Pergi ke kandungan

Kupu-kupu sayap burung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Si sayap burung
Wakil jantan (kiri) dan betina (kanan) bagi Trogonoptera (atas), Troides (tengah), dan Ornithoptera (bawah)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Keluarga: Papilionidae
Subkeluarga: Papilioninae
Tribus: Troidini
Genus

Kupu-kupu sayap burung,[a] turut disebut kupu-kupu bersayap burung,[2] ialah kupu-kupu dalam keluarga si ekor lelayang yang tergolong dalam genus Trogonoptera, Troides dan Ornithoptera. Kebanyakan pakar kini mengiktiraf 36 spesies, namun masih dipertikai dan beberapa pakar pula memasukkan genus tambahan. Si sayap burung dinamakan sempena ukuran luar biasa, sayap berbucu-bucu dan penerbangan bak burungnya. Ia dijumpai di seluruh Asia tropika, tanah besar dan kepulauan Asia Tenggara, dan Australasia.

Terkandung dalam si sayap burung ini ialah beberapa kupu-kupu terbesar di dunia: yang terbesar, sayap burung Ratu Alexandra; kedua terbesar, sayap burung Goliath; kupu-kupu terbesar yang endemik di Australia, sayap burung Cairns; dan kupu-kupu terbesar di India, sayap burung selatan. Satu lagi spesies terkenal ialah sayap burung Rajah Brooke, suatu spesies yang amat menarik dinamakan sempena Tuan James Brooke, Rajah Putih Sarawak pada abad ke-19.

Ia amat popular di kalangan pengutip kupu-kupu disebabkan saiznya dan warna si jantan yang terang, namun semua kupu-kupu ini sekarang disenaraikan oleh CITES,[3] dengan itu mengehadkan eksport antarabangsanya (dan dalam kes O. alexandrae diharamkan sama sekali).

Si sayap burung umumnya dijumpai dari Asia Tenggara hingga ke utara Australasia. Trogonoptera brookiana mendiami Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, Natuna, Sumatera dan beberapa pulau-pulau sekitar.[4][5] Trogonoptera trojana pula endemik di Palawan di Filipina. Spesies Troides bertaburan luas merentasi alam Indomalaya,[6] namun boleh dijumpai sejauh timur New Guinea bagi Troides oblongomaculatus. Beberapa spesies boleh ditemukan sejauh barat India dan merupakan si sayap burung yang bertaburan paling barat. Kesemua spesies Ornithoptera dijumpai di belahan utara alam Australasia, timur garis Weber; Maluku, New Guinea, Kepulauan Solomon dan barat laut Australia.[7] Pesisihnya ialah Ornithoptera richmondia yang boleh ditemukan di sejauh timur laut New South Wales, Australia di kawasan paling selatan julatnya; taburan paling selatan bagi semua si sayap burung.[perlu rujukan]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Genus dan spesies

[sunting | sunting sumber]

genus: Troides

subgenus: Ripponia
subgenus: Troides
kumpulan spesies: Troides aeacus
kumpulan spesies: Troides amphrysus
kumpulan spesies: Troides haliphron
kumpulan spesies: Troides helena

genus: Trogonoptera

genus: Ornithoptera

subgenus: Aetheoptera
subgenus: Ornithoptera
subgenus: Schoenbergia
subgenus: Straatmana

Kacukan semula jadi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Inggeris: birdwing butterfly; turut disebut sebagai kupu sayap burung[1]
  1. ^ "Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2808". Act No. 686  2008. m/s. 90-91. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2023-09-16. Dicapai pada 2023-09-16.
  2. ^ Razy Zapir; Dg. Fazrinah Ag. Damit; Arthur Y.C. Chung (2021). Kepelbagaian Serangga Hutan Hujan Tropika Sabah (PDF). Jabatan Perhutanan Sabah. ISBN 978-967-0180-23-6.
  3. ^ CITES (2011). Appendices I, II and III. Version 27 April 2011.
  4. ^ The World of Birdwing Butterflies. Trogonoptera brookiana. Dicapai 20 Mei 2012
  5. ^ ARKive Rajah Brooke’s birdwing. Dicapai 20 Mei 2012
  6. ^ Collins, N. Mark; Morris, Michael G. (1985). Threatened Swallowtail Butterflies of the World: The IUCN Red Data Book. Gland & Cambridge: IUCN. ISBN 978-2-88032-603-6 – melalui Biodiversity Heritage Library.
  7. ^ Ngypalnet

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]