Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB

Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim

ADN
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Titi Serong
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022
Didahului olehAbu Bakar Hussain
Digantikan olehHakimi Hamzi Hayat
Pengerusi Jawatankuasa
Komunikasi, Multimedia, NGO
dan Pembangunan Koperasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
2018–2020
Ketua Pemuda Amanah Nasional
Dalam jawatan
7 Disember 2019 – 9 Mac 2020
Didahului olehMohd Sany Hamzan
Digantikan olehShazni Munir Mohd Ithnin
Butiran peribadi
Lahir (1980-07-16) 16 Julai 1980 (umur 43)
Parti politik AMANAH (2015-2020)
BERSATU (2020-2021)
BEBAS (2021-kini)
PasanganNadila Mohd Sharif
Anak-anak5

YB Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.[1]

Beliau juga adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Titi Serong, Perak.[2]

Bekas EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Hasnul Zulkarnain Abd Munaim merupakan ADUN Titi Serong selama sepenggal.

Namun beliau membuat keputusan untuk keluar dari Amanah dan menjadi ahli politik bebas pada Mac 2020 sebelum menyertai parti Bersatu.

Beliau berusia 41 tahun merupakan ahli perniagaan juga memiliki Syarikat Kontraktor Pembinaan dan Restoran La Parra Ipoh telah mendirikan rumah tangga dengan Nadila Mohd Sharif. Pasangan ini dikurniakan lima anak.

Hasnul Zulkarnain yang juga bekas ahli Pas, mendapat pendidikan tinggi lulusan Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak selepas menamatkan alam persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Teknik Padang Rengas.

Beliau juga pernah bersekolah di SM Clifford, Kuala Kangsar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Idris 11, Kuala Kangsar.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pada tahun 2018 ini merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Digital Perak Corporation Holdings,

Pengarah Nur Mega Realty Sdn Bhd (Kontraktor/ Vendor TNB), Pengarah Nur Mega Realty Sdn Bhd (Kontraktor/ Vendor TNB), Koordinator Projek Islamic Green Village (IGV) Masjid Buloh, Kuala Kangsar dan Penyelaras Operasi Banjir Besar Kuala Kangsar 2014.

Pada peringkat politik, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam parti, antaranya, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara selama dua tahun,  Timbalan Ketua Amanah Kuala Kangsar, Pengarah Komunikasi Amanah Perak, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Perak dan Ketua Pemuda Amanah Perak.

Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Hasnul Zulkarnain daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 7,600 undian ketika menentang Norsalewati Mat Norwani daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 7,460 undi dengan majoriti undi sebanyak 140.

Kerjaya:

  • ADUN Titi Serong (2018-kini)
  • EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi (19 Mei 2018 – 10 Mac 2020)
  • Pengarah Eureka Gallery Sdn Bhd (Pusat Servis Proton)
  • Pengarah Restoran La Parra Ipoh
  • Pengarah Nur Mega Realty Sdn Bhd (Kontraktor/ Vendor TNB)
  • Penyelaras Operasi Banjir Besar Kuala Kangsar (2014)
  • Koordinator Projek Islamic Green Village (IGV) Masjid Buloh, Kuala Kangsar

Lantikan Ahli Lembaga dan Presiden:

  • Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) 2018
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Digital Perak Corporation Holdings

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (2019 – 2020)
  • Timbalan Ketua Amanah Kuala Kangsar (2019 – 2020)
  • Pengarah Komunikasi Amanah Perak (2019)
  • Ketua Pemuda Pakatan Harapan Perak (2017 – 2019)
  • Ketua Pemuda Amanah Perak (2017 – 2019)
  • Bendahari Pemuda Amanah Nasional (2017 – 2019)
  • Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Kuala Kangsar (2017 – 2018)

Pendidikan:

  • Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
  • SM Teknik Padang Rengas
  • SM Clifford, Kuala Kangsar
  • SK Sultan Idris 11, Kuala Kangsar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.perak.gov.my/index.php/lain-lain-artikel/1060-kerajaan-negeri-perak-umum-11-portfolio-ahli-mesyuarat-kerajaan-negeri-23-mei-2018
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-30. Dicapai pada 2019-01-30.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]