Lumut, Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi sub-pembahagian kampung, lihat Kampung Lumut.
Bagi kawasan perumahan awam, lihat Perumahan Negara Lumut.
Lumut

Kampung Lumut
Lumut, Brunei is located in Bumi
Lumut, Brunei
Lumut, Brunei (Bumi)
Koordinat: 4°39′20″N 114°26′01″E / 4.655653°N 114.433565°E / 4.655653; 114.433565Koordinat: 4°39′20″N 114°26′01″E / 4.655653°N 114.433565°E / 4.655653; 114.433565
NegaraBrunei
DaerahBelait
MukimLiang
Sub-kawasan

Lumut, juga dikenali sebagai Kampung Lumut, ialah sebuah petempatan dalam Mukim Liang, Daerah Belait, Brunei. Ianya merangkumi Kampung Lumut asal serta beberapa petempatan di sekitarnya. Lumut ialah tempat terletaknya Loji Gas Asli Cecair Brunei (Bahasa Inggeris: Brunei Liquefied Natural Gas atau ringkasnya BLNG),[1] satu-satunya loji gas asli cecair di Brunei.[petikan diperlukan]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lumut terletak dalam Daerah Belait, salah satu daerah di Brunei. Lumut merupakan salah satu petempatan utama di kawasan pesisir pantai dengan Laut Cina Selatan; ianya terletak di antara Sungai Liang di sebelah timur dan Seria di sebelah barat.

Lumut merupakan nama umum bagi sebuah kelompok petempatan yang merangkumi Kampung Lumut serta beberapa petempatan di sekitarnya, iaitu:

Petempatan-petempatan tersebut dijadikan sebagai kawasan kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah; mereka adalah kampung-kampung di bawah Mukim Liang.[2][3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Penduduk Lumut ditadbir sebagai tiga komuniti kampung iaitu Kampung Lumut I, Kampung Lumut II dan Perumahan Negara Lumut, yang mana setiapnya diketuai oleh seorang ketua kampung.[4] Ketua Kampung Lumut I bertanggungjawab terhadap penduduk yang tinggal di Kampung Agis-Agis, Kampung Lumut, Kampung Lumut Tersusun, Kampung Sungai Bakong, Kampung Sungai Kang, Kampung Sungai Kuru dan Kampung Sungai Lalit, sementara penduduk Kampung Sungai Tali dan Kampung Sungai Taring adalah di bawah tanggungjawab Ketua Kampung Lumut II.[petikan diperlukan] Ketua-ketua kampung tersebut adalah di bawah tanggungjawab penghulu bagi Mukim Liang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lumut ialah tempat terletaknya Sekolah Sains dan Kejuruteraan bagi Politeknik Brunei,[5] sebuah institusi pendidikan kerajaan yang menawarkan kursus teknikal dan vokasional peringkat pasca-menengah.

Terdapat juga sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah. Sekolah ini merupakan sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan menengah aliran biasa dan kelulusan akademik Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (Bahasa Inggeris: General Certificate of Education Ordinary Level, biasanya dikenali sebagai O Level).

Lumut juga mempunyai dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Lumut dan Sekolah Rendah Sungai Tali,[6] serta tiga buah sekolah agama iaitu Sekolah Ugama Lumut, Sekolah Ugama Sungai Tali dan Sekolah Ugama Sungai Taring.[7]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Masjid Zainab merupakan masjid bagi kemudahan penduduk Lumut yang beragama Islam bagi melaksanakan sembahyang Jumaat dan aktiviti keagamaan komuniti yang lain.

Rekreasi[sunting | sunting sumber]

Pantai Lumut ialah sebuah pantai yang membarisi kawasan pesisir di Lumut. Sebahagian kawasan pantai tersebut telah dijadikan sebuah taman rekreasi bagi memberi kemudahan orang awam mengadakan aktiviti riadah.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 33. Dicapai 11 Jun 2018. 
  2. ^ "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 31–32. Dicapai 11 Jun 2018. 
  3. ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 11 Jun 2018. 
  4. ^ Kepli, Hajah Saemah (3 Mac 2018). "Penduduk kampung dipelawa isi kekosongan jawatan". Media Permata Online. Dicapai 11 Jun 2018. 
  5. ^ Hussin, Marlinawaty (11 Julai 2017). "Politeknik Brunei tawarkan 21 kursus diploma sesi 2017 / 2018". Pelita Brunei. Dicapai 11 Jun 2018. 
  6. ^ "Government Education Institutions". www.moe.gov.bn. Dicapai 11 Jun 2018. 
  7. ^ "Senarai Sekolah Ugama". www.kheu.gov.bn. Dicapai 11 Jun 2018. 
  8. ^ "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 35. Dicapai 11 Jun 2018.