Mahadzir Mohd Khir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mahadzir Bin Mohd Khir)
Dato' Dr.

Mahadzir Mohd Khir

DSDK (Kedah); PhD
Timbalan Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 14 Februari 2006
Berkhidmat dengan Han Choon Kim
Didahului oleh
Digantikan olehNoh Omar
Setiausaha Parlimen
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMohamed Rahmat
Digantikan olehP. Komala Devi
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sungai Petani
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului olehChe Ibrahim Mustafa
Digantikan olehJohari Abdul
Butiran peribadi
LahirMahadzir bin Mohamed Khir
16 Mei 1945
Yan, Kedah
Meninggal dunia5 September 2012(2012-09-05) (umur 67)
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Parti politik UMNO
PasanganDatin Dr. Amla Mohd Salleh
Anak-anak
  • Muhamad Anas
  • Mohd Syakir
  • Sir Muhamad Salleh
IbuFatimah Mohd
PekerjaanAhli politik, ahli akademik

Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir (16 Mei 1945 - 5 September 2012) ialah bekas ahli parlimen P015 Sungai Petani, negeri Kedah, Malaysia selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau menjadi ahli UMNO.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Yan, Kedah pada 16 Mei 1945.

Isterinya Datin Dr Amla Mohd Salleh dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki, Muhamad Anas, Mohd Syakir, dan Sir Muhamad Salleh, dan seorang cucu perempuan, 8 bulan. Ibunya Allahyarhamah Fatimah Mohd.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau lulusan Universiti Malaya dan Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi guru sejarah di beberapa buah sekolah. Kemudian, beliau menjadi pensyarah Jabatan Sejarah, UM. Seterusnya, beliau menjadi Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya bagi memperjuangkan nasib kakitangan universiti waktu itu yang dalam peralihan ke universiti swasta.

Beliau banyak menulis rencana di media arus perdana terutama tentang pendidikan di Malaysia. Beliau juga dijemput memjadi tetamu dalam rancangan temu bual di radio dan televisyen.

Politik[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politik beliau menanjak apabila pada 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan selepas menang dalam pilihan raya 1999. Pada 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun begitu, nama beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 5 September 2012, Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 67 tahun akibat serangan jantung. Berlaku pendarahan di dalam otak iaitu strok sekitar jam 6 petang ketika beliau berehat bersama keluarga. Jenazah beliau dibawa ke rumahnya di Jalan 14/50, Seksyen 14, Petaling Jaya. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Dato' Seri Mohd Shafie Apdal.

Mahadzir Khir pernah melakukan pembedahan jantung pada 2004. Beliau sempat menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kuala Lumpur dan menemani ibunya menghadiri sebuah seminar di Amerika Syarikat sebelum Ramadan 2012.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama (6 September 2012). "Jenazah Datuk Mahadzir Mohd Khir dikebumikan". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 12 November 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Bernama (5 September 2012). "Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia". malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-17. Dicapai pada 12 November 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia". Utusan Online. 5 September 2012. Dicapai pada 12 November 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)[pautan mati kekal]
  4. ^ Allahyarham Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir Selamat Disemadikan[pautan mati]