Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak 2020 dibentuk pada 10 Disember 2020 apabila 5 orang Ahli Dewan Negeri Perak dilantik.[1] Pada 15 Disember 2020 pula, 5 orang lagi dilantik dan menjadikan 10 orang dilantik bagi menganggotainya.[2] Ianya diketuai oleh Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad. Ia terbentuk selepas Ahmad Faizal Azumu telah gagal dalam undi percaya yang diusulkan oleh Abd Manaf Hashim kerana majoriti dari Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menolak usul percaya tersebut.[3]

Calon Menteri Besar Perak dari Barisan Nasional telah mengumpul akuan bersumpah untuk dilantik sebagai Menteri Besar dan berjaya mendapatkan sokongan majoriti.[4] Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mewakili Perikatan Nasional telah dipecat secara automatik kerana menggagalkan usul percaya tersebut dan menyokong calon dari Barisan Nasional sebagai Menteri Besar baharu.[5]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Kemaskini pada 10 Disember 2020[6][7][8]

Nama DUN Parti Portfolio
Dato' Saarani Mohamad Kota Tampan UMNO Menteri Besar
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC
Shahrul Zaman Yahya Rungkup UMNO Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor
Khairul Shahril Mohamed Bota UMNO Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia
Mohd Zolkafly Harun Lintang UMNO Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam
Dr. Wan Noorashikin Wan Nordin Kampong Gajah UMNO Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan, NGO dan Masyarakat
Zainol Fadzi Paharudin Sungai Manik Bersatu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Abdul Yunus Jamhari Kuala Kurau Bersatu Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil
Nolee Ashilin Mohammed Radzi Tualang Sekah Bersatu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan
Ahmad Saidi Mohamad Daud Changkat Jering UMNO Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia
Razman Zakaria Gunong Semanggol PAS Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan
Mohd Akmal Kamarudin Selama PAS Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lima Adun angkat sumpah Exco Perak
  2. ^ Lima lagi Exco Perak angkat sumpah petang ini - Annuar Zaini
  3. ^ MB Perak gagal dalam undi percaya
  4. ^ EKSKLUSIF Saarani sudah dapat 26 sokongan SD jadi MB Perak
  5. ^ Bersatu pecat Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain
  6. ^ Normawati Adnan (31 Mac 2020). "Saarani, 6 ADUN sertai barisan Exco Perak". Sinar Harian. Dicapai pada 7 April 2020.
  7. ^ Saifullah Ahmad (7 April 2020). "Ahmad Faizal umum portfolio tujuh Exco baharu". Sinar Harian. Dicapai pada 7 April 2020.
  8. ^ Abd Razak Mohd Ali (28 Mei 2020). "MB umum penstrukturan portfolio Exco Perak". Astro Awani. Dicapai pada 29 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)