Marhaban Kome Oi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tak Beli Tak Cinta
Genre
PenciptaA. Aida
Ditulis olehAzlina Din
PengarahNuad Haji Othman
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitA. Aida
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Julai 2016 – 18 Ogos 2016
Kronologi
MengikutiRumah Kedai
Diikuti olehKahwin Muda

Marhaban Kome Oi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Fauziah Nawi, Delimawati, Kartina Aziz, Raja Azmi, Watie Sadali, Ana Dahlia, Keena Mentor dan Tash Yong.[1][2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 18 Julai 2016 hingga 18 Ogos 2016 menggantikan Rumah Kedai.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kampung Seri Selasih mempunyai kumpulan marhaban bernama Wardah yang dianggotai oleh lapan wanita dan diketuai oleh Ustazah Faridah (Fauziah Nawi). Mereka amat komited terhadap aktiviti marhaban dan sering mendapat undangan. Perwatakan dan karenah setiap ahli marhaban yang berbeza ini sering menimbulkan pelbagai insiden lucu dan mencuit hati. Ada yang gedik, sering mencari wajah kacak ketika bermarhaban. Dan ada yang menjalani pembedahan mata dan terpaksa memakai cermin mata hitam sepanjang marhaban, dan ada yang merasakan dirinya seolah-olah seorang selebriti serta ada yang melatah sehingga terbongkar rahsia perniagaan bahulunya dan pelbagai karenah lain yang mencuit hati.

Pada suatu malam, ketika sesi latih marhaban sedang berjalan, Mak Dara (Ana Dahlia) telah memberitahu kepada ahli kumpulan yang lain bahawa kumpulan Marhaban Kome Oi (MKO) telah dijemput untuk menyertai pertandingan marhaban peringkat daerah. Rupa-rupanya, Mak Dara telah mendaftarkan nama kumpulan MKO untuk pertandingan ini sebagai satu bentuk promosi. Mereka semua menjadi lebih teruja apabila mendapat tahu bahawa hadiah utama pertandingan ini bernilai RM10,000!

Konflik berlaku apabila salah seorang ahli kumpulan MKO, Kak Besah Lawa (Watie Sadali), tidak dapat menyertai pertandingan itu kerana dia bercadang untuk ke Paris bersama-sama dengan bekas-bekas ratu cantik yang lain untuk memperkenalkan pakaian tradisi Malaysia. Ahli kumpulan MKO memujuk Kak Besah Lawa agar menyertai pertandingan marhaban ini. Oleh kerana ini merupakan satu-satu peluang terbaik untuk ke luar negara, Kak Besah Lawa tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini.

Pada mulanya, mereka bercadang untuk mencari pengganti baru sahaja. Akan tetapi, masa semakin suntuk dan mereka takut sudah tidak sempat untuk menjalankan sesi latihan. Adakah impian mereka untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 akan tercapai?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut pengarah Nuad Haji Othman, Marhaban Kome Oi jauh berbeza dengan drama serta telefilem yang pernah diarahkan sebelum ini. Selain menggunakan pelbagai loghat Perak, drama ini juga mengangkat kisah masyarakat dan pentingnya kekuatan bangsa Melayu.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Marhaban Kome Oi (TV3)". My Infotaip. 17 Julai 2016. Dicapai pada 17 Julai 2016.
  2. ^ Budiey (19 Julai 2016). "Drama Marhaban Kome Oi lakonan Fauziah Nawi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Julai 2016.
  3. ^ Marhaban Kome Oi (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 Mac 2019.
  4. ^ "Marhaban Kome Oi bukan karya syok sendiri". Perak Today. 3 Ogos 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2016.