Alisson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alisson
20180610 FIFA Friendly Match Austria vs. Brazil 850 1625.jpg
Alisson bersama Brazil pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhAlisson Ramses Becker[1]
Tarikh lahir (1992-10-02) 2 Oktober 1992 (umur 27)
Tempat lahirNovo Hamburgo, Brazil
Ketinggian1.91 m[2]
Posisi permainanPenjaga Gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniLiverpool
Nombor1
Kerjaya remaja
2002–2012Internacional
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2013–2016Internacional44(0)
2016–2018Roma37(0)
2018–Liverpool39(0)
Pasukan kebangsaan
2009Brazil B173(0)
2013Brazil B215(0)
2015–Brazil42(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 18:07, 7 September 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 7 July 2019

Alisson Ramses Becker (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈalisõ ˈbɛkeʁ], lahir 2 Oktober 1992), atau lebih dikenali sebagai Alisson ialah pemain profesional Bola sepak dari Brazil yang bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan Liverpool FC di Liga Perdana Inggeris dan Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil.[3] Beliau merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia dan telah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA pada tahun 2019.

Alisson telah memulakan kariernya di Internacional, di mana beliau telah melakukan penampilan sebanyak lebih 100 kali penampilan dan berjaya memenangi kejohanan Campeonato Gaúcho dalam setiap empat musim di kelabnya. Pada tahun 2016, beliau telah melengkapkan perpindahannya ke AS Roma sebanyak 7.5 di mana beliau menjadi penjaga gol sandaran kepada Wojciech Szczęsny sebelum mendapat kesebelasan utama di kelabnya. Pada Julai 2018, Alisson menyertai Liverpool FC dengan harga perpindahannya sebanyak €62.5 juta (£56juta) yang membolehkan harganya semakin meningkat kepada €72 juta (£66.8 juta) dan pernah tersenarai sebagai penjaga gol termahal di dunia pada ketika itu.[4] Pada musim pertamanya bersama kelab, beliau berjaya menerima Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris kerana berjaya mendapatkan lembaran bersih (clean sheets) sebanyak 21 penampilan dalam liga dan mendapatkan lembaran bersih lainnya setelah Liverpool berjaya menjuarai Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.[5][6]

Alisson telah menjadi kesebelesan utama dalam pasukan Brazil pada peringkat bawah umur sebelum berjaya melakukan penampilan pertamanya dalam peringkat senior pada tahun 2015 di mana beliau bermain untuk pasukan negaranya dalam Copa América Centenario pada tahun 2016, Piala Dunia FIFA 2018 dan berjaya menjuarai dalam kejohanan Copa América 2019 serta dinamakan sebagai penjaga gol paling terbaik di dunia.[7]

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Alisson bersama Internacional pada tahun 2015

Internacional[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Novo Hamburgo, Rio Grande do Sul, Alisson menyertai kelab akademi Internacional pada tahun 2002 yang ketika itu beliau berumur 10 tahun.[8][9] Setelah berkembang dalam peringkat akademi, beliau telah memulakan penampilannya bersama pasukan bawah umur sebelum beliau mendapat keselebasan utama dalam peringkat senior menentang Cruzeiro-RS yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di tempat lawan dalam kejohanan Campeonato Gaúcho.[10] Penampilan beliau seterusnya diikuti dalam kejohanan Série A pada 25 Ogos 2019 yang memulakan penampilannya dengan sekadar mendapat keputusan seri 3-3 di tempat sendiri menentang Goiás.[11] Beliau menjadi penjaga gol sandaran kepada abangnya, Muriel dan menjadi penjaga gol pilihan kedua bersama Agenor serta menamatkan musim pertamanya sebanyak enam penampilan. [9]

Pada tahun berikutnya, Alisson telah menjumpai kebolehan dirinya bahawa beliau disamakan dengan lagenda Brazil Dida yang telah menyertai Internacional dari Grêmio. Beliau mendapat tempat utama pada bulan Oktober dan menghabiskan musimnya dengan memperoleh penampilannya sebanyak 11 penampilan liga dalam karier bolanya. [12] Beliau adalah pemain permulaan yang tidak dapat dipersoalkan pada tahun berikutnya di mana beliau berjaha mengumpulkan 57 penampilan dalam semua pertandingan. Pada 4 Februari 2016, Alisson telah menandatangani sebuah perjanjian prakontrak di kelab Itali, AS Roma dan menyertai kelab tersebut dengan tempoh kontrak selama lima tahun yang berharga 7.5 juta.[13] Beliau tampil dengan aksi akhir penampilannya bersama Internacional pada 15 Mei 2016 dengan berjaya mengekalkan lembaran bersih (clean sheet) yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 menentang Chapecoense di halaman sendiri.[14] Ketika empat tahun bersama Internacional peringkat senior, Alisson berjaya melakukan penampilan lebih 100 kali dan menjuarai kejohanan Campeonato Gaúcho dalam setiap musim.[9]

AS Roma[sunting | sunting sumber]

Alisson secara rasminya telah melakukan perpindahan ke kelab Serie A Itali, AS Roma pada bulan Julai 2016.[15]

Musim 2016-17[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan penampilan pertamanya untuk kelab pada 17 Ogos 2016 dengan keputusan seri 1-1 menentang FC Porto dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA. Walau bagaimanapun, kebanyakan musimnya telah dihabiskan sebagai penjaga gol sandaran kepada penjaga gol asal Poland, Wojciech Szczęsny.[16] Beliau melengkapkan 15 penampilan daripada semua kejohanan dalam musim tersebut tetapi gagal untuk menampilkan dalam beberapa perlawanan liga. Setelah Szczęsny berpindah ke kelab barunya di Juventus, Alisson telah menjadi penjaga gol utama di kelabnya tetapi beliau dicadangkan untuk berpindah dari AS Roma ke kelab lain kerana kedudukannya yang tidak jelas untuk memberikan lebih masa sebagai penjaga gol utama.[17]

Musim 2017-18[sunting | sunting sumber]

Alisson akhirnya mendapat peluang sebagai penjaga gol utama dalam perlawanan pembukaan Serie A 2017-18 dengan mencapai keputusan menang 1-0 menentang Atalanta BC.[18] Beliau kemudiannya mendapat penampilan pertamanya dalam Derby della Capitale pada 18 November dengan memperoleh kemenangan 2-1 menentang seteru terdekat mereka, Lazio.[19] Beliau juga telah mendapat pujian kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA dan berperanan sebagai pemain kunci utama dalam kelabnya yang telah mencapai peringkatnya sehingga separuh akhir.[20][21] Kelab tersebut tidak pernah dibolosi meskipun sebiji gol di Stadio Olimpico dalam kempen Liga Juara-Juara sehingga perlawanan menentang Liverpool dalam peringkat separuh akhir pada 2 Mei 2018 di mana mereka menang 4-2 pada malam tersebut tetapi kalah dengan keputusan agregat 7-2.[22] Alisson juga menerima pujian atas prestasinya yang bagus sepanjang musim 2017-18 di AS Roma.[23] Beliau mengekalkan sebanyak 22 lembaran bersih (clean sheet) sepanjang musim 2017-18, iaitu sebanyak 17 lembaran bersih dalam Serie A dan 5 lembaran bersih dalam Liga Juara-Juara UEFA.[24][25]

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2018, Liverpool secara rasminya telah mendapatkan Alisson dengan harga sebanyak £66.8 juta (€72.5 juta) yang membuatkan beliau sebagai penjaga gol paling mahal untuk sepanjang masa mengatasi Ederson Moraes yang tercatat sebagai paling termahal dalam pound sterling dan Gianluigi Buffon yang tercatat sebagai paling termahal dalam Euro.[3][26][27][28] Walau bagaimanapun, harga tersebut akhirnya dipecahkan dalam jangka masa empat minggu apabila Chelsea mendapatkan Kepa Arrizabalaga yang dilaporkan berjumlah £71.6 juta (€80 juta) dari Athletic Bilbao.[29][30][31] Pada 10 Ogos, Liverpool mengesahkan melalui laman web rasmi mereka bahawa beliau memakai jersi yang bernombor 13 sepanjang musim 2018-19.[32][33][34]

Musim 2018-19[sunting | sunting sumber]

Alisson memulakan penampilan pertamanya bersama Liverpool pada 12 Ogos dan berjaya mengekalkan lembaran bersih (clean sheet) menentang West Ham United yang berakhir dengan kemenangan 4-0.[35] Beliau menerima banyak pujian atas prestasi yang memberangsangkan dengan kemenangan ke atas Crystal Palace dan Brighton yang melihatkan beliau kekal dengan tiga lembaran bersih secara berturut-turut.[36][37] Pada Ogos 2018, Alisson telah disenaraikan untuk menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik pada Musim Lepas,[38] yang hanya sekadar mendapat tempat kedua sahaja.[39] Pada 1 September, dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, beliau menerima beberapa pujian dan kritikan atas prestasinya yang membuat penyelamatan yang dianggap penting tetapi juga memberikan gol mudah kepada pihak lawan.[40][41] Walau bagaimanapun, penglibatan Alisson dalam permainan telah menyebabkan Liverpool mendapat 20 aksi permainan mereka tanpa kalah dalam liga sejak permulaan musim lagi sekali gus dapat memecahkan rekod tanpa kalah paling lama yang dibuat oleh pemain asal Argentina, Javier Mascherano.[42] Alisson juga berpernan penting dalam kelabnya yang mengharungi kempen dalam kumpulan Liga Juara-Juara UEFA dalam membuat penyelamatan lewat yang penting dalam perlawanan akhir dalam kumpulan menentang Napoli yang berkesudahan menang 1-0 sekali gus melayakkan kelabnya ke pusingan kalah mati.[43]

On 4 March 2019, he kept his 17th Premier League clean sheet for the season; the most by any Premier League goalkeeper in his debut season since former Liverpool goalkeeper, Pepe Reina in 2006.[44] At the end of the season, Alisson kept a total of 21 clean sheets in Premier League, and won the Golden Glove.[45] In the Champions League knockout stages, meanwhile, Alisson played a starring role as Liverpool advanced to their second consecutive final in the competition; in their second-leg semi-final at home to Barcelona, he made a number of impressive saves as Liverpool overturned a 3–0 first leg deficit to advance past their opponents with a 4–0 home win.[46] In the final on 1 June 2019, Alisson kept a clean sheet for Liverpool as they defeated Tottenham Hotspur 2–0, making eight saves in the process, to win his first trophy with the club.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: Brazil" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 4. Dicapai 4 November 2018. 
  2. ^ "Alisson: Overview". Premier League. Dicapai 6 September 2019. 
  3. ^ a b "Liverpool complete Alisson Becker transfer". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada asal pada 19 July 2018. Dicapai 19 July 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ Pearce, James (19 July 2018). "Liverpool confirm signing of Alisson Becker in world record deal". Liverpool Echo. Diarkibkan daripada asal pada 20 July 2018. Dicapai 1 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. ^ "Alisson takes Golden Glove prize with last-day clean sheet". Goal.com. 
  6. ^ a b "Liverpool beat Spurs to become champions of Europe for sixth time". BBC Sport. 1 June 2019. Dicapai 1 June 2019. 
  7. ^ "Daniel Alves é eleito craque da Copa América; Alisson e Everton também ganham prêmios" [Daniel Alves is elected the best player of the Copa América; Alisson and Everton also win awards] (dalam bahasa Portuguese). Globo. 7 July 2019. 
  8. ^ "Antes de ser titular, goleiro do Inter recebeu convite para virar modelo" [Before becoming a starter, Inter's goalkeeper received an invitation to be a model] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 29 November 2014. Diarkibkan daripada asal pada 28 September 2015. Dicapai 17 October 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  9. ^ a b c "10 things you need to know about new Roma goalkeeper Alisson". AS Roma. 6 July 2016. Diarkibkan daripada asal pada 7 December 2017. Dicapai 8 December 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  10. ^ "Inter cede empate para Cruzeiro-RS e determina Gre-Nal nas quartas" [Inter draws with Cruzeiro-RS and establishes a Gre-Nal in the quarterfinals] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 17 February 2013. Diarkibkan daripada asal pada 27 August 2017. Dicapai 17 October 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  11. ^ "Chuva de gols: Inter e Goiás fazem jogo de reviravoltas e ficam no 3 a 3" [Goal rain: Inter and Goiás make a game of comebacks and end up in 3–3] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 25 August 2013. Diarkibkan daripada asal pada 10 December 2015. Dicapai 17 October 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  12. ^ Guichard, Diego. "Alisson segue linha de Taffarel e Dida e ganha status de "pegador de pênalti"" [Alisson follows Taffarel and Dida line and gains status of "penalty taker"] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. Diarkibkan daripada asal pada 9 December 2017. Dicapai 8 December 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  13. ^ "Alisson tem pré-contrato com Roma para ser apresentado no meio do ano" [Alisson has pre-contract with Roma to be presented in the middle of the year] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 4 February 2016. Diarkibkan daripada asal pada 5 August 2016. Dicapai 28 May 2016.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  14. ^ "Alisson recebe homenagem na despedida" [Alisson receives honour in farewell] (dalam bahasa Portugis). Internacional's official website. 15 May 2016. Diarkibkan daripada asal pada 1 July 2016. Dicapai 28 May 2016.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  15. ^ "Club confirms the signing of goalkeeper Alisson". AS Roma. 6 July 2017. Diarkibkan daripada asal pada 9 December 2017. Dicapai 8 December 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  16. ^ "Porto-Roma, la formazione ufficiale: Alisson in porta, Dzeko in attacco" [Porto-Roma, the official formation: Alisson in goal, Dzeko in attack]. La Gazetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 17 August 2016. Dicapai 8 December 2017. 
  17. ^ "Alisson: 'I'd have left Roma if…'". Football Italia. 10 September 2017. Diarkibkan daripada asal pada 16 December 2017. Dicapai 8 December 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  18. ^ "Atalanta 0–1 Roma". Football Italia. 20 August 2017. Diarkibkan daripada asal pada 9 December 2017. Dicapai 8 December 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  19. ^ "Alisson: One of our best performances so far". AS Roma. 18 November 2017. Diarkibkan daripada asal pada 9 December 2017. Dicapai 8 December 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  20. ^ "'The Messi of goalkeepers'! Who is Alisson, the Roma phenomenon valued at €70m?". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 18 June 2018. Dicapai 18 June 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  21. ^ "UEFA Champions League – Roma-Barcelona". UEFA. Diarkibkan daripada asal pada 18 June 2018. Dicapai 18 June 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  22. ^ "UEFA Champions League – Roma-Liverpool". UEFA. Dicapai 18 June 2018. 
  23. ^ "How Alisson became the most in-demand goalkeeper in the world – Planet Football". Planet Football. 21 March 2018. Diarkibkan daripada asal pada 18 June 2018. Dicapai 18 June 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  24. ^ "2017–18 Serie A Player Goalkeeping Stats | Clean Sheets". www.foxsports.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 12 June 2018. Dicapai 1 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  25. ^ "Clean sheets UEFA Champions League 17/18". Statbunker football (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 2 August 2018. Dicapai 1 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  26. ^ Romano, Fabrizio (18 July 2018). "Liverpool sign Roma goalkeeper Alisson for world-record £66.9m fee". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 18 July 2018. Dicapai 19 July 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  27. ^ "Alisson: Liverpool offer for Brazil goalkeeper accepted by Roma". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 18 July 2018. Dicapai 19 July 2018. 
  28. ^ "Liverpool complete £67m deal for Alisson Becker". Sky Sports (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 19 July 2018. Dicapai 19 July 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  29. ^ "Kepa Arrizabalaga: Athletic Bilbao keeper pays £71m release clause before Chelsea move". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 8 August 2018. Diarkibkan daripada asal pada 8 August 2018. Dicapai 8 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  30. ^ "Kepa pays the termination clause". Athletic Bilbao. 8 August 2018. Diarkibkan daripada asal pada 8 August 2018. Dicapai 8 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  31. ^ "Kepa arrives at Chelsea". Chelsea F.C. 8 August 2018. Diarkibkan daripada asal pada 11 August 2018. Dicapai 8 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  32. ^ "Liverpool FC". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada asal pada 2 August 2018. Dicapai 10 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  33. ^ "Alisson and Fabinho squad numbers confirmed". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada asal pada 10 August 2018. Dicapai 10 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  34. ^ "Alisson and Fabinho Choose Squad Numbers". The Liverpool Offside. Diarkibkan daripada asal pada 10 August 2018. Dicapai 10 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  35. ^ "Salah, Mane & Sturridge on target as Liverpool beat West Ham United 4–0". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 12 August 2018. Diarkibkan daripada asal pada 11 August 2018. Dicapai 12 August 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  36. ^ "Crystal Palace 0–2 Liverpool: Player Ratings". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). 20 August 2018. Dicapai 1 September 2018. 
  37. ^ "Liverpool 1–0 Brighton: Player Ratings". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). 25 August 2018. Dicapai 1 September 2018. 
  38. ^ UEFA.com. "Champions League positional awards: nominees announced" (dalam bahasa Inggeris). UEFA. Dicapai 1 September 2018. 
  39. ^ UEFA.com. "Keylor Navas: Champions League Goalkeeper of the Season" (dalam bahasa Inggeris). UEFA. Dicapai 1 September 2018. 
  40. ^ "Liverpool maintain 100% start with nervy win at Leicester". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 1 September 2018. Dicapai 1 September 2018. 
  41. ^ "Leicester City 1–2 Liverpool: Player Ratings". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). 1 September 2018. Dicapai 1 September 2018. 
  42. ^ Bekker, Liam (21 February 2019). "Liverpool's title challenge is in safe hands with Alisson". Fansided. Dicapai 8 March 2019. 
  43. ^ Crozier, Aneurin (11 December 2018). "BBC Sport". BBC Sport. Dicapai 2 June 2019. 
  44. ^ O'Neill, Caoihme (5 March 2019). "Liverpool's Alisson Becker wins global award and the remarkable Pepe Reina stat he could break". Liverpool Echo. Dicapai 8 March 2018. 
  45. ^ "Alisson takes Golden Glove prize with last-day clean sheet". Goal. 
  46. ^ "Liverpool 4–0 Barcelona (4–3 agg): Jurgen Klopp's side complete extraordinary comeback" (dalam bahasa Inggeris). 7 May 2019. Dicapai 2 June 2019.