Lanun Barbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pirates and privateers

PiratesPrivateers
BuccaneersCorsairs
Barbary piratesWokou

Jolly Roger
Golden Age of Piracy
Timeline of piracy
List of pirate films
Places:

Piracy in the Caribbean
Piracy in the Strait of Malacca
Port RoyalTortugaSaint-Malo
LibertatiaBarbary Coast

Famous Pirates and Privateers:

Sir Francis DrakeSir Henry Morgan
Bartholomew RobertsGrace O'Malley
BlackbeardRedbeard
Anne BonnyMary Read
Robert SurcoufRené Duguay-Trouin
Stede BonnetJean Bart
François l'OllonaisWilliam Kidd
Calico Jack RackhamHenry Every
Jean Lafitte
List of pirates*List of female pirates

Naval officers:

Robert MaynardCaptain Ogle
William Rhett

Duta orang Moor dari negara Berber mengadap Ratu Elizabeth I dari England.

Lanun Barbar dikenali juga sebagai lanun Ottoman. Lanun ialah aktiviti merompak dan menyamun kapal-kapal dagang di tengah laut dan perkampungan nelayan di pinggiran pantai dan pulau-pulau terpencil.

Lanun Barbar menjalankan aktiviti mereka di Afrika Utara, khususnya di Laut Mediterranean, Tunis, Tripoli, Algiers, Salé dan pelabuhan-pelabuhan di Maghribi. Afrika Utara dikenali juga sebagai Pantai Ottoman. Banyak-banyak kapal dagang dari Eropah yang hendak ke Asia telah dilanun. Kegiatan ini berterusan hingga abad ke-19 terutama semasa Perang Salib. Penduduk Afrika Utara secara umum dipanggil Berber.

Lanun-lanun ini menangkap hamba Kristian dari Eropah dan dijual di pasar-pasar hamba seperti di Algeria dan Maghribi. Menurut Robert Davis, antara 1 juta hingga 1.25 juta orang Eropah telah ditangkap oleh lanun antara abad ke-16 dan ke-17 dan dijual sebagai hamba. Mereka ditangkap di sepanjang kampung nelayan di Itali, Sepanyol dan Portugal, Perancis dan England, serta Belanda dan Ireland.

Kesan kegiatan lanun ini adalah kehilangan beribu-ribu kapal dagang. Tumpuan lanun ini ialah di kepulauan Balearic, rumah api dan gereja. Pulau Formentera hampir tidak berpenghuni kerana kegiatan lanun. Tahun 1551, Turgut Reis telah memperhambakan semua penduduk Malta Gozo. Antara 5000 hingga 6000 penduduknya dihantar ke Libya.

Lanun yang terkenal ialah Ottoman Barbarosa bersaudara. Singkatannya Hizir(Hayrreddin) dan abangnya Oruç. Mereka menguasai kawasan Algiers pada abad ke-16 selama 3 abad terutama semasa Empayar Ottoman kerana semakin banyak kapal dagang belayar di Laut Mediterranean.

Lanun-lanun lain yang terkenal ialah Turgut Reis (Dragut), Kemal Reis, Salih Reis dan Koca Murat Reis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lanun bernama Barbarossa Hayreddin Pasha.

Walaupun kegiatan lanun telah wujud sejak kejatuhan Empayar Rom, tetapi kegiatan ini semakin terang-terangan dan aktif semasa Dinasti Berber. Pusat utama lanun ialah di bandar Bougie kerana paling jahat dan ganas. Kuasa lanun ini semakin kuat pada abad ke-16 dan ke-17. Kegiatan ini semakin kurang pada abad ke-18 apabila Perancis menjajah Algiers pada 1830.

Peperangan Lepanto, 1571.

Punca utama kegiatan lanun meningkat kerana kerajaan Granada ditakluk oleh penganut agama Kristian Roman Katholik dari Sepanyol pada 1492. Ramai orang Islam Moor telah dibunuh dan dihalau dari bumi Andalusia atau Granada. Orang Islam Moor yang diburu dan dibuang ini kehilangan harta benda, rumah dan rezeki lalu bertindak membalas dendam.

Cornelis Hendricksz Vroom, Spanish Men-of-War Engaging Barbary Corsairs, 1615.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]