Abu Hassan Penchuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abu Hassan Penchuri
Abu Hassan Pencuri.jpg
Pengarah B.N. Rao
Penerbit Run Run Shaw
(Malay Film Productions Ltd)
Penulis Lakon layar:B. N. Rao
Dibintangi oleh P. Ramlee, Mariam Baharum, Ahmad C, Daeng Idris, Nordin Ahmad
Muzik oleh Osman Ahmad
Sinematografi A. Bakar Ali
Pengedar Shaw Brothers
Mula ditayangkan
[!2 Mei]] 1955
Tempoh tayangan
110 minit
Negara Malaya
(Singapura & Malaysia)
Bahasa Bahasa Melayu

Abu Hassan Penchuri merupakan sebuah filem fiksyen dan romantik Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 2 Mei 1955. Filem Abu Hassan Penchuri diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Abu Hassan Penchuri diarah oleh pengarah B. N. Rao dan ditayang kepada umum pada 2 Mei 1955.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Puteri Faridah (Mariam Baharum), anakanda Khalifah Baghdad (Daeng Idris). Suatu hari, Faridah telah dipertemukan dengan seorang pencuri yang terkenal iaitu Abu Hassan (P. Ramlee) dan rakannya, Kassim (Ahmad C). Faridah dan Abu Hassan kerap berjumpa bersama di kawasan larangan Istana Baghdad. Abu Hassan mempunyai sebatang tongkat dan seutas tali hikmat yang berjaya dicurinya dari seorang ahli sihir tua. Dengan kemudahan tersebut, ini amat memudahkan dia memanjat tembok istana untuk berjumpa dengan tuan puteri hampir setiap hari. Menjelang hari ulang tahun keputeraan Khalifah, ayahandanya ingin mengahwinkan puterinya dengan anak-anak raja atau sultan di seluruh tanah arab. Dalam kalangan putera-putera tersebut hanya seorang sahaja yang diperkenan oleh Khalifah Baghdad untuk dijadikan bakal menantunya iaitu Putera Raja Tartar. Tukang sihir atau dikenali sebagai Putera Raja Tartar (Nordin Ahmad) telah menghadiahkan seekor kuda ajaib kepada Khalifah tersebut. Dalam masa yang sama, Abu Hassan pula telah menyelinap masuk ke kawasan larangan untuk mencari tuan puteri. Nasibnya agak malang, Abu Hassan telah ditangkap dan dihadapkan kepada Khalifah. Akhirnya Abu Hassan dijatuhi hukuman buang daerah dan dibiarkan hidup bersendirian di tengah padang pasir.

Abu Hassan yang keletihan dan kehausan telah ternampak akan sebuah botol yang disangkakan ada air didalamnya untuk diminum. Sangkaannya meleset, kerana botol tersebut mengandungi seekor jin ifrit yang dipenjarakan sejak sekian lama. Dengan kebijaksanaan Abu Hassan, dia berjaya memperdayakan jin ifrit tersebut dan menjadikan sebagai hamba suruhan buat dirinya. Dengan bantuan dari jin ifrit, Abu Hassan telah dihantar pulang ke kota Baghdad. Sesampainya disana, Abu Hassan sempat memberitahu Kassim yang kebingungan tentang peristiwa yang dialaminya sebentar tadi.

Di hari pertunangan, Puteri Faridah melarikan diri dari istana tetapi Putera Tartar telah menangkap beliau dan melarikannya ke negara Tartar dengan bantuan kuda ajaibnya. Faridah yang ingkar arahan Putera Tartar telah dipenjarakan sehingga dia kebuluran. Dalam masa yang sama, Hulubalang istana (M. Rafiee) ternampak akan orang yang melarikan Puteri Faridah sebelum memberitahu kepada Khalifah. Khalifah yang terkejut terus menitahkan kepada seluruh rakyat Baghdad yang berjaya menyelamatkan puterinya akan dikahwinkan tanpa mengira kedudukan, pangkat dan kasta. Titah diraja ini telah didengari oleh Kassim, dia lantas memberitahu Abu Hassan agar segera mencari Puteri Faridah dengan segera agar cita-citanya untuk berkahwin dengan puteri tersebut menjadi kenyataan.

Abu Hassan dan Kassim telah pergi ke dalam gua untuk bertemu dengan seorang nenek kebayan. Nenek kebayan sudi membantu Abu Hassan dan Kassim untuk menyelamatkan Faridah yang berada dalam penderitaan. Nenek kebayan telah menukarkan wajah Abu Hassan dan Kassim kepada seorang yang tua. Mereka juga diberikan buah, sehelai permaidani dan juga sebilah pedang hikmat. Abu Hassan berjaya membawa keluar Faridah dari Istana Tartar. Namun begitu, Putera Tartar mengekori mereka dari belakang. Setibanya di Istana Baghdad, Abu Hassan telah bergelut dengan Putera Tartar sebelum membunuhnya. Faridah dikembalikan dengan keadaan selamat. Khalifah begitu terharu dan terhutang budi dengan bantuan Abu Hassan dan Kassim. Khalifah mengucapkan terima kasih dan merestui Abu Hassan untuk dijadikan sebagai menantunya. Kassim juga diizinkan untuk tinggal bersama di dalam istana. Beberapa hari kemudian, Abu Hassan dan Faridah dikahwinkan bersama.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.