Lingkaran Tengah Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Persekutuan 34
Lebuhraya Kuala Krai–Kuala Pilah, Jalan Utama Tengah, Central Spine Road
Central Spine Road - Pahang–Kelantan (2).jpg
Maklumat laluan
Panjang325.0 km (201.9 mi)
Wujud2012–kini
SejarahDijadualkan siap 2026
Simpang utama
Hujung utaraKuala Krai, Kelantan
Persimpangan utama Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai
Laluan Persekutuan Malaysia 8
Lebuhraya Simpang Pulai–Kuala Berang
E8 Tabliczka AH141.svg AH141 Lebuhraya Karak
Laluan Persekutuan 2
Laluan Persekutuan 9
Hujung selatanSimpang Pelangai, Pahang / Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lokasi
Destinasi
utama
Gua Musang
Sungai Yu
Chegar Perah
Kampung Relong
Kuala Lipis
Raub / Sungai Ruan
Bentong
Karak
Mempaga
Kuala Pilah
Bahau
Seremban
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU; Inggeris: Central Spine Road; CSR) atau Lebuh Raya Kuala Krai–Karak, Laluan Persekutuan 34 serta Jalan Utama Tengah adalah lebuh raya bebas tol baharu yang sedang dalam pembinaan di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Lebuh raya 325 km ini dibina untuk menggantikan bekas dua lorong Laluan Persekutuan Malaysia 8 (Lebuh Raya Gua Musang) dan Laluan Persekutuan Malayaia 9 (Lebuh Raya Karak–Tampin). Pembinaan CSR bermula pada Pakej 3 iaitu dari Merapoh ke Kampung Relong. Ia bermula pada Pakej 3 apabila Lebuh Raya Gua Musang melalui Chegar Perah yang terdedah kepada bangkai jalan. Lebuh raya ini mempunyai jejambat eko yang panjang dibina di bahagian ini. Pakej 5, dari utara Raub ke Karak, akan dibina seterusnya, yang akan menghubungkannya ke E8 (Lebuhraya Karak), memintas Bentong dan Mempaga. Ini akan membantu lalu lintas melencong dari gred pergunungan yang curam antara Raub dan Bentong. Ia dahulunya dikenali sebagai E-- Lebuhraya Central Spine. Lebuhraya Tengah Utama akan disambung dari Simpang Pelangai sehingga Johor Bahru melalui Negeri Sembilan pada masa akan datang setelah Pakej Fasa 6 (Bentong - Simpang Pelangai) dibina nanti.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Pada 15 Disember 2016, seksyen 3H (Kg. Kechor ke Kg. Seberang Jelai) dibuka kepada lalu lintas
  • Fasa 1 ialah laluan 51 km from Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit di Kelantan.
  • Fasa 2 menjangkau 63 km dari Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang di Kelantan
  • Fasa 3 meliputi 107 km dari Gua Musang ke Kampung Relong di Pahang.
  • Fasa 4 terdiri daripada 56 km dari Kampung Relong ke Raub di Pahang
  • Fasa 5, 54 km dari Raub ke Bentong
  • Fasa 6, ialah 47 km dan menghubungkan Bentong dan Simpang Pelangai.
  • Fasa akan datang,bakal disambung bersama Lebuhraya Seremban - Jempol/Temerloh apabila mula dibina pada masa akan datang

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

  • Empat lorong, dua di setiap hala[1]
  • Jejambat eko yang panjang untuk melintas haiwan liar
  • Beberapa bahagian berturap konkrit, menjadikan CSR sebagai satu-satunya jalan yang baru siap diturap menggunakan konkrit

Dalam kebanyakan bahagian, Laluan Persekutuan asal dibina di bawah piawaian jalan JKR R5, membenarkan had laju maksimum sehingga 90 km/j.

Dari Kampung Sungai Yu ke Chegar Perah, dan dari Chegar Perah ke Bukit Tujuh, ia menindih Lebuh Raya Merapoh (Laluan Persekutuan 8); Laluan Persekutuan 8 kekal sebagai laluan alternatif.

Tiada bahagian dengan lorong motosikal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]