Lee Byung-kyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Byung-kyu
Samsung Lions – No. 79
Outfielder
Dilahirkan: (1974-10-25) 25 Oktober 1974 (umur 49)
Gimje, Wilayah Jeolla Utara, Korea Selatan
Pukulan: Kiri Balingan: Kiri
KBO debut
12 April, 1997, untuk LG Twins
Penampilan terakhir
8 Oktober, 2016, untuk LG Twins
Statistik KBO
(melalui 2016)
Purata pukulan.311
Hits2,043
Home run161
RBI972
Statistik NPB
Purata pukulan.254
Home run28
Run batted in119
Pasukan
Pemain

Jurulatih

Kerjaya cemerlang dan anugerah
Lee Byung-kyu
Hangul이병규
Hanja李炳圭
Perumian SemakanI Byeonggyu
McCune–ReischauerRi Pyŏnggyu

Lee Byung-kyu (Hangul: 이병규; Hanja: 李炳圭; lahir 25 Oktober 1974) ialah bekas pemain besbol profesional Korea Selatan yang beraksi selama 17 musim untuk pasukan Liga KBO, LG Twins dan sempat berkelana ke Jepun untuk beraksi bersama pasukan Chunichi Dragons di saingan Nippon Professional Baseball. Beliau juga mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1996 dan 2000. Lee beraksi sebagai outfielder.

Lee merupakan sebahagian daripada pasukan Korea yang menamatkan cabaran Sukan Olimpik 1996 di tempat kelapan. Pada edisi berikutnya, beliau membantu pasukan Korea untuk meraih pingat gangsa.

Lee beraksi untuk pasukan LG Twins dari tahun 1997 hingga 2006 dan tempoh kedua beliau bersama pasukan itu dari tahun 2010 sehingga tahun 2016. Nombor jersi 9 beliau telah menjadi nombor persaraan pada 9 Julai 2017 dalam satu majlis yang berlangsung sebelum dan selepas perlawanan menentang Hanwha Eagles.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats