Hasnul Rahmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hasnul Rahmat
GUA Hasnul Rahmat 01.jpg
Pekerjaan Pelakon, pengarah
Tahun aktif 1989 - kini
Anugerah

Pelakon Harapan Lelaki FFM16
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin (2006) Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 10 (2009) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin (2013)

Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 12 (2013)

Hasnul Rahmat merupakan seorang pelakon Malaysia. Beliau lebih dikenali melalui watak-watak yang sentiasa memaparkan kelainan setiap kali beliau muncul di layar perak maupun di kaca TV. Persembahannya yang unik serta pembawakkan karaktor di dalam lakonan beliau tidak pernah mengecewakan penonton. Beliau sering dilabelkan sebagai seorang pelakon yang bekerja walaupun secara peribadi beliau meminati filem-filem komedi dari zaman filem bisu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penemuan Awal Kesenian - Pembabitan senilukis, teater dan pengajian filem[sunting | sunting sumber]

Memegang watak sebagai Hasbi dalam Mantra, bersama Zul Handy Black (kiri)

Beliau memulakan langkah seni semasa di sekolah senilukis La Salle pada 1989 di Singapura. Semasa pengajiannya di sekolah seni, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang teater dibawah asuhan pelukis/pengarah/pelakon Khairul Anwar Salleh. Pementasan pertamanya sebagai pemain adalah dari karya Rafaat Hamzah "Kali ini jam dua belas datang lewat dari waktunya" 1989 sempena Festival Teater Remaja ajuran Kemuning serta "Forest for rest"(1990) dan "Noah Ark"(1990) sempena Festival of the Arts / Time Show Artist Village. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya ke sekolah filem di Akademi Filem Malaysia (sekarang Aswara) pada tahun !994. Arahan filem pendek pertama beliau berjudul "The Angry young pig"(1995) telah memenangi anugerah silver award dalam 2nd Malaysian Video Award. Seterusnya, beliau telah mengarah banyak lagi filem pendek yang bercorak experimental sehingga sekarang, di antaranya adalah "Separuh Bumi"(1997),"Dead Moments"(1997), "Little Boy in the Sky"(1998), "Found Object"(1998), "Bukan di syurga yang ini" (!999) dan "the Last Dinner" (1999),"I was Interrupted"(2010) dan "Kiss My Method"(2010). Aktiviti-aktiviti pementasan teater semasa pengajian filem diteruskan dengan penglibatan beliau sebagai pemain untuk "Teater Iqbal" arahan Normah Noordin, karya teater Tenessee William "Glass Menagerie"(1996) arahan Norzizi, "Mencari Juita"(1997) arahan Erma Fatima,"Bangau Oh Bangau"(!998) Type-O, "Teater perhargaan S Othman Kelantan" (1999) serta "Konsert Gembala M. Nasir "(2000) arahan Jalil Ngah dan naskahnya oleh Loloq.Beliau juga telah melakonkan watak ciptaan dari karya-karya tulisan lirik arwah Loloq di Istana Budaya dengan persembahan tribute "Untukmu Loloq"(2011)

Pembabitan dalam Filem dan TV sebagai Pelakon[sunting | sunting sumber]

Peluang tiba untuk beliau apabila beliau diambil untuk filem "KL Menjerit"(2000) di arahkan oleh Bade Haji Azmi. Hasil lakonan memberi tuah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada FFM16 melalui watak Tun. Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagi tercalon bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2002. Selepas itu, beliau menjadi pilihan kepada ramai pengarah dimana lakonan beliau dapat dilihat melalui arahan Bade Hj. Azmi "Berlari ke Langit"(2003),"Gangster"(2005) "Maut"( 2009),arahan Uwei Hj Shaari "Buai Laju-Laju"(2003) dan "Hanyut"(2010), arahan Mamat Khalid "Lang Buana"(2002) serta filem sekuel pertama "Rock"(2006) dimana beliau telah dianugerahkan sebagai Pelakon Terbaik filem di Anugerah Skrin-16. Beliau kembali tercalon pada FFM24 untuk kategori yang sama, menerusi filem Mantra arahan Azhari Zain. Pengarah-pengarah lain yang beliau terlibat berkerjasama adalah dari arahan Dain Said dari filem "Dukun", arahan Shuhaimi Baba dari filem "Tanda Putera", arahan Fendi dari filem "Songlap", arahan Nik Amir dari filem "KIL"(2011). Kerja-kerja beliau yang terkini adalah filem "CCTV"(2014) arahan Daven.R dan filem arahan Faisal Ishak adalah dari filem "Juvana part2" (2015) dan "Juvana part3" (2016) sebagai Cikgu Raja.

Bermula dengan drama telemovie "Di balik jerjak hati" (1990) arahan Kamaliah Salleh di Singapura dan "Bila Bulan Mengambang"(1995) di Malaysia arahan Mokhtar Abu Bakar sehingga biopic Supertele "Saloma" (2015) arahan Melissa Saila dan Episod drama PIZ arahan Jason Chong , beliau telah terlibat banyak lagi drama-drama televisyen di Malaysia maupun di Singapura.

Penglibatan sebagai Pengarah[sunting | sunting sumber]

Selain dari mengerjakan pembikinan filem-filem pendek dari zaman sekolah filem dari 1994 hingga kini, beliau masih tetap aktif dalam dunia lakonan dan kerja-kerja seni-interdisplinary yang lain .Karya arahan beliau yang pertama berjudul "27 selamanya"(2011) adalah sebuah drama rockumentari yang telah ditayangkan di unifiTV dan TV2. Dua lagi karya dokumentari arahan beliau yang terkini adalah "Historiografi filem Melayu di zaman perang Jepun" (aka Shadows of Eigasha) dan dokumentari musik Angin Menderu - kedua-duanya kini dalam proses akhir.

Beliau masih aktif hingga kini.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1990 Bukan Di Syurga Yang Ini Dirinya sendiri Filem pendek
1993 The Angry Young Pig Filem pendek
1999 Perempuan Melayu Terakhir Pelakon Teater Erma Fatima
1997 Merah Datuk M. Nasir
2002 KL Menjerit Tun Bade Hj. Azmi
2003 Paloh Puteh Adman Salleh
Lang Buana Saga Mamat Khalid
2004 Bisikan Remaja Andy Zulkifli M. Osman
Din Glamour
Berlari Ke Langit Bukhari Haji Awang Bade Hj. Azmi
Buai Laju-Laju Johan U-Wei Hj Saari
2005 Gangster Sufi Bade Hj. Azmi
Rock Zubir @ Zack Mamat Khalid
2009 Maut Ahmad Bade Hj. Azmi
2010 Mantra Hasbi Azhari Zain
2011 Songlap Abang Mat Effendee
Fariza Azlina
2012 Seram Sejuk Syukur Azhari Zain
Apa Celop Toqq... Abang Samad Ahmad Idham
2013 KIL Johan Iskandar Nik Amir Mustapha
Tanda Putera Tun Hussein Onn Datin Paduka Shuhaimi Baba
2015 CCTV Doktor Psiko Daven R.
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Cikgu Raja Faisal Ishak
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
Hanyut Ali U-Wei Hj. Shaari
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Juslan Seth Larney,
Nasir Jani
2018 Dukun Danni Dain Iskandar Said
Polis EVO 2 Hafsyam/Saif Joel Soh, Andrew Chiew

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Tanah Kubur Musim 5 Musa Astro Oasis Episod: "Rindu Baitullah"
2015 Bila Hati Telah Hitam Astro Maya HD
2018 Teratai Kemboja Taufik TV3
KL Gangster: Underworld Zan Iflix 6 Episod

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Saloma: Mencuri Guruh Bapa Tiri Saloma Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh
2016 Kapcai Ayah Ayah Jamil TV9
2017 Komplot Astro Mustika HD
Kabut Sheikh Rahim TV2
Ilham Astro Mustika HD
Rasuk
2018 Adakah Aku Bersalah TV3
Penjara Abah Astro Mustika HD
Terima Kasih Cikgu Cikgu Azman TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]