Bujang Lapok
Bujang Lapok | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | P. Ramlee |
Penerbit | Run Run Shaw |
Penulis | B. H. Chua(cerita) P. Ramlee(lakon layar) |
Dibintangi oleh | P. Ramlee S. Shamsuddin Aziz Sattar |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Syarikat penerbitan | |
Pengedar | Shaw Brothers |
Mula ditayangkan | 30 November 1957 |
Tempoh tayangan | 95 Minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Melayu |
Rujukan Filemkita |
Filem Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957. Filem Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 30 November 1957.Filem ini adalah filem pertama bercorak komedi yang diarahkan oleh Allahyarham P.Ramlee dan ternyata percubaannya berjaya menambat hati para penonton ketika itu
Ringkasan Cerita[sunting | sunting sumber]
Ramli, Aziz dan Sudin tinggal di rumah sewa kepunyaan Normah. Sudin dan Zaiton ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah untuk menutup rahsia perhubungan Sudin dan Zaiton. Aziz pula membantu Sapiah yang menderita di tangan bapa angkatnya yang kejam. Selepas beberapa lama, ketiga-tiga sahabat ini berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing - Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- P. Ramlee sebagai Ramlee
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Normadiah sebagai Cik Normah
- Dayang Sofia sebagai Sapiah
- Zaiton sebagai Zaiton (Jaiton)
- Kemat Hassan sebagai rakan sekerja Sudin
- M. Rafiee sebagai Pelanggan Restoran
- Norsiah Yem sebagai Pelanggan Restoran
- Prani Pramat sebagai Pelanggan Restoran (matair pertama Ramlee)
- Rokiah sebagai Pelanggan Restoran
- Habibah Haron sebagai adik Rokiah
- Nyong Ismail sebagai Jiran
- Minah Yem sebagai Jiran
- Siti Tanjung Perak sebagai emak Zaiton
- Sa'amah sebagai emak Sudin
- Rahayu Madji sebagai Ayu 20 sen (adik kepada zaiton)
- M. Babjan sebagai bapa angkat kepada Sapiah
- Shariff Dol sebagai Pemiutang kepada bapa angkat Sapiah
- Malek Sutan Muda sebagai Pengurus Sudin
Lagu dan irama[sunting | sunting sumber]
- Resam Dunia (P. Ramlee & Normadiah)
- Nak Dara Rindu (P. Ramlee)
- Manusia (Jasni & Nen Junainah)
- Kampung Nelayan (Nona Asiah)
- Seloka Ahmad Nisfu (J.Sham)