Thiago Alcântara
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Thiago Alcântara do Nascimento[1] | ||
Tarikh lahir | 11 April 1991 | ||
Tempat lahir | San Pietro Vernotico, Itali | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 7[2] | 11⁄16 in)||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Bayern Munich | ||
Nombor | 6 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–1996 | Flamengo | ||
1996–2000 | Ureca | ||
2000–2001 | Kelme | ||
2001–2005 | Flamengo | ||
2005–2008 | Barcelona | ||
Kerjaya senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
2008–2011 | Barcelona B | 59 | (3) |
2009–2013 | Barcelona | 68 | (7) |
2013– | Bayern Munich | 128 | (14) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2007 | Sepanyol B16 | 1 | (0) |
2007–2008 | Sepanyol B17 | 8 | (5) |
2009 | Sepanyol B18 | 1 | (1) |
2009–2010 | Sepanyol B19 | 11 | (4) |
2010–2013 | Sepanyol B21 | 21 | (6) |
2011– | Sepanyol | 31 | (2) |
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 31 Ogos 2019 (UTC). † Kemunculan (Gol). |
Thiago Alcântara do Nascimento (lahir 11 April 1991), ataupun hanya dikenali sebagai Thiago merupakan pemain bola sepak profesional Sepanyol yang kini bermain untuk kelab Bundesliga, FC Bayern Munich di posisi pemain tengah.
Isi kandungan
Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]
Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]
Thiago telah dilahirkan di San Pietro Vernotico, Itali ketika bapanya, Mazinho (pemain antarabangsa Brazil dari tahun 1989 sehingga 1994) bermain untuk U.S. Lecce. Beliau mula bermain bola sepak di peringkat bawahan kela Flamengo di Brazil dan pada berusia lima tahun, beliau berpindah ke Sepanyol bersama bapanya.. Di sana, beliau bermain untuk kelab Galicia, Ureca di kawasan Nigrán. Pada tahun 2001, beliau bermain untuk Kelme CF manakala bapanya bermain untuk Elche CF. Beliau kembali ke Flamengo pada usia 10 tahun dan pada tahun 2005, beliau pulang semula ke Sepanyol dan menandatangani kelab FC Barcelona. Patrick iaitu sepupunya juga bermain di kelab gergasi Sepanyol itu.
Barcelona[sunting | sunting sumber]
Pada 17 Mei 2009, Thiago pada berusia 18 tahun membuat debut untuk pasukan senior dan beliau menggantikan Eiður Guðjohnsen pada minit ke-74 semasa menentang RCD Mallorca. Perlawanan itu adalah satu-satunya perlawanan Thiago untuk Barca pada musim ini. Barcelona menjuarai La Liga pada musim tersebut namun tewas pada perlawanan itu, 1-2.
Pada 20 Februari 2010, selepas menggantikan Yaya Touré pada minit ke-76, Thiago menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona ketika menang 4-0 ke atas Racing de Santander. Beliau menamatkan musim 2010-11 dengan 17 perlawanan, tiga jaringan dan membuattiga hantaran. Beliau juga beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2010-11 menentang Manchester United di Stadium Wembley.
Thiago memulakan musim 2011-12 dengan beraksi perlawanan pertama Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid. Beliau menggantikan Xavi selepas 58 minit dan beliau juga menjadi pemain gantian ketika Barca menumpaskan FC Porto pada perlawanan Piala Super UEFA 2011. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada musim ini ketika menang 5-0 ke atas Villareal CF.
Bayern Munich[sunting | sunting sumber]
Pada 14 Julai 2013, Thiago menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Bayern Munich denga bayaran 25 juta euro. Thiago membuat debut untuk Bayern ketika perlawanan DFL-Supercup 2013 tewas kepada Borussia Dortmund, 4-2 pada 27 Julai. Beliau membuat debut di Bundesliga ketika menang itpis 1-0 ke atas Eintracht Frankfurt pada 11 Ogos 2013.
Pada 21 Disember 2013, beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan besar untuk Bayern pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2013 menentang Raja Casablanca dari Maghribi, Bayern menang 2-0. Pada 29 Januari 2014, beliau menjaringkan gol melalui sepakan gunting pada masa tambahan ketika menentang VfB Stuttgart dan diundi sebagai Gol Terbaik Bulanan. Empat hari kemudian, beliau merekodkan rekod baru Bundesliga apabila menyentuh bola sebanyak 185 kali pada perlawanan menentangEintracht Frankfurt. Pada 23 Februari, beliau menjaringkan dua gol semasa melakar kemenangan 4-0 ke atas Hannover 96. Gol itu merupakan gol terakhir Thiago pada musim ini. Beliau menamatkan musim dengna kecederaan lutut ketika menentang 1899 Hoffenheim enam hari kemudian walaupun Bayern menjuarai liga dan piala.
Selepas kira-kira setahun cedera, Thiago kembali pada 4 April 2015 menggantikan Philipp Lahm untuk bermain 21 minit terakhir ketika menang 1-0 ke atas Borussia Dortmund. Empat hari kemudian, beliau juga menggantikan Lahm pada perlawanan suku akhir DFB-Pokal menentang Bayer Leverkusen. Beliau menyudahkan tendangan penalti terakhir untuk membawa Bayern ke separuh akhir selepas terikat seri tanpa jaringan. Pada 15 April, beliau menjaringkan gol tunggal untuk Bayern pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang FC Porto, tewas 3-1. Enam hari kemudian, beliau menanduk masuk hantaran lintang oleh Juan Bernat untuk menjaringkan gol pembukaan ketika Bayern membelasah Porto 6-1 di halaman sendiri pada perlawanan timbang balik Liga Juara-Juara, Bayern layak ke separuh akhir selepas membenam Porto 7-4 pada agregat. Pada 26 April, Thiago meraikan kemenangan kedua Bundesliga bersama Bayern selepas VfL Wolfsburg tewas kepada Borussia Mönchengladbach.
Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Beliau membantu pasuka bawah-17 Sepanyol memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-17 UEFA 2008. Thiago juga melalui kempen yang gemilang semasa bertanding di Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21 UEFA 2011. Beliau menjaringkan gol kedua pada perlawanan akhir melalui sepakan percuma sejauh 40 meter menentang Switzerland. Beliau dianugerahkan pemain terbaik perlawanan pada perlawanan akhir tersebut.
Pada 18 Jun 2013, Thiago melakukan hatrik pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21 UEFA 2013 ketika Sepanyol membenam Itali, 4-2 untuk menjulang gelaran keempat mereka.
Beliau membuat debut untuk pasuakn senior Sepanyol pada perlawanan persahabatan menetnang Itali pada 10 Ogos 2011 manakala bertanding pada kejohanan pertamanya untuk Sepanyol pada 6 September 2011 iaitu pada perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Liechtenstein, Sepanyol menang 6-0. Disebabkan kecederaan, beliau terlepas aksi UEFA Euro 2012 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London.
Thiago termasuk dalam senarai 30 pemain Sepanyol yang akan beraksi ke Piala Dunia FIFA 2014. Walau bagaimanapun, dua hari kemudian, beliau dikeluarkan daripada skuad akibat mengalami kecederaan lutut semasa bermain untuk Bayern pada Mac.
Statistik[sunting | sunting sumber]
- Sehingga 5 Mac 2014.
Pasukan kebangsaan | Tahun | Kmncln | Gol |
---|---|---|---|
Sepanyol | 2011 | 3 | 0 |
2012 | 0 | 0 | |
2013 | 1 | 0 | |
2014 | 1 | 0 | |
Jumlah | 5 | 0 |
Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]
- Sehingga 28 April 2015.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain[3] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
![]() |
2007–08 | 5 | 0 | – | 5 | 0 | |||||
2008–09 | 25 | 0 | – | 25 | 0 | ||||||
2009–10[4] | 18 | 3 | – | 18 | 3 | ||||||
2010–11 | 11 | 0 | – | 11 | 0 | ||||||
Jumlah | 59 | 3 | – | 59 | 3 | ||||||
![]() |
2008–09 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 |
2009–10 | 1 | 1 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 1 | |
2010–11 | 12 | 2 | 3 | 1 | 1 | 0 | 1 | 0 | 17 | 3 | |
2011–12 | 27 | 2 | 8 | 2 | 7 | 0 | 3 | 0 | 45 | 4 | |
2012–13 | 27 | 2 | 7 | 1 | 2 | 0 | 0 | 0 | 36 | 3 | |
Jumlah | 68 | 7 | 19 | 4 | 10 | 0 | 4 | 0 | 101 | 11 | |
![]() |
2013–14 | 16 | 2 | 2 | 0 | 4 | 0 | 3 | 1 | 25 | 3 |
2014–15 | 5 | 0 | 2 | 0 | 2 | 2 | 0 | 0 | 9 | 2 | |
Jumlah | 21 | 2 | 4 | 0 | 6 | 2 | 3 | 1 | 34 | 5 | |
Jumlah kerjaya | 148 | 12 | 23 | 4 | 16 | 2 | 7 | 1 | 194 | 19 |
Kehidupan[sunting | sunting sumber]
Beliau merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak antarabangsa Brazil, Mazinho yang pernah beraksi untuk Brazil yang menjadi juara di Piala Dunia FIFA 1994. Ibu beliau, Valéria Alcântara merupakan bekas pemain bola tampar. Adik beliau, Rafinha kini beraksi untuk FC Barcelona. Rodrigo yang kini bermain untuk Valencia CF ialah sepupu beliau.
Penghargaan[sunting | sunting sumber]
Kelab[sunting | sunting sumber]
- Barcelona
- La Liga: 2008–09, 2009–10, 2010–11, 2012–13
- Copa del Rey: 2011–12
- Supercopa de España: 2010, 2011
- Liga Juara-Juara Eropah: 2010–11
- Piala Super UEFA: 2011
- Piala Dunia Kelab FIFA: 2011
- Bayern Munich
Antarabangsa[sunting | sunting sumber]
- Sepanyol
Individu[sunting | sunting sumber]
- Pemain Terbaik Kejohanan B-21 UEFA: 2013
- Kasut Perak Kejohanan B-21 UEFA: 2013
- Pilihan Pasukan Kejohanan Bola Sepak bawah-21 Eropah: 2013
- Gol Terbaik Bulanan di Jerman: Januari 2014
Catatan[sunting | sunting sumber]
- ^ "FIFA Club World Cup Morocco 2013: List of Players" (PDF). FIFA. 7 December 2013. m/s. 5. Dicapai 7 December 2013.
- ^ "Thiago Alcântara do Nascimiento". Fcbarcelona.com. Dicapai 12 July 2013.
- ^ Termasuk kejohanan Supercopa de España, Piala Super UEFA, Piala Kelab Dunia FIFA.
- ^ Termasuk perlawanan playoff Segunda División B (5 kaps, 1 gol)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Thiago Alcântara |
- Laman web rasmi
- FC Barcelona profile
- BDFutbol profile
- National team data
- (Inggeris) Profil Thiago Alcântara pada National-Football-Teams.com
- Thiago Alcântara – Rekod persaingan UEFA