 53, 57, 59, 61, 66, 73, 74, 76, 77, 81, 82, 85, 90, 94–96, 100, 106, 110-112, 114, 128, 130, 136, 138, 141-142, 144-145, 147, 149, 152-153, 155-156 pembaca berita JTBC[13]
2 Shindong (Super Junior) 9 62, 100, 114-115, 118, 132, 134, 137, 139 Penyanyi
3 Hong Jin-young 8 17, 41-42, 60, 95-96, 114-115
4 Park Mi-sun 10, 41-42, 60, 95-96, 115, 147 Pelawak
Jo Hye-ryun 7 10, 41-42, 60, 95-96, 115

Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

Gambaran ikhtisar rancangan
Tahun Episod Mulanya ditayangkn pada
Siaran Pertama Siaran terakhir
2015 4 5 Disember 2015 26 Disember 2015
2016 52 2 Januari 2016 24 Disember 2016
2017 52 7 Januari 2017 30 Disember 2017
2018 TBA 6 Januari 2018 TBA

Kadar Tontonan[sunting | sunting sumber]

Dalam penilaian di bawah, kadar paling tinggi dalam warna merah, dan kadar terendah dalam warna biru setiap tahun.

2015[sunting | sunting sumber]

2016[sunting | sunting sumber]

2017[sunting | sunting sumber]

2018[sunting | sunting sumber]

  • Ambil perhatian bahawa rancangan ini ditayangkan di siaran kabel (TV berbayar) yang memainkan peranan dalam kadar tontonan yang naik dengan perlahan dan secara relatifnya mempunyai kumpulan penonton yang kecil apabila dibandingkan dengan siaran (FTA) pada rangkaian awam seperti KBS, SBS, MBC or EBS.
  • Kadar NR bermaksud "tidak dilaporkan". Kadar yang terlalu rendah.
  • TNmS telah menghentikan penerbitan laporan mereka sejak Jun 2018.

Karya lain[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi carta Jualan
[A]
Butiran Album
KOR
Gaon

[16]
KOR Hot
[17]
2016 "Sweet Dream"
(Kim Hee-chul, Min Kyung-hoon)
1 *
2018 "Falling Blossoms"
(Kim Hee-chul, Min Kyung-hoon)
15 14 N/A
"Andenayon"
(Kim Young-chul feat. Wheesung)
85 74
"I Kicked My Luck Off"
(Kang Ho-dong, Hong Jin-young)
100 88
"—" menunjukkan lagu yang tidak masuk carta atau tidak dilancarkan di kawasan tersebut.
"*" menunjukkan carta tidak wujud pada waktu tersebut.
  1. ^ Carta Gaon Chart tidak lagi menerbitkan rekod jualan untuk muat turun dari Januari 2018.

Penampilan lain[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Ahli Nota Ruj
2016 Fantastic Duo SBS Semua Kameo (episod 16) [19]
2017 My Little Old Boy Semua kecuali Kang Ho-dong Kameo (episod 50)

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tindakan tatatertib[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2016, rancangan ini menerima tindakan tatatertib dari Jawatankuasa Penapisan Penyiaran Korea Selatan kerana penggunaan komen yang tidak senonoh termasuk komen yang mengobjekkan tetamu wanita buat beberapa kali. Jawatankuasa ini juga menegaskan penggunaan bahasa tidak wajar antara ahli, komen-komen homofobik dan terutama sekali perbuatan Min Kyung-hoon memberikan baju dalam wanita yang dibuat dari kertas kepada tetamu wanita dalam salah satu episod. Selain peringatan dari jawatankuasa ini, dilaporkan juga rancangan ini menerima aduan dari penonton tentang perkara yang sama.[20]

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Knowing Bros telah dicalonkan dalam 10 anugerah, menang 7.

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2016 Anugerah JTBC Ke-5
(Ditentukan oleh undian penonton)
Penghibur Terbaik Kang Ho-dong Dicalonkan [21]
Lee Soo-geun Dicalonkan
Kim Hee-chul Menang
Pasangan Terbaik Kim Hee-chul & Min Kyung-hoon Menang
Kang Ho-dong & Lee Soo-geun Dicalonkan
Penerbit Terbaik Choi Chang-soo Menang
Top 3 Program Knowing Bros 2nd
2017 Korea First Brand Awards Korea's Brand of the Year Menang [22]
Anugerah Muzik Carta Gaon Ke-6 (6th Gaon Chart Music Awards) Lagu Terbaik (Song of the Year) (November) "Sweet Dream" Dicalonkan [23]
Anugerah Seni Baeksang Ke-53 (53rd Baeksang Arts Awards) Rancangan Hiburan Terbaik (Best Entertainment Program) Knowing Bros Dicalonkan [24]
Anugerah Muzik Melon Ke-9 (9th Melon Music Awards) Lagu Rock Terbaik (Best Rock Song) "Sweet Dream" Menang [25]
2018 Anugerah Seni Baeksang ke-54 (54th Baeksang Arts Awards) Penghibur Terbaik - Lelaki Seo Jang-hoon Menang [26]
Lee Sang-min Dicalonkan [27]
Anugerah Muzik Melon ke-10 (10th Melon Music Awards) Lagu Rock Terbaik "Falling Blossoms" Menunggu
Lagu Trot Terbaik "Andenayon" Menunggu
"I Kicked My Luck Off" Menunggu
Anugerah Televisyen Asia ke-23 (23rd Asian Television Awards) Rancangan Komedi Terbaik Knowing Bros Menunggu [28]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "프로그램 정보" [Program Information]. JTBC (dalam bahasa Korean). Dicapai September 18, 2017. 
  2. ^ "smentertainment DRAMA/TV SHOW/MUSICAL". smentertainment. Dicapai October 18, 2018. 
  3. ^ ""Men on a Mission" on JTBC Worldwide". JTBC Worldwide. Dicapai January 4, 2018. 
  4. ^ "Ask Us Anything : Jang Seo-hee, Hong Seok-cheon". OnDemandKorea. Dicapai 2018-01-14. 
  5. ^ Kim, In-young (December 3, 2015). "'아는 형님' 공식 포스터 공개, 벌써부터 풍기는 빅재미 냄새" ['Knowing Bros' official poster is released, already has a big funny smell]. IlganSports (dalam bahasa Korean). Dicapai September 18, 2017. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  6. ^ Jo, In-woo (December 4, 2015). "강호동과 서장훈이 싸우면 누가 이길까, JTBC 시시콜콜 '아는형님'" [If Kang Ho-dong and Seo Jang-hoon fight, who will win?]. Newsis (dalam bahasa Korean). Dicapai September 18, 2017. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  7. ^ [MBN스타 손진아 기자] ‘아는형님’ 강호동이 각종 분야의 천재로 언급되는 멤버들 사이에서 이름이 빠지자 당황했다. (dalam bahasa Korean). December 30, 2017. Dicapai February 3, 2018. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  8. ^ Ahn, In-yong (June 24, 2016). "이혼 얘기, 도박 얘기, 그만 하시죠" [Talk about divorce, talk about gambling, stop.]. The Hankyoreh (dalam bahasa Korean). Dicapai September 18, 2017. 
  9. ^ Ahn, In-yong (June 28, 2016). "'셀프 디스' 개그는 그런 게 아니다" [That's not self-discipline]. HuffPost (dalam bahasa Korean). Dicapai September 18, 2017. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  10. ^ "[TV톡톡] 안재현·민경훈·김희철, 강호동 잡는 3대장" [[TV Talk] Ahn Jae Hyun · Min Kyung Hoon · Kim Hee Cheol, 3 giants of Kang Ho-dong]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Korean). June 4, 2016. Diarkibkan daripada asal pada August 11, 2017. Dicapai September 18, 2017. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  11. ^ Lee, Eun-bi (July 11, 2016). "이수근이 밝힌 이상민이 '현모양처'인 이유" [Lee Soo-geun revealed Lee Sang-min to be a'welfare man']. YTN (dalam bahasa Korean). Dicapai September 18, 2017. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  12. ^ Ep. 139
  13. ^ Walaupun selalu dinamakan sebagai tetamu, beliau berhajat untuk menjadi ahli tetap. Beliau selalu ditampilkan sebagai seorang cikgu yang mempunyai gaya luarbiasa.
  14. ^ a b c d "Top 10 list for TV programs [select the date from drop-down menu]". Nielsen Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada asal pada 2017-05-13. Dicapai September 18, 2017. 
  15. ^ a b c d "TNMS Ratings on Naver". Naver (dalam bahasa Korean). Dicapai September 18, 2017. 
  16. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon. 
  17. ^ "Kpop Hot 100". Billboard Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai 7 March 2018. 
  18. ^ Cumulative sales for "Sweet Dream":
  19. ^ "[Fantastic Duo] 쌈자신을 응원하기 위해 '아는 형님'이 떴다!" ['Knowing Bros' are out in support!]. YouTube (dalam bahasa Korean). July 30, 2016. Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  20. ^ Jo, Ye-bin (December 26, 2016). ""너 게이야?" JTBC '아는형님' 중징계 결정". mediatoday.co.kr. Dicapai February 6, 2016. 
  21. ^ "JTBC AWARDS 2016". JTBC (dalam bahasa Korea). December 29, 2016. Dicapai March 16, 2017. 
  22. ^ "JTBC, 사상 최초로 '미디어어워드' 대상 수상". JTBC (dalam bahasa Korea). December 28, 2016. Dicapai March 16, 2017. 
  23. ^ "6th GAONCHART MUSIC AWARDS". kpopawards (dalam bahasa Korea). February 22, 2017. Diarkibkan daripada asal pada January 22, 2017. Dicapai January 22, 2017. 
  24. ^ "53rd Paeksang Arts Awards". isplus.live.joins (dalam bahasa Korea). April 7, 2017. Dicapai April 7, 2017. 
  25. ^ "'2017 멜론뮤직어워드'방탄소년단ㆍ엑소,대상에 5관왕..아이유,'팔레트'로'올해의 앨범'상" (dalam bahasa Korea). AJU News. December 3, 2017. Dicapai November 15, 2018. 
  26. ^ "[SBS Star] 'The 54th Baeksang Arts Awards' Complete List of Winners". SBS News. May 4, 2018. 
  27. ^ "제54회 백상예술대상, TV·영화 각 부문별 수상 후보자 공개". JTBC (dalam bahasa Korea). April 6, 2018. 
  28. ^ "2018 asian tv awards Nominees". Asian tv Awards. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:JTBC