Pancha Delima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pancha Delima
PengarahP. Ramlee
PenerbitRun Run Shaw
(Malay Film Productions Ltd)
PenulisLakon Layar : P. Ramlee
Dibintangi olehJins Shamsuddin, Hashimah Yon, Udo Omar, Haji Mahadi, Aini Hayati
Muzik olehOsman Ahmad
Yusuf B
SinematografiIbrahim Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Hayat Harris
PengedarShaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
7 Julai 1957
Tempoh tayangan
110 minit
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaBahasa Melayu

Filem Pancha Delima merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 7 Julai 1957. Filem Pancha Delima diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Pancha Delima diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 7 Julai 1957. Filem ini merupakan filem ketiga arahannya.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Di pinggir desa tinggal seorang pemotong kayu bernama Karma (Udo Omar) bersama tiga orang anak perempuan yang bernama Anggerik (R. Sumiani), Tanjung (R. Tuminah) dan Teratai (Hashimah Yon). Anak bongsunya, Teratai, memiliki seutas kalong hikmat pancha delima. Pemberian dari ibunya Puspa Angrani (Zainon Fiji). Penderitaan Teratai telah diperhatikan oleh seekor ular iaitu Suria Kencana. Pada suatu hari, Karma telah mengalami kemalangan di dalam hutan, Teratai berasa risau lalu mencari ayahnya kerana sehingga lewat malam masih tidak pulang ke rumah. Di malam itulah, Teratai dipertemukan dengan Suria Kencana yang ketika itu menjadi manusia. Suria membantu Karma sehingga sembuh. Mereka berdua dilamun cinta, tetapi hubungannya tidak disukai Karma. Suria Kencana kecewa kerana hubungan dengan Teratai sudah berakhir. Harapan untuk melumpuhkan sumpahan semakin tipis kerana Pancha Delima telah tiada. Keesokkan harinya, ketika Karma berehat melepaskan lelah, tiba-tiba dia didatangi suara (ular) di dalam hutan untuk membunuhnya kerana tidak mengenang jasa. Karma ketakutan. Akhirnya ular tersebut membuat perjanjian dengan Karma di mana dia perlu menyerahkan salah seorang anaknya sebagai ganti bagi nyawanya. Karma pulang ke rumah, lalu menceritakan apa yang berlaku di dalam hutan tadi, Anggerik dan Tanjung tidak mahu berkorban, akhirnya Teratai bersetuju untuk menjadi korban untuk diserahkan kepada ular tersebut sehingga malam menjelang tiba. Karma menunaikan janjinya dan tinggalkan Teratai bersama ular tersebut di dalam hutan. Ular tersebut menghadiahkan sepohon pokok sakti (M. Babjan) di atas bukit, di mana daun-daunnya boleh bertukar menjadi kepingan emas. Dengan bersyarat, satu helai daun untuk setiap hari dan tidak boleh melanggar syarat. Karma menuruti arahan tersebut.

Matahari terbenam di barat. Ular tersebut menjadi manusia. Alangkah gembiranya Teratai kerana bertemu dengan Suria Kencana. Suria Kencana membawa Teratai masuk ke dalam gua tempat persembunyiannya. Suria Kencana hidup dalam sumpahan dengan bertukar menjadi ular pada siang hari, dan kembali menjadi manusia pada malam hari bersama 4 orang sahabatnya iaitu Panglima Beringin Tunggal (Shariff Dol), Putih Gading (Kemat Hassan), Kerikil Tajam (Ali Fiji) dan Buloh Runcing (M. Rafiee). Suria Kencana menyuruh Teratai menggunakan kalong Pancha Delimanya ke dalam Citra dan Daga untuk menerangkan cerita sebenarnya mengapa dia dan rakan-rakannya mengalami nasib sedemikian rupa. Suria Kencana (Jins Shamsuddin) ialah seorang putera raja yang telah disumpah oleh ibu tirinya Permaisuri Cemara Jingga (Aini Hayati) yang tamakkan kuasa. Suria Kencana adalah putera kepada Raja Kukila Kencana (Haji Mahadi). Mereka disumpah menggunakan Batu Telaga Sabdah. Selain itu, 2 orang memanda menteri telah disumpah menjadi lembu jadian. Disebabkan mereka adalah haiwan berbisa maka dibuangnya mereka ke jauh dalam belukar.

Mereka berlima tinggal di dalam sebuah gua. Tiba-tiba pada suatu malam mereka telah didatangi seorang pendita tua. Si pendita tua memberitahu sumpahan mereka akan tamat hanya dengan adanya kalong hikmat Pancha Delima yang dapat melawan sumpahan tersebut. Pancha Delima amat merbahaya jika mereka menyentuh kalong tersebut, mereka akan menjadi ular selama-lamanya. Si Pendita tua mengajar satu persatu. Carilah gadis bernama Teratai segala cita-citamu akan tercapai untuk tamatkan sumpahan tersebut. Teratai mempunyai kekuatan dimana mampu melemahkan anggota Permaisuri Cemara Jingga. Bawalah Teratai gadis jelita ke dalam istana dan campakkan Pancha Delima kedalam Batu Telaga Sabdah. Tiada seorang boleh berbuat demikian hanya Teratai Gadis Pancha Delima.

Kehidupan Karma menjadi lebih senang dan kaya. Disitulah Anggerik dan Tanjung mulai merasa hairan semenjak Teratai mati harta ayahnya berpeti-peti dan tidak habis 7 keturunan. Karma menjadi seorang yang sangat sibuk dan sering berulang alik dari desa ke kota. Tanjung telah bertekad untuk mengintip tindak tanduk ayahnya. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ayahnya memetik sehelai daun pada pokok sakti. Tanjung pula memetik pucuknya, ini membuatkan pokok sakti menjadi murka lalu membunuh Tanjung serta merta. Tiada lagi pokok sakti diatas bukit. Karma dan Anggerik kesedihan. Teratai telah pulang ke rumah, dan ayahnya telah menceritakan perkara selanjutnya. Teratai, Suria Kencana dan rakan-rakannya pergi ke rumah Karma. Teratai memperkenalkan bakal suaminya kepada ayah dan kakaknya. Teratai menceritakan kekuatan Pancha Delima kepada Anggerik. Anggerik sudah berniat untuk menganiaya adiknya sekali lagi. Anggerik terlalu cemburu pada adiknya kerana akan berkahwin dengan Suria Kencana. Anggerik telah mencuri kalong Pancha Delima dan berjumpa dengan Permaisuri Cemara Jingga untuk bersekongkol bersama. Anggerik dilantik sebagai permaisuri dayangan istana. Pancha Delima berada pada leher Anggerik ketika ini.

Suria Kencana dan rakan-rakannya bersama Teratai dan Karma pergi menyelinap masuk ke dalam Istana Cemara Jingga. Di setiap malam, gerbang istana dibuka, panglima berkuda berganti-ganti menjalankan tugas mengawal negeri diluar kota. Suria dan rakan-rakannya berjaya mengalihkan perhatian tentera Cemara Jingga lalu dibunuhnya satu persatu. Mereka masuk ke dalam penjara untuk menyelamatkan tawanan di dalamnya. Di situlah Raja Kukila Cendana dipenjarakan.

Anggerik telah ditangkap oleh Suria Kencana dan Teratai. Akhirnya Teratai, Suria Kencana dan rakan-rakannya berjaya melumpuhkan sumpahan Permaisuri Cemara Jingga dan kuncu-kuncunya. Teratai berjaya mencampakkan Pancha Delima ke dalam Batu Telaga Sabdah. Permaisuri Cemara Jingga mati diatas takhtanya dan jasadnya ghaib maka gegak gumpitalah keadaan didalam istana. Ketika itu, Perdana Menteri Cemara Jingga (Omar Suwita) sempat mecampakkan tombak untuk membunuh Teratai. Tetapi lontarannya mengenai Anggerik. Anggerik terkorban. Suria Kencana pula membunuh Perdana Menteri. Segala sumpahannya tamat dan keadaan kembali seperti biasa. Teratai dan Suria Kencana berkahwin dan hidup bahagia bersama.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Dari Masa Ke Masa nyanyian asal P. Ramlee
  • Kasihnya Ibu nyanyian asal Saloma
  • Suria Kencana nyanyian asal P. Ramlee & Saloma

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.