Kampung Sungai Bakong, Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kampung Sungai Bakong
Kampung Sungai Bakong, Brunei yang terletak di Brunei
Kampung Sungai Bakong, Brunei
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°39′37″N 114°27′05″E / 4.660346°N 114.451517°E / 4.660346; 114.451517Koordinat: 4°39′37″N 114°27′05″E / 4.660346°N 114.451517°E / 4.660346; 114.451517
NegaraBrunei
DaerahBelait
MukimLiang
Poskod
KC4535

Kampung Sungai Bakong ialah sebuah kawasan di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[petikan diperlukan] Poskod bagi Kampung Sungai Bakong ialah KC4535.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kampung Sungai Bakong terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[petikan diperlukan] Ia berjiran dengan petempatan Kampung Lumut di bahagian utara, Kampung Sungai Kuru di bahagian timur, Kampung Lumut Tersusun di bahagian tenggara, Perumahan Negara Lumut di bahagian selatan dan Kampung Sungai Taring di bahagian barat.[3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Kampung Sungai Bakong secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Sungai Bakong adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[petikan diperlukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 31–32. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  2. ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Jun 2018.
  3. ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn. Dicapai pada 10 Jun 2018.