Mas Muharni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mas Muharni
Kelahiran
Mas Normuharni Sheikhah binti Mohd Sattar

(1986-09-08) 8 September 1986 (umur 37)
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–2016
PasanganMuniff Isa (k. 2014)

Mas Normuharni Sheikhah Mohd Sattar (lahir 8 September 1986) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater, beliau mula diperkenalkan kepada umum dalam bidang lakonan menerusi filem Wayang (2008) arahan Hatta Azad Khan.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mas Muharni memulakan kerjaya lakonan dengan bergiat aktif dalam teater dan berpengalaman menjayakan pelbagai pementasan teater. Beliau mula dikenali umum menerusi filem Wayang (2008) arahan Hatta Azad Khan, lakonan bersama Eman Manan dan Zul Huzaimy yang mana beliau memegang watak sebagai Melor.[4][5] Menerusi filem ini, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-21, namun beliau tewas kepada Lisa Surihani.[6] Beliau juga dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2009 menerusi filem sama, namun dimenangi oleh Liyana Jasmay.

Selepas muncul dalam Wayang, Mas menandatangani kontrak dengan Metrowealth Pictures dan membintangi drama pertamanya, Jangan Pandang Belakang The Series yang berdasarkan dari filem 2007 bertajuk sama, diikuti oleh drama Embun Mutiara (2009) yang mana beliau melakonkan watak utama bersama Eira Syazira. Beliau memegang watak sebagai Mutiara, adik kepada Embun lakonan Eira. Pada tahun 2009 juga, beliau berlakon dalam filem seram komedi, Jangan Pandang Belakang Congkak sebagai Wawa.[7] Mas membintangi telefilem pertamanya, Naik Hantu lakonan bersama Intan Ladyana dan Scha Al-Yahya. Ia mengisahkan tiga wanita berlainan latar belakang, yang mempunyai sikap suka marah-marah.

Beliau seterusnya muncul dalam filem Mantra (2010) sebagai Mariam. Bagaimanapun, Mas meninggalkan Metrowealth selepas hanya setahun kerana ingin berdikari.[8] Filem terakhir beliau bersama Metrowealth ialah Senario The Movie Ops Pocot (2011).[9] Pada tahun 2011 juga, beliau berlakon dalam drama Kelong Kasih yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mana beliau memegang watak Lara Suriani. Turut berlakon ialah Rahhim Omar, Rosnah Johari, Rashidah Jaafar, Mubarak Majid, Shasha Al-Khred dan Bil Azali.[10]

Dalam tahun yang sama, beliau membintangi telefilem RTM, Sujud di Sejadah sebagai pelacur kelas atasan, serta drama Siti Maryam di TV AlHijrah.[11][12] Pada tahun 2015, beliau berlakon bersama Zara Zya, Aeril Zafrel dan Nazrief Nazri dalam drama HidayahMu Ramadan yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Milah.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mas Muharni dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak keempat daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sattar Saad dan Rohani Salleh. Beliau merupakan graduan Diploma Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[13]

Beliau mula bertudung pada Oktober 2014.[14] Beliau berkahwin dengan pelakon, Muniff Isa (anak bekas Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu) pada 20 Disember 2014. Mas dan Muniff mula berkenalan ketika sama-sama belajar di UiTM.[13][15][16]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Wayang Melor Filem pertama
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Wawa
2010 Mantra Mariam
2011 Senario The Movie Ops Pocot Azie

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Embun Mutiara Embun TV3
2009–2010 Mama Murai Astro Warna
2011 Fantasi Cinta Teruna TV1
Si Jundai Zeti TV3
Kelong Kasih Lara Suriani TV1
Siti Maryam Siti Maryam TV AlHijrah
Kem Pink Shirah TV3
2014 Besan Tiga Segi Syaimalia
Lagenda Langkawi TV2
2015 HidayahMu Ramadan Embun TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Naik Hantu Mas Astro Ria
2011 Sujud di Sejadah TV1
2016 Menantu Encik Ikan Masin Mawar

Teater ​[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2006 Alang Rentak Seribu
2010 Siti di Alam Fantasi Bayan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Wanita Harapan Dirinya sendiri Tercalon
2009 Anugerah Skrin 2009 Pelakon Wanita Terbaik Filem Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (5 Februari 2009). "Mas sanggup bersaing". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  2. ^ Elrafaei Sapi (4 September 2009). "Mas Muharni anggap puasa dugaan kerja kuat". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  3. ^ Siti Azira Abd. Aziz (24 Mac 2009). "Mas Muharni minta pengarah tegur kalau kaku". mStar Online. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  4. ^ Suzan Ahmad (23 November 2008). "Kecut perut berlakon dengan Eman". Berita Minggu. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  5. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (24 Disember 2009). "Tuah badan". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (21 Januari 2014). "Suka bekerja di belakang tabir". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 Mei 2010). "Cerita negatif sekat peluang Mas". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  8. ^ "Mas Muharni habis kontrak dengan MIG". Harian Metro. 29 September 2010. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  9. ^ Nor Hatina Shuib (15 Ogos 2011). "Ujian getir Mas". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  10. ^ Budiey (16 Ogos 2011). "Drama Kelong Kasih lakonan Mas Muharni". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Januari 2018.
  11. ^ Siti Azira Abd. Aziz (16 Julai 2011). "Mas Muharni Kagumi Safura Bawa Watak Pelacur". mStar Online. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  12. ^ Ramlah Zainal (10 Ogos 2011). "Gugup berlakon dengan Fauziah Nawi". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  13. ^ a b "Akad nikah sekali lafaz". Harian Metro. 21 Disember 2014. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  14. ^ Ramlah Zainal (29 Oktober 2014). "Watak disesuaikan penampilan baru". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  15. ^ Zaidi Mohamad (20 Disember 2014). "Mas Muharni-Muniff Isa sah bergelar suami-isteri". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  16. ^ Juwie (8 November 2014). "Cinta lokasi Munif, Mas Muharni ke jenjang pelamin". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]