Kostas Tsimikas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kostas Tsimikas
Κώστας Τσιμίκας
Maklumat peribadi
Nama penuh Konstantinos Tsimikas
Tarikh lahir (1996-05-12) 12 Mei 1996 (umur 27)
Tempat lahir Thessaloniki, Yunani
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 21
Kerjaya remaja
2010–2011 Neapoli Thessaloniki
2011–2014 Panserraikos
2014–2015 Olympiacos
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2020 Olympiacos 46 (0)
2017 → Esbjerg (Pinjaman) 9 (2)
2017–2018 → Willem II (Pinjaman) 33 (3)
2020– Liverpool 36 (0)
Pasukan kebangsaan
2014–2015 Greece B19 13 (0)
2016–2018 Greece B21 16 (2)
2018– Greece 29 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 September 2023 (UTC)

Konstantinos "Kostas" Tsimikas (Bahasa Yunani: Κωνσταντίνος "Κώστας" Τσιμίκας, lahir 12 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain dalam posisi bek kiri untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool, serta pasukan kebangsaan Greece.[1][2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Awal kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tsimikas lahir di Thessaloniki, dan berasal dari kampung Lefkonas, Serres. Beliau memulakan kariernya dari pasukan tempatan kampungnya dan berpindah ke AS Neapoli Thessaloniki ketika berusia 14 tahun. Pada tahun 2013, Tsimikas berpindah ke Panserraikos dan menjaringkan 5 gol pada musim 2013-14 di Gamna Ethniki.

Olympiacos[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Disember 2015, Tsimikas membuat penampilan pertamanya untuk Olympiacos di Liga Super ketika perlawanan menentang AEL Kalloni.

Dipinjam dalam Esbjerg[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Disember 2016, Tsimikas menandatangani kontrak dengan kelab Denmark, Esbjerg fB sehingga akhir musim 2016-17. Pada 17 Februari 2017, beliau membuat penampilan pertama dengan menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 menentang SønderjyskE Fodbold. Beliau meninggalkan kelab tersebut selepas 13 perlawanan, dan kembali ke Olympiacos.

Dipinjam dalam Willem II[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2017, Tsimikas membuat pertukaran pinjaman dengan menyertai kelab Belanda, Willem II Tilburg, melalui suatu kontrak sepanjang musim. Beliau adalah pemain biasa dalam Eredivisie musim 2017-18 dengan bermula 32 dari 34 perlawanan, dan juga menjaringkan gol. Pada peringkat kejohanan suku akhir Piala KNVB, jaringan gol menerusi tendangan bebasnya yang terpesong mengheret ke masa tambahan, dan pasukannya terus mengalahkan Roda dalam penentuan sepakan penalti. Tendangan basikal Tsimikas yang menakjubkan dalam kemenangan 3-2 menentang FC Utrecht terpilih sebagai Gol Terbaik Bulanan Antarabangsa Voetbal dan menyumbang kepada namanya sebagai Pemula Terbaik Bulanan Eredivisie untuk bulan Mac 2018.

Olympiacos (Kembali)[sunting | sunting sumber]

Jurulatih Olympiacos, Pedro Martins mengekalkan Tsimikas di kelab tersebut untuk musim 2018-19. Pada bulan November 2018, beliau menghantar bol untuk gol pertama Kostas Fortounis dalam kemenangan besar 5-1 menentang F91 Dudelange di peringkat kumpulan Liga Europa UEFA; kedua-dua pemain itu dinamakan dalam Pasukan Pilihan Terbaik Mingguan Liga Europa UEFA. Pada akhir 2018, beliau ditinggalkan di bangku simpanan dengan Leonardo Koutris diberi keutamaan di posisinya, tetapi pengurusan Olympiacos memiliki kepercayaan besar pada Tsimikas. Oleh itu, Tsimikas ditawarkan perjanjian baru dengan bersetuju untuk menandatangani kontrak yang akan membuatnya tetap di kelab sehingga musim panas 2023.

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Ogos 2020, Tsimikas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dalam perjanjian jangka panjang dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £11.75 juta.[3][4][5]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tsimikas menerima panggilan pertamanya mewakili pasukan senior Yunani untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 menentang Hungary dan Finland pada bulan Oktober.[6] Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa sebagai kesebelasan utama untuk menentang Hungary pada 12 Oktober, dan menghasilkan bantuan gol untuk Kostas Mitroglou menjaringkan satu-satunya gol perlawanan tersebut.[7]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 6 Ogos 2020
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Olympiakos 2015–16 Liga Super Yunani 3 0 6 0 0 0 9 0
2016–17 1 0 2 0 0 0 3 0
2018–19 15 0 4 0 9[a] 0 28 0
2019–20 27 0 3 0 16[b] 0 46 0
Jumlah 46 0 15 0 25 0 86 0
Esbjerg (Pinjaman) 2016–17 Liga Super Denmark 9 2 4 0 13 2
Willem II (Pinjaman) 2017–18 Eredivisie 33 3 4 3 37 6
Liverpool 2020–21 Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 88 5 23 3 0 0 25 0 0 0 136 8
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
  2. ^ Dua belas penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, empat penampilan di Liga Europa UEFA

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Olympiacos
  • Liga Super Yunani: 2015-16, 2019–20

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Konstantinos Tsimikas". Dicapai pada 11 September 2017.
  2. ^ "Konstantinos Tsimikas - UEFA". Dicapai pada 11 September 2017.
  3. ^ Shaw, Chris (10 Ogos 2020). "Liverpool complete signing of Kostas Tsimikas". Liverpool FC. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  4. ^ Williams, Sam (11 Ogos 2020). "Kostas Tsimikas: 'I was a Liverpool fan - my family are very happy'". Liverpool F.C. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
  5. ^ Zuraimee, Zainal (12 Ogos 2020). "Kostas Tsimikas perkuat Liverpool". Sinarharian. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
  6. ^ Nicolaides, Shaun (4 Oktober 2018). "Paschalakis and Tsimikas receive maiden national team call-ups". AgonaSport. Dicapai pada 5 Disember 2019.
  7. ^ Georgakopoulos, George (12 Oktober 2018). "Mitroglou settles Greece's scores against Hungary". Ekathimerini. Dicapai pada 5 Disember 2019.