Johari Abdul
Yang Berhormat Dato' Johari Abdul DSDK (Kedah) | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P15 Sungai Petani, Kedah | |
Memegang jawatan 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 9,381 (2008) 9,548 (2013) 21,569 (2018) |
Pengerusi Majlis Ahli-ahli Backbencher | |
Dalam jawatan 8 Ogos 2018 – 24 Ogos 2020 | |
Timbalan | Alice Lau Kiong Yieng |
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah | |
Memegang jawatan 2020 | |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Wan Salleh Wan Isa |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Malaya (kini Malaysia) | 25 Mei 1955
Parti politik | ![]() ![]() |
Saudara | Shuib Lazim (bapa saudara) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Johari bin Abdul merupakan ahli politik Malaysia brketurunan Melayu, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Seri Zainuddin Maidin dengan majoriti sebanyak 9,381 undi. Beliau memperolehi 33,822 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 24,441 undi. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
YB Johari pernah memegang pengarah Biro Tata Negara (BTN)..[1] Beliau mempunyai ijazah sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.[2]
Beliau mempunyai bapa saudara, Datuk Shuib Lazim, bendahari Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan.[3]
Latar belakang politik[sunting | sunting sumber]
Sebelum menjadi ahli Parlimen Sungai Petani, beliau pernah mencuba nasib bertanding di Parlimen Sungai Petani pada pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2004 bagi DUN Bakar Arang tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional.
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Video seks Anwar[sunting | sunting sumber]
Pada 23 Mac 2010, berikutan dengan isu video seks Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau didakwa meminta RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu.[4] Akan tetapi pada 24 Mac 2010 ia dinafikan oleh beliau.[3]
Pada 24 Jun 2011, beliau mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.[5] Ia sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.[6]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Pembangkang | Undi | Pts | Barisan Nasional | Undi | Pts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Johari Abdul (PKR) | 33,822 | 57% | Zainuddin Maidin (UMNO) | 24,441 | 41% |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Sivanandam, Hemananthani (9 December 2009). "BTN course facilitators handpicked, says former director". The Sun (Malaysia). Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "Seriously speaking". The Star (Malaysia). 7 April 2008. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b "Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya'", Malaysiakini.com. 24 Mac 2011
- ^ "Johari Abdul didakwa minta RM7j untuk MP Pakatan", Malaysiakini.com. 23 Mac 2011
- ^ "PKR terbit video 'versi Johari'", Malaysiakini.com. 24 Jun 2011.
- ^ "Peguam: Pakar Amerika 99.99% pasti Anwar", Malaysiakini.com. 24 Jun 2011.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 22 Mei 2010. Percentage figures based on total turnout.
- CS1 errors: access-date without URL
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Orang hidup
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14
- Ahli pembangkang Kerajaan Muhyiddin Yassin