M. Rafiee
Jump to navigation
Jump to search
M. Rafiee | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohammad Rafiee Haji Khair 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 16 September 2010 (umur 86) Hospital Besar Changi (CGH), Changi, Singapura |
Sebab kematian | sakit tua |
Dikebumikan | Tanah perkuburan islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang |
Nama lain | M. Rafiee |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1958-1966 |
Terkenal kerana | ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga. |
M. Rafiee Haji Khair, (1924 – 16 September 2010) merupakan salah seorang pelakon filem melayu klasik pada era tahun 1950-an dan 1960-an.
Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga dan Seniman Bujang Lapok bersama Allahyarham P. Ramlee. M.Rafee juga diingati dengan ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.[1] Begitu juga adegan dia membaiki motosikal, yang motosikalnya selepas itu terbang ke atas atap rumah, akibat disabotaj Sudin yang berpura-pura mengubahsuai motosikalnya.
Kematian[sunting | sunting sumber]
Beliau meninggal dunia 7.51 malam pada 16 September selepas lebih seminggu dirawat kerana sakit tua di Hospital Besar Changi (CGH).
Filem[sunting | sunting sumber]
- Filem Sumpah Orang Minyak - (1958) Pelakon Pembantu
- Filem Sarjan Hassan - (1958) Pelakon Tambahan sebagai Kawan Aziz
- Filem Musang Berjanggut - (1959) Pelakon Tambahan Pengkhianat Pura Cendana
- Filem Nujum Pak Belalang - (1959) Pelakon Tambahan sebagai Kadok
- Filem Antara Dua Darjat - (1960) Pelakon Tambahan sebagai Pemandu Ungku Zaleha
- Filem Sri Tanjung - (1961) Pelakon Pembantu
- Filem Ali Baba Bujang Lapok - (1961) Pelakon Tambahan sebagai 40 penyamun Ben Kahar
- Filem Seniman Bujang Lapok - (1961) Pelakon Tambahan sebagai Jiran Ramlee, Aziz dan Sudin
- Filem Norlela - (1962) Pelakon Pembantu sebagai
- Filem Madu Tiga - (1964) Pelakon Pembantu sebagai Rafi
- Filem Dayang Senandong-(1965) sebagai panglima istana
- Filem Gerak Kilat - (1966) Pelakon Tambahan