Mantra (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mantra
Mantra(filem).jpg
PengarahAzhari Mohd Zaini
PenerbitDavid Teo
Dibintangi olehZul Handy Black
Mas Muharni
Hasnul Rahmat
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Mantra ialah sebuah filem drama, seram, aksi arahan Azhari Mohd Zain yang telah ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 15 Julai 2010.[2] Filem yang dibintangi Zul Handy Black, Mas Muharni dan Hasnul Rahmat ini menunjukkan kelemahan iman dalam hati menjerimuskan insan ke lembah kedurjanaan.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Pak Long telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sinopsis Filem Mantra", Celebrity News. Diambil pada 17 Januari 2011.
  2. ^ "Pengarah Filem Seram 'Mantra' Sahkan Dia Takut Hantu", mStar Online. Diambil pada 17 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]