M'Steen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M'Steen
Juga dikenali sebagai
Malaysia's Teenagers
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1992–1994
Syarikat rakaman
Denoris Records
Bekas ahli
  • Intan Azura Sulaiman (Intan)
  • Syirin Syafiza Said (Jaja)
  • Noradilla Ali (Dilla)
  • Mazlina Mohd Nayan (Myra; meninggal dunia)
  • Shankey Jennifer Tee (Shankey)

M'Steen (atau Malaysia's Teenagers) merupakan kumpulan rap gadis yang pernah aktif di Malaysia pada awal dekad 90an. Anggotanya terdiri daripada Intan Azura Sulaiman (Intan), Syirin Syafiza Said (Jaja), Noradilla Ali (Dilla), Mazlina Mohd Nayan (Myra) dan Shankey Jennifer Tee (Shankey).[1][2] Kumpulan ini meraih kejayaan tempoh singkat dalam industri muzik antara 1992 dan 1994, di mana sepanjang tempoh itu, mereka telah mengeluarkan beberapa single serta sebuah album. M'Steen mula menerima pengiktirafan meluas menerusi lagu "Kembalilah Kasih".[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

M'Steen ditubuhkan pada 1992 oleh Jaja semasa menyaksikan kumpulan 4U2C membuat persembahan di The Mall, Kuala Lumpur. M'steen bermaksud Malaysia's Teenagers dan nama itu diberikan oleh Jaja sebelum ahli-ahli kumpulan dipilih.[4]

Empat ahli kumpulan, Shankey, Jaja, Myra dan Intan menyertai pertandingan Street Rap yang diadakan di Pasar Budaya, Kuala Lumpur pada awal 1993. Biarpun tidak memenangi pertandingan itu, bakat mereka telah menarik minat syarikat rakaman Denoris Records yang menawarkan kepada mereka untuk menjadi artis rakaman.

Bagi melengkapkan kumpulan ini, Noradilla Ali (Dilla) menyertai kumpulan itu, melengkapkan barisan ahli kumpulan M'Steen ialah seramai lima orang. Sebelum menyertai M'steen, Dilla merupakan peserta pertandingan akhir Asia Bagus 1992. Kesemua ahli kumpulan M'steen ketika itu berusia 16 tahun.

Album pertama (dan terakhir) M'Steen menjengah pasaran pada 29 November 1993, seminggu selepas pelancaran album pertama Res 2.[5] Album yang mengambil nama kumpulan itu sebagai judul album, menampilkan gabungan muzik genre rap, R&B dan pop. Sebagai kelainan, album itu turut menampilkan beberapa lagu duet bersama penyanyi lelaki, iaitu lagu "Simfoni Kasih" (nyanyian Dilla bersama Johan Nawawi), dan lagu "Don't Let Your Life Just Fade Away" (nyanyian Jaja dan Razzi Rahman). "Simfoni Kasih" menjadi popular dan turut dijadikan lagu tema filem Femina arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada Mac 1994.

Pada awal tahun yang sama, kumpulan ini telah diberi peluang untuk menjadi pelakon undangan dalam siri TV popular Cili Padi arahan Aziz. Pada April 1994, mereka berlima mula mengurangkan aktiviti sebagai penyanyi untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun itu.[6] Nama kumpulan M'Steen mula tenggelam selepas itu berbanding artis seangkatan dengan mereka seperti Feminin, Res2 dan Freshies.

Bagaimanapun, mereka bersatu semula untuk menjayakan persembahan di konsert Malam Seribu Bintang anjuran syarikat pembuat anak patung Barbie, Mattel di Stadium Negara pada 27 Ogos 1994. Turut terlibat ialah Rahim Maarof, Rima Rashidi, Wohnen dan KRU.[7]

Aktiviti pasca-M'Steen[sunting | sunting sumber]

Jaja kini menetap di United Kingdom dan telah berkahwin dengan Lee Gaze, bekas gitaris kumpulan rock antarabangsa, Lostprophets. Mereka dikurniakan dua cahaya mata. Jaja kini menjadi sukarelawan untuk badan kebajikan kanak-kanak yang bernasib malang.[8][9]

Dilla Ali sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak dan juga mempunyai studio alih suaranya sendiri. Beliau juga pernah mengeluarkan album bersama Nassier Wahab dan Raja Ema.[10][11][8]

Intan Azura kemudian mencipta nama sebagai pelakon dan telah dicalonkan untuk beberapa anugerah pelakon terbaik.[12][8]

Shankey tidak lagi aktif di dalam bidang seni, kini menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.[8]

Manakala Myra telah meninggal dunia di satu kemalangan jalanraya membabitkan motosikal pada Disember 1996.[13][8][14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
M'Steen
  • Dikeluarkan: 29 November 1993
  • Label: Denoris Records
  • Format: CD, kaset

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Kembalilah Kasih" 1993
"Buaya Kotaraya"
"Cinta Ibunda"
"Simfoni Kasih" 1994
"Ngeri-Ngeri"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azman Samsudin (24 Mac 1993). "M'Steen lebih gemar memasak sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Azman Samsudin (13 Jun 1993). "M'Steen mahu cari pengalaman". Berita Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ "Makin banyak artis berkumpulan muncul". Berita Harian. 25 Januari 1994. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  4. ^ "Gelagat riang M'steen". Utusan Malaysia. 1 Februari 1993.
  5. ^ "Walau minat muzik, pelajaran tetap nombor 1". Berita Harian Singapura. 23 September 1993. m/s. 5. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
  6. ^ Nor Anisah Hassan (16 Jun 1994). "M's Teen berkorban demi pelajaran". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 24 Oktober 2014.
  7. ^ "Malam Seribu Bintang". Berita Harian. 13 Ogos 1994. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  8. ^ a b c d e "Reunion Bekas Anggota Kumpulan Gadis 90′an, M'steen". Berita Or News. 12 Oktober 2011. Dicapai pada 15 Oktober 2018.
  9. ^ Hamizatul Maizan Mohamed (24 Julai 2020). "Dulu penyanyi, kini Jaja M'Steen aktif sebagai sukarelawan dan aktiviti kemanusiaan". Nona. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  10. ^ "Dilla Ali dah kahwin". Utusan Malaysia. 4 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2018. Dicapai pada 15 Oktober 2011.
  11. ^ Azman Ahmad (2 April 2005). "Adilla makes comeback". The Malay Mail. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  12. ^ "Intan Azura -- Popular di kalangan penerbit". Utusan Melayu. 11 Ogos 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-24. Dicapai pada 2019-01-24.
  13. ^ Hardi Effendi Yaacob (31 Ogos 2008). "Anggota M'Steen terbunuh nahas". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2009. Dicapai pada 15 Oktober 2011.
  14. ^ Nazrullah Rosli (16 Disember 1996). "Anggota kumpulan M'Steen maut kemalangan". Utusan Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]